Wednesday, May 25, 2011 | By: Dee

Teknik jika tertinggal Cermin Mata


Tentu amat sukar jika anda yang memakai cermin mata tetapi tidak ada cermin mata kerana pecah,hilang atau lupa membawanya dan sebagainya terutama bagi orang yang sudah berumur 40 ke atas.
Contohnya semasa kita berada disebuah supermarket ingin melihat harga yang tertera pada barang yang akan kita beli. Yang mana hurufnya kecil, kita tidak membawa cermin mata.
Dalam keadaan darurat ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.
Photobucket
Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!
Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.
Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.
Photobucket
Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.
Kredit : Isuhangat.net
Tuesday, May 24, 2011 | By: Dee

Upgrate to Garmin Mobile XT 6.0

Tutorial kali ini adalah untuk upgrade garmin Mobile XT 5 kepada Garmin Mobile XT 6.0
Cara-caranya adalah seperti berikut;
  1. Pastikan anda telah install Garmin Mobile XT 5 mengikut step di 1st page terlebih dahulu.. ni untuk upgrade jer..
  2. Download installer Garmin Mobile XT 6.0.10 S60v3 S60v5 SymbianOS9.x.rar, kemudian extract..
  3. Copy Garmin Mobile XT 6.0.10 S60v3 S60v5 SymbianOS9.x.sis ke dalam fon & install melalui fon.. atau install melalui nokia ovi..
  4. Untuk fon yang belum di hack, kalau xdapat nak install sign dulu installer die.. refer kat mane2 thread berkenaan sign installer..
  5. Replace Garmin yang lame & siap..


Thursday, May 12, 2011 | By: Faliyana

Terima Kasih Ibu

Terima kasihku kepada Ibu tercinta, tidak mencukupi.

Hari ibu bukan hanya sehari..Setiap hari adalah hari ibu..Hari dimana kita membahagiakan insan yang banyak berkorban tanpa mengharapkan sedikit balasan..Itulah IBU, MAK, MAMA..

Setiap kesakitan yang pernah ditanggung oleh seorang Ibu demi memastikan makhluk kecil yang berada dikantung perutnya itu sentiasa dalam keadaan baik sehinggalah dilahirkan melihat dunia, tidak akan pernah terbayar oleh seorang anak.

Kesakitan seorang Ibu tidak berhenti setakat saat melahirkan seorang bayi. Selepas kelahirannya, seorang Ibu perlu menjaga, mengasuh dan berkorban pula untuk makhluk kecil itu. Bertahun-tahun Ibu disapa ketidakselesaan dalam tidur malamnya.

Sungguh tidak mudah sebuah pengorbanan seorang Ibu.

Saya kira, kita tidak akan pernah tahu perasaan seorang ibu selagimana kita tidak menjadi ibu kepada seorang anak. Mungkin kita hanya memahami sedikit perasaan seorang ibu, tapi tidak akan pernah merasainya.

Mulianya seorang Ibu, sehingga ALLAh dan Rasulullah SAW juga turut memuliakan, bahkan Islam itu sendiri. Besarnya pahala mati syahid fi sabilillah. Tapi lagi utama lagi berkhidmat kepada kedua orang tua jika kedua-duanya dalam keadaan yang uzur dan tiada orang dapat menguruskan mereka dengan pemergiaan anak tersebut.

Sesudah anak-anak meningkat dewasa, seorang Ibu masih lagi dibebani dengan perasaan bimbangkan anak yang tidak berada dihadapan mata. Lantas itu, doa demi doa dipanjatkan kepada ALLAh Ta’ala. Moga anak yang berada di kejauhan sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berjaya dalam hidup.

ALLAhuakbar

Ibuku, Terima kasih..

Saya tahu. Saya sesekali tidak akan layak bercakap mengenai kasih-sayang mak terhadap saya. Kadang-kadang akan terasa seperti mahu lemas dek kerana dalamnya cinta mak terhadap anak-anaknya; adik beradik dan saya.

Saya masih tidak dapat berbakti banyak kepada mak.

Dan saya tidak segan untuk mengaku bahawa saya bukanlah anak Mak yang terbaik dikalangan adik-beradik yang lain. Tapi satu kepastian yang sangat pasti, Mak itu selalu jadi yang terbaik buat diri saya. Akan selalu, dan selalu.

Saya akan selalu memerlukan Mak. Tidak kira usia berapa sudah pun saya.

MashaAllah. Alllahuakbar.

Sungguh. Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh seorang anak untuk menandingi kasih-sayang seorang Ibu terhadap anaknya. Dan tiada harta benda yang dapat menggantikan segala kesakitan yang dialami oleh seorang Ibu demi seorang anak. Tidak akan pernah!

