Friday, February 25, 2011 | By: Faliyana

Terpisah Daripada ALLAH

Kadang-kadang kita termenung sendirian sambil bertanya kepada diri sendiri. Resah mencari punca. Tak tahu. Apa yang kita sebagai manusia tahu pada waktu itu, dalam hidup ini seperti ada sesuatu ruang kosong yang sangat besar! Dan kita tidak tahu, kenapa kekosongan itu terjadi.

Pernah tak terjadi seperti ini dalam hidup anda?

Sejujurnya, saya juga pernah rasa seperti ini. Hal itu terjadi tidak lain tidak bukan, adalah kerana diri kita sendiri. Ya. Diri sendiri. Acapkali soalan begini kita akan tanyakan pada diri sendiri, kan? Tak kiralah siapa. Boleh jadi saya, anda yang sedang membaca atau orang di luar sana. Terasa seolah-olah hidup ini memang jauh dari Tuhan. Tuhan sangat dekat, lebih dekat dari urat nadi, padahal!

Cari punca. Kenapa ya?

Membuatkan Manusia Berasa Jauh Dari ALLAh SWT

“Kenapa rasa jauh dari ALLAh? Rasa hidup kosong..”

“Makan minum semua cukup. Kawan-kawan okeh. Mak ayah hidup lagi. Tapi kenapa rasa macam ni? ALLAh tak pandang aku lagi ke?”

Kenapa manusia boleh rasa seperti ini? Apa puncanya? Banyak perkara yang boleh menjadi asbabnya sebenarnya. Salah satunya, bukan kerana ALLAh yang jauh dari manusia. Tapi, manusia itu sendiri yang menjauhkan diri daripada ALLAh SWT.

Eh, manusia menjauhkan diri dari ALLAh? Ya. Senyum.

Hakikatnya, kelalaian manusialah yang membuat manusia merasa begitu. Dosa dan maksiat yang dilakukan, itulah asbabnya. Maka, sedar atau tidak, dosa itulah yang seolah-olah memisahkan manusia dengan ALLAh dan menjadikan hubungan manusia dengan ALLAh SWT renggang dan menyebabkan hidup ini berasa kosong. Ada saja yang tidak kena. Resah dan gelisah.

Namun, perasaan begini, bukanlah bererti ALLAh SWT sudah tidak peduli dengan manusia lagi. Sebaliknya, perasaan itu sebenarnya adalah satu teguran dari ALLAh SWT. ALLAh SWT mahu anda sedar dengan perbuatan anda sendiri. Mahu manusia mengkoreksi diri sendiri dan bersoal jawab dengan diri sendiri.

Sebab itu, pentingnya muhasabah.

Dan sebenarnya, jiwa manusia yang secara fitrahnya sukakan empunya jasad akur dan taat pada perintah ALLAh SWT tidak dapat menerima kelakuan si empunya jasad jika lalai terhadap ALLAh. Ya, semua manusia ada perasaan ini sebenarnya, antara menyedarinya sahaja atau tidak. Itulah hakitkat fitrah semulajadi. Hati yang kecil itu sebenarnya tidak boleh menerima kelakuan dan kelalaian buruk. Bila fikir-fikir balik, terasa malu dengan hati.

Kadang-Kadang, Terpisah Juga Dengan Manusia

Hubungan baik dengan ALLAh, maka ALLAh akan baikkan hubungan dengan manusia.

Saya yakin akan itu!

Bila hubungan dengan ALLAh mulai ada masalah, maka begitu juga dengan hubungan sesama manusia. Kadang kala, terasa keseorangan walaupun sebenarnya sedang dalam keramaian pada waktu itu. Terasa dipinggirkan walaupun hakikatnya tiada sesiapa yang meminggirkan dirinya. Terasa sangat tidak diperlukan dan tiada yang mempedulikan dirinya. Tidak cukup dengan itu, terasa dirinya dipandang hina oleh orang lain.

MashaAllah! Tabarakallah~!

Kita boleh periksa dan tanya diri.

Anda Perlukan ALLAh SWT Dalam Hidup Anda

Kadang-kadang, ego menguasai diri. Ada saja manusia yang tidak menghiraukan rasa kekosongan itu, sebaliknya membiarkan perasaan itu begitu saja. Dan akhirnya, fikirannya menjadi serabut dan kehidupan sehariannya tidak terurus. Eh, saya tidak mereka. Saya pernah saksikan dengan mata kepala sendiri. Tapi syukurlah, akhirnya hamba ALLAh itu kembali pulih. Keselamatan ke atas dia, inshaALLAh.

