Wednesday, October 27, 2010 | By: Faliyana

Menghargai Sebuah Persahabatan

Adakalanya pasti terlintas di benak hati kita, siapakah kita di pandangan sahabat-sahabat kita.Kita menganggap seorang sahabat itu istimewa di hati tetapi adakah dia juga menganggap kita begitu? Pemikiran-pemikiran ini menyebabkan kita terlalu membandingkan diri kita dengan sahabat-sahabat dan teman-teman lain hingga kita hilang keyakinan diri, merasakan diri lemah dan tidak disayangi, hilang matlamat dan konsentrasi dalam setiap amal yang dilakukan. Dari seorang yang ceria dan selalu tersenyum kita berubah menjadi pendiam dan murung.Teman-teman sekeliling mulai menjauhi dek sikap kita yang negatif itu. Lalu kita bertambah parah.Padahal semuanya salah kita.

Belajar Untuk Tersenyum

Jadilah seorang sahabat yang apabila teman-teman lain melihatnya, turut merasa tenang dan gembira.Ada masanya seorang sahabat itu dilanda masalah dan memerlukan kita disisinya untuk menguatkannya. Sebaliknya, kita pula yang memberatkan lagi jiwanya dengan wajah kita yang sedih dan masam dek emosi yang menguasai diri. Lalu si sahabat pun berpaling mencari insan yang yang sedia memberi kata kekuatan dan semangat yang dapat membawanya terus maju ke hadapan.Lantas kita pula rasa terasing, tersisih, cemburu. Kenapa dia tidak cari kita semasa dia sedang dilanda masalah? tidak cukup baik kah kita? Tidak layak kah kita? siapakah kita? Ketahuilah...orang yang paling manis senyumannya adalah orang yang masih mampu tersenyum di saat hatinya gundah. Tawanya membawa ceria, kata-katanya ringkas tetapi bermakna. Kita tidak mampu memberi kata-kata nasihat yang panjang lebar, perkongsian yang hebat, memberi motivasi kepada teman-teman di kala jiwa mereka jatuh. Tetapi memadailah hanya dengan melihat senyuman kita, mereka menjadi bahagia. Walaupun dengan seungkap kata.."sabarlah...Allah nak uji..kita kena kuat..", cukup untuk memberi mereka kekuatan. Biar mereka tahu yang kita sentiasa ada disisi mereka ketika mereka memerlukan seorang teman.

Positif

Kadang-kadang akan ada SMS yang tidak berbalas. Lalu kita menjadi khuatir.
  • Dia ada masalah dengan kita ke?
  • Dia tak suka kita ke?
  • Entah-entah dia dah bosan asyik mesej ngan kita jaa...
  • Mesti dia tengah bermsej ngan orang lain yang lagi best & special dari kita.
  • Dia dah lupakan kita laa tu..
Adakalanya pula kita terbaca mesej dia kepada orang lain. Mesej kata-kata yang lebih menyentuh hati yang dia tak pernah bagi kat kita. Lalu kita cemburu buta.-hmmm...mesti dia sayang kat si fulan ni lebih dari aku...aku taw aku ni tak sebagus si fulan...bla bla n bla...

Dalam hal-hal begini, POSITIF lah!!Mungkin ada insan lain yang memerlukan dia lebih daripada kita.Kalau dia tak balas mesej, mungkin dia sibuk, mungkin juga dia tidak sihat, mungkin juga dia ada masalah. Kasih sayang seorang sahabat bukanlah terletak pada panjang mana mesej yang diberi, atau berbalas mesej sepanjang hari, indah mana kata-kata yang tertera dalam inbox. Jikalau begitulah cara kita mengukur kasih dan cinta seorang sahabat, kita memang bodoh dan tidak tahu menghargai sahabat kita itu. Sungguh cetek pemikiran kita.

Kesimpulan

Ukhwah itu dilihat pada diri sendiri. Sebanyak mana kita memberi bukan menerima. Kita tidak boleh mengharap akan ada insan yang menganggap kita sebagai teman istimewa. Tetapi sejauh mana kita menghargai, menyayangi, dan mengasihi seorang teman itu. Doa adalah senjata, doa adalah penghubung hati. Sampaikan kasih kita kepada sahabat itu melalui doa yang dititipkan sepanjang waktu. Si teman mungkin tidak akan mengerti betapa dalam cinta dan kasih kita padanya, tetapi biar Allah yang mengetahui kerana bukankah Dia yang telah menciptakan sekeping hati ini, dan telah Dia isi dengan cinta. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati..

***Artikal yang banyak memberi kekuatan kepada saya dan ingin saya kongsi dengan anda semua..

Phishing

Phishing adalah salah satu cara yang dilakukan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa seperti password dan maklumat perbankan. Phishing adalah penipuan Internet yang paling cepat berkembang kerana ianya memberi pulangan yang lumayan. 

Lazimnya, phishing dilakukan dengan cara penghantaran e-mel palsu yang benar-benar menyerupai organisasi tertentu seperti bank atau tapak lelongan. E-mel ini mendapat untung dengan cara memujuk mangsa untuk mengklik pada sesuatu laman web, pop-up atau attachment. Mengklik padanya boleh memuat turun virus atau membawa anda kepada mendedahkan maklumat peribadi.

Tip untuk mengelak penipuan "Phishing" 
  1. Berhati-hati jika menerima e-mel yang meminta anda mengemaskini maklumat peribadi (password, etc)
  2. Jangan clik link yang terdapat di E-mel, mesej segera, attachment atau ruangan chat sesuka hati.
  3. Pastikan anda melayari laman web yang sebenar semasa membuat urusan perbankan. Pastikan address pada browser betul sebelum mengisi sebarang maklumat terutama password.Untuk lebih selamat, anda taip sendiri alamat pada browser, elak menggunakan link.
  4. Gunakan internet browser versi terkini dan pasang security patch jika ada.
  5. Laporkan jika terjumpa "Phishing site" kepada reportphishing@antiphishing.org

Lihat gambar dibawah, adress bar menunjukkan alamat yang berbeza walaupun web pagenya hampir sama

Contoh Halaman Phishing

Halaman Sebenar


Sebagai pesanan untuk semua dan juga peringatan untuk diri sendiri, berhati-hati lah ketika menggunakan kemudahan internet terutama skali yang melibatkan urusan perbankan...Jangan biarkan diri anda terjebak terhadap penipun cyber ni... :-)



Tuesday, October 26, 2010 | By: Dee

Jantina Laptop/PC

Saja je nk kongsi sesuatu malam ni.
Dah bertahun- tahun guna laptop ni, baru tahu laptop pun ada jantinanya gak ye..hahaha..laptop saya pompuan..kalau nak tau jantina laptop anda,try la check....
  1. Open notepad.
  2. Paste kan bnde nie: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
  3. Save as... save sebagai i love you.vbs
  4. Save kat desktop supaya senang nk cari
  5. Klik pada file tu..