Jika diizinkan umur ini masih panjang. Berharap moga saya dapat membahagiakan Mak selalu. Moga segala perbuatan saya mendapat restunya yang membuahkan senyuman dibibirnya. Semoga saya menjadi seorang anak yang baik untuknya.

Terima kasih Mak. Atas kecintaanmu terhadap anakmu.
Semoga anakmu ini dapat menjagamu pada hari tuamu dengan sebaiknya.

Buat ibu kami, Puan Nariah Ahmad dan Puan Habibah..Terima kasih kerna mnjaga kami(Faliyana & Dilla) dan sentiasa mendoakan kejayaan kami..


Monday, May 9, 2011 | By: Faliyana

Jangan Terlalu Mengharap

Sangatlah sakit apabila yang diharapkan tidak menjadi.

Menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara itu satu hal. Disaat menerima keputusan akan pengharapan yang dinanti-nanti itu juga menjadi satu hal yang lain. Tidak boleh duduk diam dibuatnya. Aneh? Memang aneh.

Berharap itu bukan tidak boleh. Boleh. Yang tidak bolehnya adalah terlalu berharap terhadap sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila mengharapkan kepada manusia. Ianya akan mendatangkan kesakitan didasar hati. Ditempelak pula dengan dugaan…

Terasa beban dijiwa dan dibahu sangat berat!

Beratnya Terasa

Kenapa apabila menerima suatu perkhabaran yang berbeza dengan pengharapan manusia, akan terasa sekali bebanannya? Lagi-lagi apabila sudah sedari awal lagi keinginan untuk memiliki dan rasa sudah memiliki terpacak didalam diri?

Sebabnya, kadang-kadang manusia terlalu yakin sesuatu itu akan menjadi miliknya.

Semakin diri dan jiwa terikat dengan perasaan ‘sudah memiliki’, maka akan semakin kuat pula perasaan sakit ketika sesuatu itu tidak terjadi seperti yang diinginkan.

Secara ringkasnya begini. Manusia sebenarnya ialah makhluk yang sangat kuat sifat perasan dalam diri. Keterikatan antara sejauh mana usaha manusia itu sendiri dengan kejayaan, sinonim dengan kelayakan yang sepatutnya diterima. Sebab itu, ramai manusia akan menjadi tidak redha atas sesetengah perkara walaupun sebenarnya manusia tahu bahawa disebalik usaha keras yang manusia lakukan, ada Tukang Nilai yang Maha Penilai.

Jadi tidak hairan kalau ada manusia yang hampa, merajuk dan membawa diri.

Nyahkan Sifat Sudah Memiliki

Saya teringat, satu peristiwa suatu masa dahulu. Saya sangat berharap dan sangat yakin dengan suatu perkara, bahawa benda itu akan menjadi milik saya. Sebab, bukan sedikit masa yang dikorbankan, bukan sedikit keselesaan yang tidak dimanjakan. Pengharapan yang amat sangat.

Ternyata, bila diumumkan keputusannya, tidak seperti yang saya harapkan dan yang saya sangka. Terkilan? Ya. Sangat rasa terkilan. Sedih? Lagilah.

Dalam masa sedih tu, saya terfikir. Kenapa saya ada perasaan kecewa begitu? Oh. Sebab sedari awal, saya sudah set dalam jiwa, bahawa sesuatu yang saya inginkan itu adalah saya punya walaupun sebenarnya saya sendiri belum tahu keputusannya.

Terasa lucu kenangan berbelas tahun dulu.

Perasaan kecewa apabila dilayan sangat, takut manusia menjadi kufur nikmat dalam keadaan tidak sedar. Terlalu banyak nikmat ALLAh kepada manusia. Tetapi apabila ALLAh Ta’ala tidak memberikan apa yang manusia harapkan, manusia itu teruskan melupakan nikmat-nikmat yang lain yang pernah dirasakan dalam hidup hanya kerana satu nikmat yang ALLAh tangguhkan.

Bila fikir-fikir, malu dengan sifat-sifat manusia terhadap ALLAh, kan?


Pssstt! Mengharap keampunan ALLAh, dalamkanlah. Terlalu berharap kepada perkara itu sangat digalakkan. Kebergantungan kepada Tuan Punya Dunia~

Kepada manusia? Berpada-pada.
Harus tahu dimana tahap ukurannya.

***cintailahi.com

Saturday, May 7, 2011 | By: Faliyana

Petua Menghilangkan Keletihan

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

3. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur.Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.

4. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

5. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

6. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

7. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

8. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin paada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.