Haruskah persalah ego? Saya akan kata, tidak.

Sebagaimana nafsu, ego itu juga harus dididik. Kalau manusia ada ego, jangan lupa, ALLAh Yang Maha Perkasa itu pun ada ego. Hendak berlawan ego siapa paling tinggi? Sudah semestinya manusia akan hancur.

Senyum.

Sebenarnya, apa yang saya hendak cakap ialah. Kita, yakni manusia, sangat perlukan ALLAh SWT dalam hidup. Jiwa kita sangat memerlukan kasih-sayang dari ALLAh. Sangat memerlukan perhatian dan belaian ALLAh SWT. Sangat memerlukan pertolongan dari ALLAh SWT. Manusia sangat perlukan ALLAh dalam setiap langkah.

Yang memberi rezeki adalah ALLAh SWT.
Yang memberi kejayaan adalah ALLAh SWT.
Yang memberi kegembiraan adalah ALLAH SWT.

Sahabat, maka mengakulah. Kita sebenarnya memang perlukan ALLAh SWT..

ALLAh itu, tidak akan kekurangan hatta sebesar zarah pun jika ada manusia yang berpaling dari-Nya. Tidak akan tergugah kebesaran ALLAh SWT. Manusia, manusia yang berpaling dari ALLAh, akan meranalah hidupnya. Itu sunnatullah! Jika manusia membuang ALLAh SWT dalam hidupnya, maka nantikanlah natijah dari perbuatan itu.

Kita perlukan ALLAh. Ya, sangat memerlukan rahmat ALLAH SWT. . Mengakulah~
Peringatan untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi!

Semoga ALLAh merahmati.

***cintailahi.com

Monday, February 21, 2011 | By: Faliyana

Manusia Suka Mengeluh..Kan??

Jom tanya pada diri sendiri.

Pernah tidak, kita tidak mengeluh dalam sehari? Tidak kiralah keluhan berat atau ringan.

Bila difikir kembali, walaupun keperluan untuk hidup sudah mencukupi mahupun lengkap, manusia masih tidak pernah kehilangan alasan untuk mengeluh. Kenapa ya? Anda ada jawapan tak? Kongsi dengan saya boleh?

Contoh mudah, berkenaan cuaca. Jika cuaca redup lalu hujan, manusia akan mengeluh. Jika cuaca panas lagi terik, manusia juga akan turut mengeluh. Apa sebenarnya kemahuan manusia ini ya? Terlalu banyak agaknya kemahuan sehingga celaru apa yang dikehendaki dan apa yang baik dan tidak.

Saya Malu Pada Sindiran ALLAh SWT

Semasa mengemas bilik saya tadi. Yang saiz bilik itu tidak besar mana pun, saya terlepas keluhan juga. Bersepah dengan buku-buku sebenarnya. Saya sendiri yang membuat buku itu bersepah selepas dijadikan rujukan, maka saya juga yang mengeluh. Ha ha.

Ayat ini,

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” – al Ma’arij : 19-21

Bersifat keluh kesah. Saya terpukul.

Baik. ALLAh, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat keluh kesah lagi kedekut. Allahumma ameen!

Saya cuma malu dan terpukul dengan kalam ALLAh itu. Manusia memang begitu kan?

Ayat itu, bagi saya, adalah sindiran dari ALLAh untuk manusia.

Manusia. . .

Sangat jarang untuk bersyukur. Astaghfirullah~!

Semoga ALLAh merahmati.

***Edited from: cintailahi.com

Saturday, February 19, 2011 | By: Dee

Halwa Telinga

Lagu yang menemani tidur ku....



Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Friday, February 18, 2011 | By: Dee

Teman

Bismillahhirahmanirahim,

Dah lama rasanya tak menaip berkongsi ceritera kat sini..

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari..tapi hari ni..pagi ku dimulakan dgn kemeriahan lebuhraya MRR2 yg dipenuhi deretan kenderaan berbagai jenis dan warna...yang menariknya,kelajuan kenderaan2 ini hampir menyamai kelajuan kanak2 berumur 6 bulan merangkak...waaaaaaa....ok la..lupakan pasal pagi..

Seperti hari2 sebelumnya,kepasrahan melangkah keluar opis untuk memeriahkan lagi lebuhraya diteruskaan..

Sepannjang perjalanan pulang, Hot.fm la peneman..sambil2 tu teringat la teman-teman yang sentiasa bermain difikiran..macam2 la fikir....tengah wat ape la sekarang tu?, yg cuti tu dah bagun ke belum??ehem2.....yang kerja da sampi rumah dgn selamat ke belum? sihat k tak?cam ne la mereka menempuh hari ni...semoga semua berjalan lancar dan selamat...