Perjuangan

Sony Tamatkan Pengeluaran Walkman Kaset

Bagi mereka yang lahir pada era 80-an dan 90-an, jenama Walkman keluaran Sony merupakan satu jenama yang tidak asing lagi. Hampir semua orang ketika itu ingin memiliki Walkman mereka sendiri.

Dulu jika kita ingin membeli album nyanyian artis ketika itu, sudah pasti kita akan ke kedai atau pasar malam yang menjual kaset.Walkman yang menggunakan kaset telah mula dipasarkan oleh Sony di Jepun pada 1 Julai 1979 dan sejak itu, Sony telah berjaya menjual 200 juta unit di seluruh dunia.

Namun dengan perkembangan teknologi dan inovasi, Sony tidak mampu lagi mengekalkan jenama Walkman sebagai jenama nombor satu bagi pemain muzik mudah alih. Ternyata saingan daripada produk lain seperti Ipod dan kemucunculan cakera padat (VCD) dan DVD telah menggugat pasaran Walkman sejak beberapa tahun lalu.

Sony memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran Walkman yang menggunakan kaset pada 22 Oktober 2010. Ironinya, Ipod telah mula dipasarkan pada 23 Oktober 2001.


*** Teringat zaman muda-mudi,Walkman peneman masa study...huhuhu, bila dah sumbat earphone kat telinga, apa jd kat sekeliling pun dah tak dgr...Walkman tu masih ada dalam simpanan,tapi tak sure la,masih boleh guna or tak...simpan je la, boleh wat tontonan anak cucu kemudian hari kot...hahahaha
Friday, October 22, 2010 | By: Dee

[Tutorial] Ubah Background Google Homepage Anda

Setelah seharian bersiar-siar di laman-laman web dan blog2, banyak artikel dan tutorial yang menarik saya jumpa, tapi untuk hari ni saya tertarik untuk kongsi sesuatu yang mudah dan simple nak buat dan of coz tak memerlukan kemahiran komputer tahap tinggi, cuma mengambil masa beberapa saat dan klik sahaja. Ianya adalah cara-cara untuk menjadikan background www.google.com.my anda lebih menarik seperti gambar kat bawah ni.



Cara-cara nak hasilkannya;

1. Sign in dulu akaun google anda seperti ini

2. Kemudian pergi ke halaman www.google.com.my


3.  Klik pada Select Background Image pada bahagian bawah sebelah kiri browser.


4. Kemuadian akan keluar Screen cam kat bawah ni, so apa lagi, pilih la gambar yang nk jadikan background tu. Nak upload gambar yang ada dalam PC pun boleh.


5. Yang akhir skali, klik pada butang select kat bawah tu. Dan lihat la hasilnya.


Note : Background cuma akn keluar jika anda Sign in kedalam akaun google.


Thanks and Kredit to : http://hellofareast.net/
Thursday, October 21, 2010 | By: Dee

Nokia E5

Nokia E5 antara model smartphone keluaran Nokia yang terbaru. Dilengkapi dengan full Qwerty keyboard bertujuan untuk memudahkan urusan menaip massage mahupun email sama seperti yang terdapat pada Nokia E71 dan E63. Memandangkan sasaran utama pengguna Hp ini adalah bg mereka yang mempunyai jadual yang padat, ianya direka untuk memenuhi keperluan sosial dah bisness seseorang.E5 juga menyokong hampir 90% servis email korporat seperti Mail for Exchange dan IBM Lotus Notes Traveler. E5 juga mampu untuk mengexcess sehingga 10 akaun Email termasuk Yahoo!, Gmail,Windows Live dan Ovi Mail.

Spesifikasi:

  • GSM 850/900/1800/1900/WCDMA
  • Symbian S60v3
  • Skrin 2.4" QVGA LCD
  • Memory (Internal : 250MB, Micro SD : sehingga 32GB)
  • WIFI, Bluethooth 2.0, A-GPS, MicroUSB, AV COnnector 3.5mm
  • 1klik SMS,MMS Email and IM
  • Ovi Maps, Gtalk, Facebook, MSN
  • 5MP kamera, Fokus, LED Flash,Flickr
  • Saiz 115 x 58.9 x 12.8 mm, weigth 126g

Anggaran harga : RM770


Salah faham barah

Oleh Hafizah Iszahanid
Berita Harian Online

Ramai penghidap utamakan bomoh kerana anggap kanser bawa maut, rawatan moden beri kesan sampingan teruk

BARU-BARU ini, kita dikejutkan pendedahan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu Dara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nik Munirah Nik Mahdi, bahawa kepercayaan kepada bomoh di kalangan wanita Kelantan, termasuk golongan pelajar menyebabkan sebahagian besar pesakit barah payudara meninggal dunia kerana lewat mendapat rawatan.Perkembangan itu bukan saja mengejutkan tetapi amat membimbangkan kerana persepsi sedemikian berkemungkinan besar turut dikongsi lebih ramai pesakit lain yang terus mempercayai dan mengutamakan bomoh berbanding rawatan di hospital. Mengapakah ramai berpendapat sedemikian? Presiden Onkologi Malaysia dan Presiden Organisasi Kajian dan Kawalan Barah Asia dan Persekutuan Pasifik, Datuk Dr Ibrahim Abdul Wahid, berkata ini mungkin disebabkan ramai yang takut dan beranggapan barah akan terus membawa maut.

“Kebanyakan pesakit barah gagal membezakan perubatan perubatan alternatif dengan perubatan gabungan (complementary) selain beranggapan perubatan moden seperti kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran (targeted therapy) menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti tubuh lemah, sakit sendi, mual yang berpanjangan,” katanya. Menurutnya, senario ini amat mudah difahami kerana kebanyakan pesakit barah tidak dapat menerima diagnosis mereka dengan tenang dan baik. “Sebaik saja diberitahu mereka menghidap barah apa yang terbayang adalah kematian. Mereka seterusnya cepat berputus asa dan beranggapan hidup mereka sudah berakhir dan tiada harapan lagi.

“Apatah lagi, doktor akan bercakap berdasarkan fakta. Misalnya di kalangan sesetengah pesakit mereka akan mengalami kesan sampingan seperti badan lemah, mual, sakit sendi dan muntah tetapi bukan semua pesakit barah akan mengalami kesan sampingan. “Pada masa sama, ada juga pesakit yang tidak mengalaminya. Jika ada yang mengalami kesan sampingan pun hanya berlaku selama dua minggu,” katanya.

Jelas Dr Ibrahim, dari segi etika perubatan, doktor akan menjelaskan semua fakta berkaitan untuk pengetahuan pesakit bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan. Bagaimanapun penerimaan pesakit terhadap semua penjelasan itu ada kalanya membuatkan mereka lemah semangat untuk berjuang menentang penyakit.“Jadi, walaupun mereka sebenarnya tidak mengalami kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi tetapi kerana mereka percaya setiap orang yang menjalani kemoterapi mengalami kesan sampingan, jadi mereka beranggapan rawatan kemoterapi yang menyebabkan mereka lemah,”katanya.

