Wednesday, April 27, 2011 | By: Faliyana

Rasa Tersisih Kerana Manusia?

Di dunia, manusia punya 1001 ragam yang berbeza.

Ada yang berkelakuan dengan baik, dan sebaliknya. Di dunia, terdapat kepelbagaian yang memang sukar difahami oleh manusia. Namun inilah penciptaan Sang Khaliq.

Bertemu dengan banyak jenis manusia membuahkan pengalaman yang sangat berharga. Dengan pengalaman itu seseorang akan lebih mengenali personaliti manusia yang lain. Jangan merasa jemu dengan pertemuan demi pertemuan, perkenalan demi perkenalan. Kerana semua itu akan membuahkan sesuatu yang berguna.

Di dunia, rasa tersisih, menyisihkan dan yang sama waktu dengannya memang banyak berlaku. Jika mahu mengalah hanya kerana rasa yang seperti itu, maka..

Anda akan rugi!

Rasa Tersisih Oleh Manusia

Saya pernah mendengar rintihan seorang kawan mahu berubah kepada yang lebih baik. Dan permulaan kepada perubahannya itu, dia mula mendekati kawan-kawan yang dia percaya mereka itu baik, inshaALLAh. Tapi, sebaliknya. Dia agak terkilan dengan apa yang berlaku.

“Kenapa bila saya senyum dan bagi salam pada mereka, mereka jeling saya. Salam pun tak sambut.. Kamu tahu, bukan sekali dua saya cuba mendekati mereka. Riak muka mereka tu, menunjukkan yang mereka jijik sangat pada saya..” luahnya. Ada nada sedih disitu.

“Hina sangatkah saya yang nak berubah ni. Tak baik sangat macam diorang?” Dan airmatanya mula menitis.

Begitulah bila berubah. Perubahan itu menjanjikan kesakitan.

Dan tidak semua sebenarnya manusia yang secara zahirnya anda nampak baik, maka baiklah dirinya. Jangan tertipu pada pemakaian manusia lain. Tapi nilailah peribadinya berdasarkan bait kata yang meluncur keluar daripada lidahnya dan melalui tingkah lakunya dalam berurusan dengan semua manusia.

Pengalaman yang dialami oleh kawan saya itu tadi memang suatu pengalaman yang biasa bagi seseorang yang mahu berubah. Dan disaat itulah ALLAh ingin mengajar kepada anda sebenarnya.

Mengajar? Mengajar apa? Senyum.

ALLAh Ta’ala mahu mengajar anda mengenal sifat-sifat manusia.

Terbatal Niat Asal Mahu Berubah

Ada juga yang pada mulanya sudah tekad memasang niat mahu berubah. Tetapi apabila mendapat layanan seperti kawan saya tadi, atau tidak mendapat sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan, maka niatnya yang baik tadi itu terbatal.

Subhanallah. MashaAllah~

Sekiranya ada niat dihati mahu berubah, maka teruskanlah. Memang, bukan mudah mahu meninggalkan karat jahiliyyah yang ada pada diri. Tetapi dalam pada anda mahukan sokongan daripada manusia sekeliling untuk berubah, anda terlupa kepada siapa sebenarnya anda patut sangat bergantung.

ALLAh Ta’ala kan ada. Kadangkala, niat yang betul itu akan tersasar dari lebuhraya persekutuan yang sebenarnya.

Anda dapat? Senyumlah.

Jangan sedih bertemu dengan manusia-manusia yang tidak boleh menjadi sahabat anda untuk berubah ke arah kebaikan. Sekiranya diorang menolak malah menjauhi anda, maka carilah sahabat yang lain. Di luar sana, inshaALLAh. Masih ramai manusia yang baik-baik.

Bersabarlah dalam mencari sahabat ke syurga. Ianya bukan suatu proses yang memakan masa yang pendek. Mencari sahabat untuk ke syurga ini memakan masa seumur hidup.

Kenapa seumur hidup? Sebab, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah nasihat-menasihati saling meluncur keluar dari bibir antara satu dengan yang lain.

