Saturday, February 18, 2012 | By: Faliyana

Aku Masih Mencari

Malam yang terasa begitu panjang ku gunakan untuk melihat kembali perjalanan hidupku hingga kesaat ini. Keinginan jari jemariku untuk menari di ruangan yang sudah lama aku tinggalkan ku turutkan saja.

Oh. Aku masih di sini. Di perantauan, jauh dari keluarga.

Entah mengapa hati yang merindui keluarga yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati membuat aku terfikir, memutar kembali kejadian demi kejadian yang membuatkan kepala menjadi berat, hati menjadi sesak. Dan jika tidak tertanggung untuk memikirnya, maka ubat sementara adalah merehatkan otak dengan tidur. Entah tidur aku itu dikira ibadah atau sebaliknya.

Nafas kutarik perlahan-lahan.

Aku manusia biasa. Aku manusia biasa. Aku manusia biasa.

Aku manusia biasa yang penuh dosa. Penuh kelemahan.
Aku tahu aku insan biasa, bukan mulia.

Aku, dikenali dengan pelbagai cara. Ada yang mengenali diriku bertahun lamanya; sifatku, karenahku, tabiatku. Ada yang tahu perangaiku luar dan dalam. Ada yang mengenaliku setahun dua. Ku berterima kasih kerana kesudian menjadi temanku sehingga kesaat ini.

Dan, ada yang mengenal wajahku zahir dan batin.
Dan, ada yang hanya mengenali diriku melalui facebook.

Seperti manusia lain, hatta banyak masa aku mencuba mengawal sifat buruk yang ada pada diri ini, ada saatnya keburukan itu terhambur keluar dek tolakan persekitaran. Dan hanya selepas itu, aku akan menyesal. Menyesal yang tidak berguna kebanyakannya.

Manusia lain itu, apabila terselak sifat keburukan yang ada pada diri, maka tiada lagi pandangan hormat melainkan dingin dan mengata belakang.

Aku hanya dipandang kosong. Tiada lagi hormatnya.

Manusia, kan. Apalah sangat.
Manusia itu aku dan kau; hamba Allah. Yang sinonim dengan kesalahan dan dosa.

Aku tahu aku bukan manusia yang baik. Aku pernah melalui jalan-jalan yang samar. Aku ada kisah jahiliyyah tersendiri. Aku keluar berjalan seadanya. Oh, jangan diukur aku pada pakaianku.

*Aku sedih

Memang. Memang aku sedih apabila ada manusia yang mencanang-canang keburukan orang lain apabila orang lain membuat kesalahan. Tetapi apabila diri sendiri yang melakukan kesalahan, mahu pula dirinya dikasihi hanya dengan alasan dirinya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari dosa.

Hahaha. Suatu perkara yang aku mahu gelak dengan deraian airmata.

Kau, kau dan aku ada takdir sendiri. Dan walaupun kau dan aku tidak berjalan di atas takdir orang lain, kau perlu tahu untuk berasa empati terhadap orang lain.

*Memujuk diri

Sudahlah wahai hati. Manusia memang begini di atas muka bumi.
Jarang sekali dapat menerima diri dengan seadanya.

Seperti aku. Aku sangka sudah menemui, tapi rupanya silap sendiri.
Bila sisi gelap diri terserlah, malah ditutupnya pula dengan penuh hina!

No one knows me for who I am. Even though myself, still searching for it..

Monday, January 16, 2012 | By: Faliyana

Maafkan Aku Sahabat..

maafkan aku Sahabat..
saat kau sedang di uji..
aku hanya mampu menjadi pendengar..
aku hanya mampu menangis..
aku hanya mampu menasihat..
aku hanya mampu memberimu semangat..
sedang...
aku x mampu membantumu..
aku x mampu berbuat apa-apa pun untukmu..
bukan aku..x mahu..bukan aku x sudi..
tapi...tanganku ini bagai diikat & digari..
mana bisa aku membantumu..
wahai Sahabatku...

apa yg kumampu...hanyalah mendoakanmu...pd Tuhan kita..
Ya-Allah...
Kau Maha Mendengar
rintihan hambaMu yg sedang Kau uji
ketika ini..
aku x mampu membantunya ya-Allah..
aku mohon pdMu ya-Allah
Kau ringankanlah penderitaan Sahabatku
Kau bantulah dia..menjadi manusia tabah
dengan ujianMu..
Kau dengarlah permohonannya
Kau berilah kekuatan pdnya
agar dia bisa bangun semula
meniti hari-hari depan
dengan penuh ketabahan

Kau lindungilah dia dr segala
kesulitan &
Kau selamatkanlah dia dr
manusia-manusia yg bisa memudaratkan dirinya..
Kau bantulah setiap kesusahan dirinya..
Kau tunjukkan pdNya
setiap apa yg Kau uji pd dirinya
adalah bukti kasih sayangMu pdnya...

Sahabatku...
biar apa pun ujian yg menimpamu
ingatlah..
itu tanda kasih sayang Allah pd hambaNya..
kau bertuah Sahabatku..
kerana Allah memilihmu
menjalani ujianNya..
walau seperit mana pun dugaan itu..
ingatlah pdNya selalu..
kerana Allah tidak pernah membiarkanmu..sendirian
setiap ujian itu, mengikut kemampuanmu..

Hanya inilah bentuk bantuan
yg mampu kuhulurkan pdmu Sahabat
di saat tanganku kuat terikat..
dan...
tangan yg terikat inilah
yg mampu ku tadah pdMu ya-Robb
buat Sahabatku..
Semoga hidupmu kembali tenang..
setenang air di tasik..
setenang langit nan membiru....
setenang senyumanmu....~~