Selain itu, Dr Ibrahim, perubatan alternatif selalunya menjanjikan rawatan tanpa rasa sakit dan tanpa kesan sampingan. Apabila pesakit itu mengadu mengalami kesan seperti muntah atau mual, pengamal perubatan alternatif selalunya mengatakan itu sel kanser yang berjaya dikeluarkan.

“Orang ramai perlu sedar penjual ubat herba atau pengamal perubatan alternatif bukan doktor. Kebanyakan mereka terbabit dengan perniagaan multi level marketing (MLM) dan tidak terdidik dengan dunia perubatan. Ubat-ubatan yang dijual juga tidak memiliki kajian saintifik dan tiada bukti klinikal.

“Sebenarnya, jika pesakit mahu kaedah rawatan selain perubatan moden mereka boleh memilih perubatan gabungan iaitu menjalani rawatan kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran dan ambil juga makanan tambahan atau apa-apa ubat lain seperti herba. Namun pengambilannya perlu berbincang dengan doktor supaya ubat-ubatan herba yang diambil tidak menjejaskan ubat-ubatan moden yang diprekripsi doktor,” katanya.

Bagaimanapun pesakit diminta jangan bergantung sepenuhnya pada rawatan alternatif. Jelas Dr Ibrahim sepanjang pengalamannya, kebanyakan pesakit yang memilih rawatan alternatif adalah pesakit berketurunan Melayu. 

“Apabila didiagnos dengan barah, mereka tidak mahu menjalani rawatan yang dicadangkan sama ada kemoterapi atau radiasi tetapi mereka lebih suka rawatan alternatif. Apabila penyakit sudah parah dan gagal disembuhkan menerusi rawatan alternatif, mereka pergi ke hospital tetapi ketika itu barah sudah masuk ke tahap empat,” katanya. 

Dr Ibrahim bagaimanapun menegaskan, fakta yang perlu diketahui barah tahap empat memang sukar dipulihkan dan setakat ini belum ada penawar. 

“Namun jika di peringkat awal diagnosis, mereka terus buat kemoterapi dan bukan ambil rawatan alternatif, mereka sebenarnya punya peluang yang besar untuk pulih. Malah kanser tahap tiga juga bergantung pada jenisnya masih ada peluang untuk sembuh.

“Berbanding pesakit bangsa lain, mereka memilih perubatan gabungan. Iaitu menjalani radiasi atau kemoterapi dalam masa yang sama mengambil perubatan tradisional. Saya memahami ketakutan pesakit apabila didiagnos dengan barah tetapi mereka juga perlu percaya pada fakta klinikal dan saintifik. Setakat ini belum ada ubat untuk kanser tahap empat dalam dunia perubatan moden apatah lagi dalam dunia perubatan alternatif,” katanya.

Secara psikologinya kata Dr Ibrahim, pesakit mudah terpengaruh dengan kawan atau ahli keluarga yang mencadangkan rawatan alternatif kerana berasakan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan penyakit yang mereka alami selain tidak mahu mengalami kesan sampingan rawatan moden. Ada juga yang melengah-lengahkan rawatan kerana barah pada peringkat awal tidak sakit dan tiada simptom.

Fakta: Barah di Malaysia 
Di Malaysia, kes barah semakin meningkat dengan dengan 70,000 kes baru dilaporkan antara tahun 2003 ke 2005 mengikut Laporan Kejadian Kanser di Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh Register Barah Kebangsaan (NCR). Kes barah paling banyak dilaporkan adalah barah payudara.

Sementara laporan yang dikeluarkan pada Januari 2008 pula mencatatkan di Malaysia Barat sebanyak 67,792 kes baru didiagnos dengan 29,596 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala 38,196 kes pula di kesan di kalangan perempuan 56.3 peratus.

Umumnya, kadar tahunan serangan barah di kalangan lelaki adalah 100.2 peratus untuk 100,000 populasi manakala 132.1 peratus untuk 100,000 populasi untuk perempuan. Daripada keseluruhan kes, barah payu dara berada di kedudukan teratas (18 peratus) diikuti barah usus 11.9 peratus dan barah paru-paru 7.4 peratus.

Kata Dr Ibrahim ada banyak sebab mengapa kes barah semakin meningkat di Malaysia. Selain perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, gaya hidup dan diet pemakanan yang diambil oleh warga Malaysia turut memainkan peranan. Bagaimanapun, fakta yang lebih utama antara 30 ke 50 peratus kes barah boleh dicegah.

“Barah boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala selain mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandung bahan kimia mungkin boleh membantu. Selain itu bersenam dan mengetahui sejarah perubatan keluarga misalnya ada yang didiagnos dengan barah membantu kita memantau keadaan kesihatan diri sendiri,”katanya.

Dari segi perubatan, barah boleh menyerang mana-mana organ tubuh. Barah yang selalu menyerang lelaki adalah paru-paru, mulut, kolon, hidung (nasopharynx), perut dan hati. Sementara di kalangan wanita, barah yang kerap menyerang adalah payu dara, pangkal rahim, paru-paru dan perut. 

Tahap Barah

Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain.

Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu.

Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul.

Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain. sumber - Organisasi Penyelidikan Barah, UK.


Info Barah
  • Barah payu dara adalah barah paling biasa ditemui di kalangan wanita Malaysia tanpa mengira bangsa. Malah ia boleh menyerang pada wanita semuda usia 19 tahun. Namun, rata-rata pesakit berusia antara 50 ke 59 tahun.
  • Barah payu dara paling ramai dikesan di kalangan wanita berketurunan Cina, diikuti wanita keturunan India dan Melayu.
  • Antara tahun 2003- 2005, 31.1 peratus kes baru barah payu dara dikesan di kalangan wnaita Malaysia.
  • Setiap wanita di Malaysia memiliki risiko antara satu ke 20 kemungkinan diserang barah sepanjang hidupnya.
  • Pada tahun 2003, seramai 1818 pesakit barah payu dara mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Angka itu adalah enam kali ganda lebih ramai berbanding tahun 1993.
  • Kebanyakan pesakit didiagnos dengan barah pada usia 40 tahun ke atas. Namun dua peratus didiagnos pada usia 30 tahun ke bawah. Lebih menyedihkan antara 30 ke 40 peratus pesakit mendapatkan rawatan apabila barah sudah berada di tahap akhir.
  • Pada tahun 2002, terdapat 2778 kes barah kolon dan rektum dikesan. Kebanyakan kes membabitkan pesakit lelaki dan perempuan yang berusia 40 tahun ke atas. 

Jejas Organ Utama


Oleh Hafizah Iszahanid
Berita Harian Online

Arthritis tidak hanya serang sendi sebaliknya boleh rosakkan jantung, ginjal selain turut dialami si kecil.