ALLAh Sentiasa Menilai

Dalam proses perubahan itu, adakalanya memang sangat menyakitkan. Terasa sendiri, tidak dapat berkongsi rasa dengan manusia lain adalah lumrah. Tetapi jangan tenggelam dalam keadaan yang sebegitu. Sebab, yang mahu berubah adalah anda, maka anda yang patut bergerak dahulu.

Kesakitan anda, kesepian yang dialami kerana mahu berhijrah ke jalan yang benar.. Semua itu ALLAh sentiasa pandang dan nilai. ALLAh tidak sia-siakan pengorbanan hamba-Nya!

Rasa tersisih oleh manusia adalah sebahagian daripada kesakitan selama berada di dunia ini. Banggalah dengan diri sendiri.

Siapa Yang Mahu Berubah Sebenarnya

Tidak salah mencari sahabat yang solehah dalam proses perubahan itu. Malah ia sebenarnya menjadi suatu keperluan untuk menuju ke jalan yang diredha ALLAh Ta’ala. Tapi, jangan sampai kebergantungan anda hanyalah semata-mata kepada sahabat itu tadi.

Mereka dan diri anda adalah hamba ALLAh!
Maka, sebenarnya kalian sama-sama berusaha memperbaiki iman masing-masing.

Kalau ditakdirkan berjumpa dengan manusia lain yang akhlak mereka tidak seindah pemakaian yang ada pada diri mereka. Maka, janganlah rasa tersisih. Sebaliknya, bersangka baiklah kepada mereka, bahawasanya semasa itu mood mereka kurang baik ataupun mereka malu pada anda yang sudi menghulurkan lafaz salam terlebih dahulu berbanding mereka yang ‘baik’ itu.

Subhanallah~!

Jangan terbantut rasa mahu meneruskan niat dihati hanya kerana bertembung dengan beberapa orang manusia yang mengecewakan anda. Sebab, seperti yang saya katakan tadi.. InshaALLAh, anda akan berjumpa dengan lebih ramai orang lagi di luar sana.

Masih juga kecewa? Siapa sebenarnya yang mahu berubah?

Anda? Maka, sila buat seperti layaknya orang yang mahu berubah. Ketepikan rasa kecewa dan rasa tersisih dikalangan manusia-manusia yang pernah anda kenali.

Satu yang saya percaya dan yakin, jika perubahan anda itu kerana ALLAh, maka ALLAh akan mempermudahkan urusan perubahan anda selagimana anda bergantung harap; berusaha dan berdoa kepada-Nya. ALLAh Ta’ala akan mempertemukan anda dengan sesuatu yang manis akhirnya.

Anda mahu berubah kerana-Nya? Itu pilihan anda.
Anda rasa tersisih oleh manusia? Itu juga pilihan anda.

Jika masih terus rasa tersisih, anda rugi sebenarnya. Sedangkan ALLAh Ta’ala dan para malaikat-Nya sentiasa ada untuk membantu anda di jalan ALLAh Ta’ala ini.

Kita semua masih dalam proses berubah. Maka, kita kawan, boleh?
Kita semuanya, tiada beza. Iman dan Taqwa akan diadili oleh Tuan Punya Dunia~

Teruskan untuk kuat dan tabah wahai sahabat.

***www.cintailahi.com

Sunday, April 17, 2011 | By: Dee

Papago X5 for Andriod 2.x

PAPAGO! X5 is Now on your Android 2.x! The superior navigation software from MactionTechnologies can now be installed onto your Android phone!

With the PAPAGO! X5 you can transform your device into a professional navigation system. This is full English UI with MFM maps.

Please follow the installation instruction:

1. Download 
      a) 3ceee0c6_SEA_ANDROID_X5_20100806
Part1
Part2
Part3
Part4
Part5
      b) libpapago
libpapago
2. Unzip the files and you will have
a) NaviSEA folder and
b)PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk
3. Unzip libpapago and copy libpapago.so, paste it inside NaviSEA folder.
4. Copy NaviSEA folder, paste it inside your storage card, root directory.
5. Copy PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk to your SDcard
6. Install PAPAGO_X5SEA_0806_WWE Market.apk via computer or apk installer.
7. Enjoy Papago X5 for Android 2.x, the world 1st release!

