Thursday, November 25, 2010 | By: Dee

Keperluan VS Kehendak?

Bila ditimbangtara antara 2 keadaan ini, kadang-kadang ianya menjadi satu masalah besar dalam proses pemilihan. Adakah ianya suatu keperluan atau hanya suatu kehendak untuk kepuasan diri? Secara umumnya  keperluan adalah suatu benda asas yang digunakan seharian manakala kehendak pula adalah suatu penambahbaikan daripada keperluan tadi dan kebiasaan ianya dipengaruhi kuat oleh nafsu. Sebagai contoh, keperluan tempat tinggal adalah rumah dengan kelengkapan asas. Tetapi kehendak yang membawa kepada keinginan untuk tinggal di kondominium,banglo atau kediaman mewah lain.

Keperluan dan Kehendak ini juga berubah mengikut aliran masa. Jika sebelum ini, komputer tidak lah menjadi suatu keperluan untuk seorang pelajar,ianya adalah cuma suatu kehendak kerana kebanyakan institut pengajian sendiri sudah menyediakan kemudahan komputer lab. Tetapi, kini, selari dengan arus permodenan, komputer dilihat semakin hari berubah menjadi suatu item yang menjadi benda asas kehidupan seorang pelajar. Senario yang sama juga dapat dilihat pada telefon bimbit, kereta, motosikal dan lain-lain.

Kebiasaannya definasi keperluan dan kehendak seseorang bergantung pada tahap keselesaan hidup dan kekuatan struktur kewangannya. Mungkin seorang Executive memerlukan telefon bimbit yang membolehkan beliau mudah untuk menggunakan applikasi dalam telefon tersebut. Manakala keperluan telefon bimbit untuk seorang remaja belasan tahun cuma untuk Call dan SMS.

Pada pandangan saya, kita kena la bijak dalam menentukan ianya keperluan atau sekadar kehendak. Kadang-kadang bila dikutkan sangat pada kehendak padah untuk diri sendiri dikemudian hari. Bak kata pepatah "Ukurlah baju di badan Sendiri" dan dinasihatkan supaya tidak berpegang pada "Biar pape asal bergaya".

Oleh itu, apa yang boleh dijadikan petunjuk untuk kita menentukan ianya suatu keperluan atau kehandak?
  1. Naluri?
  2. Nafsu?
  3. Keperluan Asas?
  4. Keinginan untuk sama dengan orang lain?
  5. Untuk kepuasan diri?
  6. Untuk kepuasan Orang lain?
  7. atau Saja-saja.
Tiada siapa yang dapat membantu anda untuk menjawab persoalan ini. Ianya ada pada diri anda sendiri untuk menetukan ianya keperluan atau kehendak. "Tepuklah dada tanya selera".

0 comments:

Post a Comment