APABILA disebut arthritis, tidak ramai dapat meneka dengan tepat bahawa penyakit itu berkaitan sendi. Malah, berapa ramaikah yang tahu penyakit ini bukanlah bersifat setempat atau pada bahagian sendi semata-mata, sebaliknya boleh menyebabkan kerosakan organ penting badan selain boleh dihidapi kanak-kanak. Pengetahuan yang sebegitu terhad itu menyebabkan penyakit arthritis ini kurang diberi perhatian biarpun pelbagai kempen dan program kesedaran mengenainya diadakan dari semasa ke semasa.

Di peringkat antarabangsa, Hari Arthritis Sedunia diisytiharkan pada 12 Oktober lalu tetapi pelbagai kempen dan program mengenainya terus diadakan sepanjang bulan ini.

Secara umumnya, arthritis merujuk radang sendi. Malah, ada lebih 100 penyakit rheumatik dan lain-lain keadaan yang menyebabkan rasa sakit, kejang dan bengkak pada sendi.

Arthritis turut memberi kesan kepada sistem otot dan tulang (musculoskeletal), terutama sendi yang bertindak menyambung antara dua tulang dan ‘diikat’ oleh ligamen. Fungsi sendi ini dibantu rawan yang menutup permukaan tulang bagi mengelak pergeseran. 

Itulah keadaannya bagi insan normal. Malangnya, bagi pesakit arthritis, sendi mereka menjadi tidak normal yang mungkin berpunca daripada rawan terkoyak, masalah jangkitan atau penyakit auto imun (tubuh menyerang sel tubuh) atau kombinasi pelbagai faktor. 

Pakar Bedah Ortopedik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Kok Choong Seng, berkata bagi kebanyakan jenis arthritis, ia diklasifikasikan sebagai sistemik bermaksud memberi kesan kepada seluruh tubuh. 

“Arthritis juga boleh menyebabkan kerosakan pada organ atau sistem tubuh termasuk jantung, paru-paru, ginjal, salur darah juga kulit. Sementara keadaan lain berkaitan dengan arthritis umumnya menjejaskan otot dan tulang.

“Walaupun arthritis lebih banyak ditemui di kalangan mereka yang berusia namun, ia boleh terjadi pada kanak-kanak. Bagaimanapun arthritis pada kanak-kanak kerap kalinya dianggap sebagai masalah kesakitan yang biasa atau disebabkan kecederaan bersukan,” katanya.

Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang peka pada perkembangan anaknya, mereka pasti berupaya mengesan perubahan anak menerusi sendi yang bengkak, demam atau ruam yang tidak dapat dipastikan. 

“Arthritis di kalangan kanak-kanak dikenali sebagai ‘juvenile arthritis’. Kanak-kanak sebenarnya boleh berhadapan dengan jenis-jenis arthritis yang menyerang orang dewasa namun mereka lebih kerap dikesan dengan juvenile rheumatoid arthritis,” katanya.

Dr Kok berkata, bergantung jenis arthritis, sebahagian daripadanya boleh dirawat misalnya gout manakala yang lain boleh dielakkan. 

“Perlu diingat, kualiti hidup tidak terjejas walaupun anda berhadapan dengan arthritis sekiranya mendapatkan rawatan dan menguruskannya dengan baik,” katanya.

INFO:
Arthritis yang paling biasa ditemui
  1. Osteoarthritis (OA) - Jenis arthritis paling lazim. Di rantau ini OA menjejaskan kualiti hidup antara 10 ke 20 peratus penduduk. Malah di Malaysia, OA yang kerap dikesan adalah OA pada lutut. Umumnya, OA disebabkan rawan tidak lagi elastik menyebabkan ia mudah rosak. Apabila ia koyak, tendon dan ligamen pula meregang ia akan menyebabkan kesakitan. Tulang akan bergeser antara satu sama lain menyebabkan rasa sakit.
  2. Rheumatoid arthritis (RA) - Masalah radang yang menyaksikan membran synovial (tisu lembut dalam lutut) terjejas yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Tanpa rawatan, ia akan menyebabkan kecacatan. RA lebih kerap ditemui pada perempuan berbanding lelaki dan menyerang pesakit berusia 40 tahun ke atas.
  3. Infectious arthritis (septic arthritic) - Berlakunya jangkitan pada cecair synovial dan tisu pada sendi yang berpunca daripada bakteria. Ada kalanya disebabkan oleh kulat dan virus. Bakteria, kulat dan virus merebak melalui salur darah daripada tisu yang terjejas dan menjangkiti sendi.
  4. Gout - Masalah yang berpunca daripada pengumpulan kristal pada sendi. Kristal daripada asid urik ini terbentuk hasil daripada pecahan bahan-bahan dalam tubuh yang lazim. Pengumpulan asid urik ini dalam sendi menyebabkan gout (gouty arthritis). Biasanya, sendi yang kerap terjejas dengan gout adalah ibu jari kaki dan lutut.
  5. Pseudogout Arthritis - Jenis arthritis yang hampir sama dengan gout tetapi puncanya berbeza. Pseudogout arthritis berlaku kerana pengumpulan lebihan kalsium dalam sendi dan kerap ditemui pada sendi lutut.
Wednesday, October 20, 2010 | By: Dee

[Tutorial] Install Garmin MobileXT Dalam Hp Symbian S60V3

Untuk post kali ni, saya nak share tutorial untuk install Garmin MobileXT Hp Nokia Symbian S60 3rd Edition (cth: 5800, N97 dll). Sebelum anda memulakan installation, sila pastikan Hp anda menggunakan Operating system Symbian S60v3 dan mempunyai Built in GPS.

1.   Download file - file  dibawah ni :
2.   Dah siap download connect HP ke PC pastu pilih ‘Mass Storage’. Nanti PC detect memory card jadi macam flash drive. Kalau nak guna card reader pun boleh jugak, janji PC boleh detect memory card tu. Pastu identify la drive letter untuk memory card tu.

3.   Next step double click file installer (Garmin Mobile XT for Symbian S60 3rd Edition, Ver. 5.00.50) tu. Nanti dia self-extract pastu dia tanya nak install kat mana. Pilih la drive letter untuk memory card tu.

4.   Ulang step 3, tapi kali ni untuk Support file dengan Free Basemap.

5.   Kemudian double click Emei Convertor, nanti dia mintak no Emei, dail *#06# kat handphone, nanti kuar no siri (emei) 15 digit. Masukkan no ni kat Emei Convertor tu pastu click convert. Than, copy no yang dia bagi kat Your Garmin Unit ID tu.

6.   Launch Garmin Keygen pastu paste no yang di copy dari step 5 tadi kat kotak Enter Your Unit ID Here pastu click Generate. Yang software product tu tak perlu tukarsebab by default dia dah memang pilih Garmin Mobile XT. Terhasil lah Your Software Unlock Code, copy code yang dia bagi ni.