Saya dah try install pada Sony Xperia X8, alhandullillah tak ada masalah....
in term of map view, papago lagi grand la,siap boleh 3D...Gud Luck

Tips Membeli Laptop

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.

4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.
Saturday, April 16, 2011 | By: Faliyana

Yuna - Cinta Sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh


Thursday, April 7, 2011 | By: Faliyana

Kekuatan Untuk Meninggalkan Kejahatan

Kebaikan dan kejahatan yang sebati dengan diri akan memandu empunya jasad ke arah yang bersesuaian dengannya. Sama ada ke arah kejahatan, atau pun kebaikan. Kalau jahat, maka jahatlah jadinya. Kalau baik, maka baiklah juga jadinya.

Tapi, tidak semua orang di dunia ini ingin menjadi seorang yang jahat.

Perkara yang baik dan jahat itu, akan menjadi darah dan daging manusia tanpa disedari. Kecenderungan ke arah kebiasaan pada perkara-perkara yang dilakukan boleh menenggelamkan empunya jasad. Bezanya, tenggelam secara perlahan-lahan atau pun dengan kadar yang cepat.

Manusia, pasti ada yang ingin berusaha untuk berubah.

Perbuatan Yang Menjadi Rutin Kebiasaan

Setiap perbuatan yang dimulai, pasti akan menuntut untuk perbuatan yang sama berulang-ulang kali. Mungkin akan menuntut sesuatu yang lebih besar, malahan!

Jika seseorang membuat perkara yang agak jahat pada mulanya, maka saya jamin, selepas itu akan ada perkara jahat yang lain lagi akan dilakukannya. Mungkin, bermula dari perkara jahat yang kelihatan agak remeh, tapi lama-kelamaan pasti akan melakukan sesuatu yang lebih besar; dosa besar.

Begitu juga, jika seseorang melakukan perkara kebaikan hatta sekecil-kecil perkara kebaikan, pasti akan ada lagi kebaikan yang ingin dilakukannya. Seiring dengan melakukan kebaikan itu, jiwa semakin lapang. InshaALLAh!

Persamaan kedua-dua di atas ini ialah, ia akan menjadi rutin!
Rutin yang akan membuahkan lebih banyak perkara kejahatan mahu pun kebaikan.

Diri Yang Meronta

Seorang kawan pernah berbual-bual dengan saya. Masa tu banyak benda dibualkan, akhirnya sedikit demi sedikit kawan tadi meluahkan bahawa dia ada tabiat yang dia nak buang. Tapi, sangat susah!

“Kadang-kadang, rasa nak bergaduh dengan diri sendiri. Kalaulah diri aku menjadi dua, agak-agak ktorang akan bertumbuk kot.”

“Bertumbuk? Laa.. Kenapa pula?”

“Yelaah. Saya tak nak buat. Tapi sebahagian diri aku ni nak juga suruh buat. Tak boleh duduk diam. Tapi bila aku dah buat, hati resah pula. Macam mana ya?”

“Ooh. Macam Dr. Jekyll and Mr. Hyde la kiranya kamu ni kan. Hehe.”

Apa yang saya dapat lihat, memang begitulah manusia. Jika meninggalkan perbuatan yang kurang elok, sebahagian diri pasti tidak keruan, meronta-ronta untuk buat lagi dan lagi. Tapi sebahagian diri yang lain, tidak mahu disebabkan ada satu sudut yang tidak membenarkan perbuatan itu; hati.

Tapi, saya kira, lebih baik seperti kisah kawan saya di atas ini daripada seseorang yang langsung tidak menghiraukan rayuan nuraninya sendiri. Fizikal mungkin kelihatan baik-baik aja, tapi jiwa tidak begitu.

Masalah jiwa itu tidak kelihatan. Tapi memberi impak yang dalam!

Memerlukan Kekuatan Dari Jiwa

Nak berubah untuk menjadi baik tidak senang. Baik itu memastikan anda meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik. Tapi, untuk menjadi jahat sangatlah tidak susah. Perkara kejahatan sentiasa terbentang didepan mata, anda pilih!