7.   Step ni jangan silap, nanti Garmin akan jadi trial je tak full version. 
  • Launch notepad. Mana nak dapat notepad? Dah ada kat dalam PC korang. Click start -> run -> type notepad kat dalam tu pastu click OK.
  • Paste code dari step 6 kat dalam notepad tadi.
  • Click File-> Save As kat atas notepad tu.
  • Kat filename tu korang letak nama ni: sw.unl pastu kat save as type tukar kepada All Files. Save dalam folder Garmin dalam memory card.
8.   Dan terakhir skali, extract file gmapsupp.img dari file MFM-Garmin.rar dan folder POI dari POI.rar. Kemudian Copy paste je fail ni masuk dalam folder Garmin kat memory card. Tapi make sure file map format .img bukan.rar/.zip/.001 or so on. Kalau format lain dari .img kena extract/join dulu, dah dapat yang .img baru paste dalam folder Garmin.Yang POI  tu dalam bentuk folder, paste je dalam Folder Garmin.

Any problem,leave comment here, saya akan cuba membantu.
Terima Kasih
Good luck (^_^)

Kredit : www.Syok.org
Tuesday, October 19, 2010 | By: Dee

Low Self-Esteem atau “Kurang Keyakinan Diri”

Keyakinan diri atau “Kendiri” adalah salah satu faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan halatuju dan kejayan kita dalam kehidupan. Sifat kurang atau tiada keyakinan diri ini akan membataskan dan menghalang kita dari memaksima kan pengunaan potensi dan kebolehan sebenar yang terdapat dalam diri kita dan secara tak langsung akan menghalang kita untuk mengejar kejayaan yang kita impikan.

Pada saya masaalah utama ialah bukan untuk mengubah atau memperbaiki diri kita, tapi kemampuan kita untuk mengesan kelemahan dan sifat negatif itu. Jadi mengenali dan memahami tanda tanda sifat negatif itu adalah amat perlu untuk menyedarkan kita dan seterusnya baru kita berpeluang untuk memperbaikinya.

Sifat Yang terdapat pada mereka yang bermasaalah :

1. Kurang Keinginan, Hasrat atau cita cita 
Tiada keinginan, kegairahan, Hasrat atau cita cita untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, mendapat hasil yang lebih banyak atau keputusan yang lebih baik dari kerja atau sesuatu yang diusahakan, ini merupakan Sifat yang paling teruk yang boleh berlaku pada individu yang mempuyai masaalah kurang keyakinan diri. Sifat ini boleh menyebabkan anda sukar untuk mendapat kenaikan pangkat, atau mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada ada sekarang dan ini akan menjurus kearah kekecewaan dan kemurungan. Secara ringkasnya jika anda mempunyai sifat ni dalam diri anda anda hanya akan mengundang kehampaan dan kesedihan dalam kehidupan anda.

2. Mempunyai sikap dan sifat negative
Ni lagi satu sifat yang termasuk dalam golongan kritikal, jika anda selalu mepunyai pandagan dan fikiran negative terhada sesuatu kejadian atau keadaan anda sebenarnya telah meletakan satu penghalang pada kehidupan anda, anda telah menghalang diri dan kehidupan anda untuk menikmati sesuatu hasil atau keputusan yang baik hasil daripada usaha dan titik peluh anda sendiri, Jadi berusahalah untuk singkirkan sifat ini, cari jalan keluar secepat mungkin atau dapatkan sokongan dari kawan kawan anda untuk hadapinya.

3. Penampilan diri yang tak terurus
Ini berkaitan dengan First Impression, Sedar atau tidak sebenarnya tanggapan umum merupakan satu faktor penting dalam kita mencapai apa yang kita impikan, jadi jika anda jenis yang pakai ikut sedap sendiri, keluar rumah dengan rambut seperti mangsa rogol, senang cerita selekeh dan serabai, yang pada anda kononnya selambe…, anda sebenarnya telah menjatuhkan kredibiliti dan merendahkan martabat diri anda di mata umum, dan ini menyebabkan umum hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, dan ini telah menutup peluang anda untuk membina kreadibiliti anda dalam masyarakat, jadi gunakanlah pepatah “don’t judge a book by its cover” pada tempat yang sesuai jangan main hentam ikut sedap anda sahaja.

4. Cara hidup tak sihat
Satu lagi sifat kritikal yang terdapat pada mereka yang Kurang keyakinan diri, yang ni berkaitan dengan cara kita menjaga diri kita, seperti pengambilan makanan yang tak seimbang, makan ikut sedap tekak tampa mengira kandungan zat, dan lemak yang terdapat dalam makan yang kita ambil, malas bersukan dan bersenam dan ditambah pula dengan merokok dan pengambilan alcohol, cara hidup begini sebenarnaya tiket first class untuk kearah kehidupan yang tak sihat, seperti mudah diserang penyakit, mood yang tak menentu, kelesuan dan tak bersemangat dan menyebabkan anda sentiasa berada dalam keadaan serba salah , mat saleh kata “catch 22 situation”

5. Terlampau Pemalu
Kalau dari sumber yang saya dapat dia sebut “pemalu” sahaja, tapi disebab kan saya ni orang Malaysia, Melayu dan juga beragama Islam jadi saya tak berapa setuju dengan fakta yang diberi jadi saya ubah mengikut mindset dan cara hidup saya sendiri, Terlampau pemalu yang saya maksudkan ialah seperti malu untuk bercakap dikhalayak ramai, malu untuk bergaul dan menonjolkan diri di majlis majlis atau malu untuk bersuara bagi melontarkan pandangan dan pendapat, lagi satu yang saya nak tambah dimana ada sesetengah kes dimana perasaan malu ni menyebabkan “panic attacks” atau “emotional distress” kalau dah sampai tahap ni saya sarankan supaya mendapat bantuan Pakar.

6. Perasaan Takut
Yang ni bukan takut sebab tengok cerita jangan pandang belakang congkak, Tapi takut disini ialah takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut untuk memberi pandangan dan cadangan, takut untuk memberi idea, takut gagal, takut kecewa dan macam macam lagi. Perasaan takut ni sebenarnya sejenis fobia yang seharusnya kita atasi dalam menjalani kehidupan seharian, kerana perasaan takut ini hanya akan membataskan kemajuan dan pencapaiyan yang sepatutnya anda mampu capai, Jadi cuba cari sesuatu yang positif dari ketakutan yang anda alami dan gunakannya bagi membantu anda untuk mengatasi masaalah fobia tu.

Jadi saya berharap dengan perkongsian ni kita semua dapat mengunakannya untuk membuat postmortem dalam diri masing masing dan jika ada persamaan boleh lah kita cuba memperbaiki

Caffien dan Anda

Pengambilan “caffeine” atau kafien berlebihan adalah sesuatu yang normal di kalangan masyarakat pada masa ini. Kebanyakkan di antara kita adalah penggemar kopi, dan meminumnya setiap hari. Akan tetapi, mengamalkan minuman berkarbonat seperti “coke” adalah lebih merbahaya daripada pengambilan kafien. Kerana, selain kafien, anda juga akan mengambil banyak gula. Ingin di ingatkan, setiap apa yang ada di muka bumi ini, ada kebaikkan dan ada keburukan jika di salah gunakan.

Secara umumnya, penggunaan kafien adalah untuk mengurangkan rasa mengantuk. Ini adalah sebab utama mengapa kita minum kopi setiap pagi. Jika anda terasa penat sewaktu bekerja, anda juga boleh menyegarkan diri dengan kopi. Meminum kopi setiap hari tidak akan membawa kesan, tetapi, jika anda minum 6 cawan kopi setiap hari, ia akan membawa kesan yang buruk.

Salah satu kesan daripada meminum kafein berlebihan adalah, mengalami kesusahan untuk tidur. Sepertimana yang kita ketahui, kafein boleh membantu kita untuk tidak berasa mengantuk, tetapi pengambilan berlebihan akan membuat kita susah untuk tidur. Anda juga perlu tahu bahawa, badan kita perlu berehat selepas sekian lama bekerja. Masa rehat akan terganggu jika mengambil berlebihan kafein. Sistem badan juga akan terganggu.

Penggunaan kafein juga boleh membuat anda menjadi “penagih kafein”. Ianya tidak seperti menjadi penagih coke, tetapi akan menjadi seperti penagih rokok. Jika anda sudah tertagih kepada kafein, ianya amat sukar untuk berhenti. Walaupun kafein bukan lah sejenis dadah, tetapi bukan lah satu idea yang bagus untuk menjadi penagih kafein.
Perlu di ingatkan, jika anda terasa penat, and perlu berehat. Jangan gunakan kafein untuk melawan rasa penat. Meminum nya setiap pagi mungkin membantu ada sepanjang hari, tetapi jangan berlebihan.

Cara Memperbaiki Diri

Kita semua sedar banyak benda yang terjadi adalah tidak mengikut kehendak dan apa yang kita rancang, dan kadangkala perkara negative yang berlaku menyebabkan kita patah semagat dan hilang keyakinan diri, dan sememangnya sungguh mencabar untuk kita terus kekal bersikap positif dagan semua dugaan dan cabaran yang kita tempuhi setiap hari. Jadi saya ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu memperbaiki attitude dan menjadikan kita seorang yang lebih Positif dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencababar ini.

Fasa Pertama

Ini adalah Fasa pertama dan yang paling penting yang harus kita lakukan sebelum kita teruskan ke fasa yang selanjutnya, Fasa ini bertujuan untuk menutralkan dan memulihkan mindset kita, dan menuteralkan sedikit tekanan yang kita hadapi.

1.Berterima kasih /Bersyukur/ Hargai
Buat kan satu senarai perkara yang anda rasa anda amat bersyukur atau hargai kerana telah terjadi pada anda. Tapi ingat ini akan menjadi Sesuatu tugasan yang amat sukar sekiranya anda telah debelengu oleh tekanan dan sifat negative dalam jangka masa yang lama, tetapi sedarlah bahawa sebenarnya sentiasa ada perkara yang sepatutnya anda bersyukur, walaupun sekadar makanan untuk anda makan, udara untuk bernafas, angota badan yang masih berfungsi dan sebagainya. Untuk keputusan yang berkekalan, tananmkan tekad dalam diri anda untuk menyenaraikan sekurang kurangnya satu perkara yang amat hargai setiap hari, Dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan sifat negative dan anda akn dapat megurangkan tahap tekanan yang anda alami, dan ianya dapat menyedarkan anda bahawa masih banyak perkara baik yang masih berlaku pada diri anda.

2. Semua yang terjadi ada sebabnya
SEMUANYA, Ya saya maksudkan semuanya yang terjadi pada kita ada sebabnya. Jika anda mula menilai setiap situasi yang menekan dan mendesak anda dan cuba jadikan ianya sebagai satu cabaran kearah kebaikan dan bukannya tekanan dan sesuatu yang merugikan anda,Anda sebenarnya sudah mula mengubah sikap anda, contohnya jika anda telah terjebak dalam kesesakan lalulintas mungkin ini sudah ditakdirkan supaya anda tidak akan terlibat dalam kemalangan yang mungkin akan terjadi keatas anda jika tidak dihalang oleh kesesakan lalulintas itu, atau jika anda diberhentikan kerja angaplah ia sebenarnya permulaan bagi anda untuk mandapat kerja yang lebih baik, Sebenarnya semua perkara boleh di lihat dalam dua persepsi yang berbeza iaitu negative dan positif, jadi latihlah diri anda untuk menilai sesuatu dalam persepsi yang positif kerana ianya akan membantu untuk mengubah sikap anda.

Fasa Kedua

Fasa 2 ini bertujuan untuk megurangkan tekanan (lebih kepada sains) fasa ini lebih senang untuk dilakukan jika anda sudah berjaya di fasa yang pertama, (kalau kepala dah serabut, perasaan tak tenang macam mana nak gelak bila ada orang buat lawak, kang tak pepasal PELAWAK tu jadi PESAKIT. Nak bersenam jauh sama sekali )

3. Lawak Jenaka
Lawak jenaka ni lebih kurang macam senaman, ia juga dapat merangsan tubuh untuk menghasilan bahan kimia pada otak yang boleh megurangkan tekanan dan secara tak langsung dapat mengalihkan focus kita kepada benda lain dari sikap negative kita. Bahkan menurut kajian ketawa adalah terapi yang baik untuk tekanan,

4. Senaman
Saya tau perkara ini memang menakutkan tetapi jujur saya katakana ini merupakan asas utama yang boleh memberikan kesan serta merta, kerana senaman boleh menghasilkan bahan kimia dalam otak kita yang dapat membant melegakan tekanan , walaupun sekadar menari bila mendengar lagu kesukaan anda.

Fasa Ketiga

Fasa 3 adalah fasa yang akan melatih dan membentuk sikap dan keperibadian anda, Fasa ini juga juga akan megubah sikap negatif yang sabati dalam diri anda. Fasa Mungkin akan menjadi sia sia jika ada gagal dalam 2 fasa yang sebelumnya.

5. Lihat , baca atau dengar dari mereka yang anda kagumi ( Pembakar Semangat )
Tengok dengar atau baca darimana mereka bermula, apa yang mereka lalui, tekanan yang mereka hadapi dan kesukaran yang mereka tempuhi sehingga mereka dikagumi, ini dapat menyedarkan kita bahawa apa yang kita hadapi sekarang tidaklah seteruk mereka, dan semestinya kita juga mampu sapai apa yang telah mereka capai atau mungkin lebih baik dari mereka

6. RAKS – Random Acts of Kindness. (buat kebaikan tanpa memilih orang)
Cuba luangkan sedikit masa dari dunia sikap negetif kita yang menyeramkan itu untuk berbuat baik pada seseorang, kerana ini terbukti dapat memperbaiki sikap kita dengan serta merta, tidak semestinya anda menderma ribuan ringgit atau membina rumah anak yatim, tetapi cukup sekadar dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada posmen yang menghantar surat saman trafik anda, senyum kepada orang yang anda tidak kenali selepas dia terlangar anda dan mintak maaf kepadanya walaupun dia yang langar anda, atau berikan pujian kepada orang yang anda saying, dan kalau mampu cuba belanja minum orang yang anda tak kenali.