Tapi, sesuatu yang saya sangat pasti..

Orang yang tegar buat perkara-perkara yang tidak elok tanpa ada sekelumit rasa bersalah, maka syaitan akan turut membantunya untuk menguatkan lagi keinginannya kepada kejahatan. Syaitan akan memantapkannya ke jalan kejahatan sehinggalah dirinya mendapat natijah akan setiap perbuatannya.

Dan orang yang berusaha untuk membuat perkara kebaikan, pasti ALLAh akan membantu dan memberikan kemudahan walaupun kadangkala jiwa akan memberontak. InshaALLAh, moga ALLAh permudahkan.

Kesimpulannya, kekuatan jiwa itu sangat diperlukan untuk meninggalkan kejahatan jika ingin mendapat kebaikan dan pandangan rahmat daripada ALLAh SWT.

Saya jadi teringat pada kata-kata yang selalu diucapkan oleh Mudir SD Muhammadiyyah, Laskar Pelangi. Anda mungkin pernah menonton filem ini. Kata Mudir tu,

“Hidup ini, memberilah sebanyak-banyaknya. Bukan menerima sebanyak-banyaknya!”

Senyum.

Semoga ALLAh merahmati.

***www.cintailahi.com


Monday, April 4, 2011 | By: Faliyana

Apakah Aku Sedang Diuji?

Ya Tuhan, apakah aku sedang Kau uji?

Suatu hakikat yang mesti jangan terlupus di minda walau sesaat cuma, ujian dari ALLAh SWT akan tetap ada sehinggalah manusia masuk ke dalam liang lahad sekalipun.

Jika anda merasakan anda sedang diuji, maka ingat jugalah bahawasanya manusia lain yang berjuta-juta diluar sana juga turut diuji oleh Tuhan yang sama dengan cara ujian yang berbeza.

Dan satu perkara yang saya yakin dan berpegang dengannya, ujian dari ALLAh itu adalah tanda sayang dan tanda untuk menjadikan manusia menjadi manusia yang lebih baik dan tegar menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.

InshaALLAh, saya yakin. Dugaan itu bukan tanda bencinya Tuhanmu!


Rintihan Jiwa Yang Diuji

Ada manusia apabila berhadapan dengan dugaan yang agak besar, maka dirinya mula merasakan dunia ini kelam. Seakan-akan tiada baginya harapan untuk membentuk masa depannya lagi. Merasakan dirinya dikelilingi oleh kesepian dan kegelapan belaka meskipun dirinya berada ditengah keramaian.

Dan ada pula yang kehilangan momentum dalam beribadah.

Kalau dulu, ketika ALLAh masih meminjamkan nikmat, maka dirinya rajin beribadah. Tetapi, bila ALLAh uji dengan sedikit dugaan, maka ibadahnya hilang entah ke mana. Mula membelakangkan Tuhan lantaran merasa ALLAh tidak sayang padanya dek kerana ujian yang didatangkan.

Hidup ini, sebolehnya kita tidak mahu menjadi futur. Na’udzubillah.

Sekiranya diri sendiri sudah malas sebaik sahaja menerima ujian yang saya percaya, ujian itu tidak sebesar ujian para Nabi pun anda sudah kehilangan rasa kemanisan dalam beribadah, maka adalah lebih baik anda memeriksa hati dan jiwa anda.

Untuk apa anda hidup? Untuk siapa anda hidup?
Hidup untuk dunia atau hidup untuk akhirat.

Saya percaya, ujian boleh datang dari pelbagai arah. Hatta dalam sekecil-kecil perkara pun. Ujian ALLAh penuh variasi. Tidak hanya pada satu arah. Dalam persahabatan juga sering diuji, dalam penggunaan lisan juga sering diuji, dalam memperbaiki akhlak juga sering diuji.

Mungkin anda akan berkata, saya hanya tahu menulis di dalam rumah maya ini. Tapi bukannya saya tahu perasaan anda yang menderita dek ujian. Itu hak anda untuk berkata seperti itu, tapi jangan lupa duhai sahabat, semua manusia mempunyai ujian yang berbeza-beza.