7. Raikan Kejayaan anda
Fikirkan semua perkara yang telah Berjaya anda lakukan sepanjang hidup anda, cara ini hampir sama dengan bersyukur , Sebagai permulaan anda boleh lakukan dengan cara yang sederhana, Tetapi harus ingat jagan ada “ TAPI “,( boleh tapi, Berjaya tapi. ) dalam diri anda, dan kalau anda mampu cuba raikan kejayaan anda degan cara yang paling meriah, lakukan apa saja yang anda suka bagi meraikan kejayaan itu, bergembiralah degan sepenuh hati, (Jangan melampaui batas agama dan moral dah)

Haruslah kita sedari bahawa kejayaan hadir dalam berbagai bentuk dan rupa, contohnya, Berjaya menamatkan pelajaran, Berjaya membali rumah, Berjaya memiliki isteri anda, Berjaya melakukan senaman, dapat makan makanan kesukaan anda, dan macam macam lagi (tak kira la sekecil mana pun)

Tukar Background Imej USB Pendrive

Setiap pemacu USB Pendrive telah di setkan dengan background putih sama seperti background folder dalam windows. Mungkin anda sudah bosan dan ingin menukar background USB Pendrive kepada background imej yang pasti akan kelihatan lebih menarik berbanding background kosong yang bewarna putih. Jadi bagaimana cara untuk set background imej pada USB Pendrive?. Jika anda hendak tukar background USB Pendrive kepada background yang lebih menarik, anda perlu melakukan sedikit konfigurasi pada USB Pendrive anda. Cara yang akan saya tunjukkan di bawah ini boleh juga di gunakan pada Portable Hard Disk.

Ada 3 langkah mudah :

  • Copy kesemua kod di bawah dan paste kan dalam notepad, kemudian save kan fail notepad ke dalam pemacu USB Pendrive anda (namakan fail notepad kepada desktop.ini). 
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
iconarea_image=”back.jpg”
iconarea_text=”0xFFFFFF”
  • Pilih dan copy mana-mana imej pilihan anda, paste kan ke dalam pemacu USB Pendrive dan namakan imej tersebut kepada back.jpg
  • Setkan kedua-dua fail tadi (notepad & imej) kepada Hidden files. caranya klik kanan pada kedua-dua fail dan pilih Propertise >> Hidden Files.
    Monday, October 18, 2010 | By: Dee

    Sayangnya ALLAH Pada Wanita

    Umum Tahu;
    1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
    2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
    3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
    4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
    5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
    6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
    7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
    8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
    Pernahkah kita lihat sebaliknya??
    • Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
    • Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
    • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
    • Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
    • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
    • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya. 
    • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

    Kenapa Hati Tidak Bahagia

    Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
    1. Pemarah- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
    2. Pendendam- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam mahupun yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
    3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
    5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
    6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
    8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak, takabbur dgn aper yg kita ada..
    9. Cinta dunia - tak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah.Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
    Kesimpulan
    Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
    Sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

    Wednesday, October 13, 2010 | By: Dee

    Windows XP Shortcut Function

    How expansive is your repertoire of Windows XP keyboard shortcuts? A lot of users learn a handful of shortcuts but turn their backs on a host of other ones that could come in handy. Check out the selection of shortcuts below and see if there aren’t a couple you didn’t know about that could be saving you some real time.

    The shortcuts
    Keystroke Function
    • Alt + Tab = Switches between open programs
    • Alt + F4 = (in a program) Closes the program
    • Alt + F4 = (from the desktop) Opens the Windows Shutdown/Restart dialog box
    • Alt + Enter = Opens the Properties page of a selected item
    • Alt + Esc = Cycles between open programs in the order they were opened
    • Alt + Spacebar = In the active window, this brings up the corner dialog box for Move, Size, Minimize, Maximize, or Close
    • Shift + Insert = a CD/DVD Inserts a CD/DVD without triggering Autoplay or Autorun
    • Shift + Delete = Permanently deletes an item (rather than sending it to the Recycle Bin)
    • Ctrl + Shift + Esc = Opens the Windows Task Manager
    • Ctrl + drag an icon = Copies that item
    • Ctrl + Shift + drag an icon = Creates a shortcut for the item
    • Right-click + drag an icon = Brings up a menu to copy, move, or create a shortcut for the item
    • F1 = Opens Windows XP Help
    • F2 = Highlights the label of a selected item for renaming
    • F3 = Opens Windows search for files and folders
    • F5 (or Ctrl + R) = Refreshes an Internet Explorer page or other window
    • F6 = Cycles through the elements that can be selected in a screen or window
    • F10 = Selects the menu bar in the active program (usually the File menu) so that you can use the arrow keys to navigate through the menus and the Enter key to display one
    • Shift + F10 = Displays a shortcut menu for an item (like right-clicking with the mouse)
    • Ctrl + Esc = Opens the Start menu

    Roll your own shortcut
    You can also create custom Windows XP shortcuts. Just right-click on the icon of a program or program shortcut, choose Properties, click the Shortcut tab, and enter a keystroke combination in the Shortcut Key field. Windows will let you assign only key combos that aren’t already taken.
    Tuesday, October 12, 2010 | By: Faliyana

    Berbicara Dengan Tuhan


    Setiap apa yang Dia ciptakan, tiada apa yang sia-sia. Aku percaya dan benar-benar yakin. Biar sebesar zarah, semuanya akan dihitungkan. Kebaikan dibalas dengan kebaikan. Kejahatan pula dibalas setimpal dengannya. Allahu, sungguh hanya Dia yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

    Biar setitis airmata mengalir membasahi pipi. Semuanya terjadi hanya dengan keizinan-Nya. Apa yang ada di dalam dada, mahu pun terlafaz oleh bibir, semuanya dalam pengetahuan-Nya. Allahu. Sungguh Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

    Berbicara dengan-Mu, tiada batas waktu mahupun sempadan masa. Setiap detik dan saat, Kau sentiasa ada untukku. Biar susah, biar senang, Engkau sentiasa bersamaku. Maha Mengetahui lagi Maha Agung.

    Dewasa ini airmataku sering tumpah saat kita berbicara. Atau, apakah aku hanya bicara sendiri? Apakah Kau masih sudi berbicara dengan ku? Mendengar luahan dan rintihanku? Mendengar bisikan dan jeritan batinku. Tuhan, sungguh banyak dosaku pada-Mu. Sungguh banyak khilafku pada-Mu. Terlalu banyak penyesalan yang bersarang di dalam dadaku. Banyak sungguh aku menzalimi diriku sendiri. Betapa besarnya dosa-dosaku pada-Mu.

    Apakah masih ada ruang keampunan dan kemaafan buatku?

    Airmata ini datang dan pergi semahunya. Tanpa pintaku. Tanpa sempat aku mengusir. Ah..Airmata ini airmata penyesalan. Airmata dosa. Airmata duka dan sendu seorang hamba yang pernah mengkhianati Tuhannya. Sungguh penyesalan itu terlalu perit untuk aku tempuhi. Terlalu pahit untuk aku telan. Terlalu panas untuk aku genggam. Aku hampir tewas.