Tak mengapa. Saya tersenyum di sini.

Cari Kekuatan Pada Diri Sendiri

Cuba lihat kebesaran dan kasih-sayang ALLAh yang ada pada diri sendiri. Subhanallah~!

Longlai dan terjatuh kerana masalah? Anda pernah? Maka saya juga begitu. Tapi pengalaman lalu mengajar diri sendiri untuk tidak kalah pada masalah dunia yang tidak kekal. Kadang-kadang, manusia tahu dan yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaian. Tetapi kebanyakan manusia sudah lemah sebelum berjaya menyelesaikan masalah.

Kasihan pada jasad, kan.

Sahabat, pernah tidak tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa hati dan jiwa sangat rapuh apabila menerima ujian dari ALLAh SWT?

Saya pernah bertanya soalan itu kepada seorang yang saya hormati, moga hidupnya dirahmati, inshaALLAh. Dan jawapan yang beliau berikan kepada saya masa tu sangat mengetuk jiwa. Dihadapannya juga saya menitiskan airmata. Airmata yang sangat ego untuk jatuh dihadapan manusia akhirnya menjadi murah pada ketika itu.

Diakhir pertemuan sebelum berpisah, beliau berpesan..

“Jangan sesekali beri peluang kepada syaitan untuk membiarkan kamu merasa besar dihadapan ALLAh Rabbul ‘Alamin. Kalau ALLAh nak binasakan kita, tak payah tunggu masa kiamat.. Saat ni pun ALLAh boleh buat..”

MashaAllah. Astaghfirullah~

Merasa sendiri tika menerima ujian dari ALLAh? Sepatutnya anda memulakan langkah untuk mendekatkan diri kepada ALLAh SWT. Bukan menyendiri dan menghindar dari manusia lain.

..ALLAh SWT itu sesuai dengan sangkaan hamba-Nya.. – Hadis Qudsi

Anda Pemberi Motivasi Kepada Diri Sendiri

Selain mengubati jiwa dengan mentadabburi Al-Quran dan Sunnah. Berilah motivasi kepada diri sendiri. Hidup ini, tidak boleh selalu menunggu orang lain untuk memberikan motivasi kepada diri anda.

Motivasi yang sangat hebat daripada seorang pakar motivasi sekalipun, jika diri anda sendiri yang tidak mahu memotivasi diri anda, maka kata-kata semangat dan motivasi yang diberikan oleh pakar tidak akan berkesan kepada anda. Anda akan biarkan ia seperti angin yang berlalu.

Salah satu kunci motivasi yang besar : KEYAKINAN KEPADA ALLAh!
Jika keyakinan itu lemah, maka lemahlah anda berhadapan dengan ujian. Believe me.

Kata orang, hidup di dunia ini hanya sekali, dan itu adalah fakta. Maka, sebolehnya, buatlah yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Jika merasakan dunia ini kelam, maka yakinkanlah diri sendiri, bahawa syurga disana penuh berseri dengan keindahan yang tidak akan terbayang dek akal.

Kita sama-sama hidup di dunia. Kita sama-sama seorang manusia. Kita sama-sama hamba ALLAh. Kita sama-sama ummat Muhammad Rasulullah. Kita sama-sama menuju destinasi yang sama. Maka, mengapa kita tidak dapat memperolehi kekuatan yang sama seperti kekuatan orang-orang hebat dipandangan ALLAh?

Saya ini, cuma hamba ALLAh yang biasa. Benar-benar biasa. Tapi, seharusnya, kita punya cita-cita dan impian yang luar biasa!

Apa dambaan anda? Syurga? Maka, go for it, sohabat!

Anda sedih? Janganlah sedih. Ada ALLAh sebagai penghibur. InshaAllah.
Cari kekuatan dan akhlak yang baik dalam jiwa kamu yang paling dalam. Ia ada disitu.
Cari diri kamu dalam sujud terakhir yang lama. Diri kamu ada disitu. InshaALLAh.

***www.cintailahi.com