    Oh Tuhan, aku ingin berbicara dengan-Mu. Kerana aku tahu Kau Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dengarlah suara hatiku ini... Ampunkanlah dosa-dosaku. Pimpinlah aku menuju jalan-Mu yang benar.

    ‎"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku."

    Surah Al-Qasas : Ayat 16

    AutoCad

    5-6 tahun dah berlalu semenjak semesta pertama di UiTM, teringat lagi khursus2 yg diambil ketika tu, Kimia, material science, matematik dan yg paling seronok masa tu adalah AutoCad..sbb kerjanya bermain dgn tetikus dan screen sahaja, kegembira sgt terasa bila drawing yg diamanahkan berjaya disiapkan, tapi 2D je la. huhuhuhu...ooo by the way, Autocad tu adalah software lukisan kejuruteraan.selain Autocad ada juga software2 lain yg mempunyai kriteria yg hanpir sama antara yg terkenal adalah Solid Work.

    Walaupin keputusan agak cemerlang untuk khursus Autocad tu,tapi jgn la bagi task tuk melukis tu skrg,mungkin mengambill masa yang lama untuk 1 lukisan yg simple pun.huhuhu...walaupun minat,tapi kalau dah tinggalkan 5 -6 tahun, lupa gak...tambahan software ni sentiasa ada version terbaru.

    Tapi apakan daya, bila bekerja kita tak boleh nak memilih kerja2, so bila bos bg,apa yang dia tau mesti siap, cantik, kemas dan memang d'boom..So, apa lagi, terpaksa la cari bidan terjun yang sudi mengajar dan mempolish balik memory terhadap Autocad ni...Terima kasih banyak-banyak pada beliau, tak lena tido malam beliau memastikan saya boleh menyiapkannya....atas jasa beliau,alhamdullillah siap juga.

    Boss..jangan komen banyak2 ye..

    Thank You very much ( ^_^ )
    Sunday, October 10, 2010 | By: Dee

    Tips Menjaga Password

    Peringatan untuk pengguna internet,

    Password adalah element terpenting ketika menggunakan internet, so berhati-hati la terhadap penggunaan password ni, terutama pasword yg melibatkan urusan kewangan,jangan semudah-mudahnya mendedahkan password dimana2.


    1. Tidak Menggunakan Default Password

    Default password adalah password yang disediakan oleh satu laman web secara automatik. Password standard ini mesti ditukar dengan cepat. Ini kerana, default password dapat dicari dengan mudah di search di google. Terdapat banyak web yang memberi user ID dan default password. Kadang-kadang administrator takut lupa kalau mengubah default password yang ada, sehingga seorang hacker bodoh pun dapat masuk ke sistem dan mengubah password default tadi.


    2. Jangan menggunakan Password Hint

    Kadang-kadang kita takut lupa dengan password yang sudah kita entry ke dalam sistem/account, dan kebanyakan web menyediakan password hint supaya kita dapat mengingatkan kembali password tersebut. Begitu juga dengan para hacker, mereka akan mencuba banyak kali dengan meneka password kita dengan berbagai pertanyaan di password hint, lama kelamaan password tersebut akan tepat apabila pertanyaan yang tertera di password hint dapat dijawab oleh si peneka password.


    3. Tidak Menuliskan Password

    Ramai juga yang takut lupa dengan passwordnya sehingga ada yang menulis di buku nota, fail notepad,buku, handphone malah ada yang membuat satu folder password. Apabila peralatan tersebut hilang, maka semua informasi tentang user ID dan password tersebut cepat atau lambat akan diketahui oleh si pencuri peralatan/gadget yang hilang.


    4. Menggunakan Password yang Kuat

    Pemilik password seringkali menggunakan password yang pendek saja, kalau boleh lebih pendek dari 3 karakter. Biasanya sistem memberikan panjang password minima 6 karakter dan maksima 254 karakter. Semakin panjang sebuah password, maka akan semakin selamat password tersebut. Password yang kuat dapat dibuat dengan kombinasi angka dan huruf, bahkan berbagai karakter yang lain. Beberapa admin saat ini menggunakan password yang cukup panjang, ditambah dengan enkripsi seperti PGP key dan lainnya, sehingga cukup sulit untuk dapat menghack password tersebut.


    5. Sering Mengubah Password

    Pemilik password sebaiknya secara berkala mengubah password untuk autenticate tersebut, semakin sering password berubah semakin baik, karena semakin sulit hacker password menceroboh account/system kita. Perubahan terhadap password tergantung si pemilik, boleh seminggu, sebulan, tiga bulan sekali dan lain-lain. Janji anda tidak lupa dengan password yang sudah diubah tadi.


    6. Tidak Menggunakan Password yang Sama pada Beberapa Akaun

    Pemilik password kadang sering lupa dan sering membuat account yang cukup banyak, sehingga mereka setiap membuat account baru menggunakan user ID yang sama dan password yang sama, ini mengundang bahaya. Kerana jika satu akaun dapat ditembus , maka semua akaun akan dapat diambil oleh hacker tersebut.


    7. Menggunakan Sistem Password Management

    Untuk membantu mengingatkan kembali berbagai password dari pelbagai akaun, membuatkan kita sukar dan sering lupa password. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sudah banyak aplikasi untuk membantu menjaga password kita. Aplikasi ini dapat didownload secara percuma dari internet atau pun berbayar, sehingga berapapun akaun kita dan berapa banyak pun password kita dapat dengan mudah untuk diingat dan dibuka kembali, tentu saja untuk membukanya dengan kaedah encription juga. Anda boleh tanya dengan pakcik yang kerjanya melepak di internet – pak cik Google.

    Si genius Islam - Ibnu Sina

    Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.

    Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu.

    Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.

    Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.

    Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:

    1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
    2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
    3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.
    4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
    5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
    6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
    7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
    8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
    9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
    10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
    11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
    12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
    13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
    14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
    15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
    16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
    17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
    18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
    19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
    20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
    21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
    22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
    23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
    24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
    25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
    26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
    27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
    28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).

    Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

    Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.

    Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.



    Friday, October 8, 2010 | By: Dee

    Assalamualikum

    Hari ni terhasil blog pertama saya, tapi tak tau la kenapa boleh terfikir tuk buat blog ni.huhuhu...mungkin kerana agak bosan malam ni.Semoga blog ni boleh menjadi peneman disamping menghubungkan saya kepada dunia luar dan menambah rakan. Melalui blog in saya akan cuba berkongsi info2 mengenai isu semasa,hukum hakam agama,pengetahuan umum dan yg paling diminati adalah mengenai teknologi (Gadget, Hp,computer, software2,hardware dll). 

    Akhir kata untuk entry pertama ini, semoga blog in tak sunyi dari pengunjung dan berharap ianya akan sentiasa diupdate.Sebarang komen dan cadangan yg membina dialu-alukan.

    Amin...