Tepat kul 7pm,seperti biasa, Hot.fm refleksi menerjah corong radio...cam paham2 je apa yg difikir...lagu pertama yang dimainkan terasa menyentuh hati.



Lagu ni saya tujukan kepada teman-temanku yang selama ini membantu dalam mencorakkan kehidupan insan kerdil ini....

Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi temanku
Terima kasih kerana sudi mendengar rintihan hati ini,
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.
Terima kasih kerana sanggup membantu dalam semua benda...
Ungkapan terima kasih ini tak mungkin akan selesai kerana kalian terlampau banyak membantu, membimbing,mengingatkan dan menemani saya dalam menempu ranjau kehidupan ini...

Teman mu ini sedar,dia bukan la teman yang terbaik buatmu...Maaf wahai teman-teman ku...

TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA TEMAN-TEMAN KU...

Insha Allah

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah (3x)
Ada jalannya
Insha Allah (3x)
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Tajuk Nasyid : Insha Allah
Artis : Maher Zain

Mendidik Diri Untuk Sabar

Bismillahirrahmaanirrahim..

Pernah tak anda terfikir atau pun melihat seseorang yang lebih penyabar dari anda sedang sabar? Dan pernah tidak anda terfikir orang yang sabar ni seperti orang yang lemah. Yalah, kelihatan seperti pengecut apabila orang ajuk dan ejek, mungkin. Atau mungkin, anda pernah terfikir orang yang sabar ni seperti orang bodoh kerana walaupun kelihatan seperti kaki orang dah sampai ke kepala, tapi masih tetap bersabar.

Kalau tak pernah, baguslah. Kalau pernah, tak mengapa. Senyum ajalah.

Ada sesetengah orang salah faham tentang memahami makna sabar. Tidak semuanya. Tapi sebahagian. Mungkin ada yang melihat sabar ini adalah kelemahan seseorang. Tapi, saya yakin sepertimana yang ALLAh katakan. Sabar itu adalah kekuatan.

Kan?

Salah Makna Dalam Erti Sabar

Saya pernah terdengar seseorang berkata yang dimana masa tu dirinya dalam keadaan marah. Apabila diseru untuk bersabar oleh rakan-rakannya, maka makin bertambah kemarahannya. Malah, rakan-rakannya ada yang kena tengking.

“Sabar! Sabar! Macam orang bodoh je bersabar!”

Ada sesetengah manusia menganggap sabar ini adalah tanda kelemahan dan kekalahan, tidak berdaya saing. Malah, ada juga yang menganggap sifat sabar itu adalah sifat pasif (tidak aktif), tidak seperti orang yang gagah, malah orang yang ketinggalan.

Nah, betulkah ni?

Bagi saya tidak, kalau tidak, masakan Islam sekarang boleh tersebar luas kalau bukan tanpa kesabaran Baginda SAW berdakwah sehingga wafatnya Baginda? Kalau bukan kerana sabar, masakan para sahabat Baginda boleh bersabar memimpin umat Islam setelah ketiadaan Baginda?

Sebenarnya, orang yang sabar ini adalah orang yang memiliki kekuatan untuk mengumpul kekuatan dan membetulkan yang lemah untuk menjadi kuat dimasa hadapan.

Lemah? Tidak! Sesekali tidak!

Saya cinta dengan ayat ini,

“… Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAh dan tidak lesu dan tidak menyerah. ALLAh menyukai orang-orang yang sabar.” – ali Imran : 146

ALLAh mencintai orang-orang yang bersabar!

Sabar itu bukan kelemahan. Tapi suatu kekuatan. Kekuatan bagi seorang Muslim untuk mengumpul kekuatan dan membetulkan keadaan kepada yang lebih baik. Hebat kan sesiapa yang dapat bersabar ni?

Saya tahu anda orang yang beriman lagi sabar orangnya. Senyum.

Orang yang sabar, adalah orang yang tenang berhadapan dengan situasi yang tidak semua orang boleh bersabar. Orang yang sabar adalah orang yang boleh berfikir dengan rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi dan dihasut oleh syaitan.

Boleh tak saya nak kata, orang yang sabar ini adalah orang yang bijak menilai dan menggunakan situasi yang sedang dihadapi untuk mencari penyelesaian dengan kesudahan yang baik.

Berjuang Untuk Mendapatkan Kesabaran

Tidak semua orang boleh bersabar. Kerana tidak semua orang berkeinginan untuk mendapatkan kesabaran. Biasanya, manusia akan lemah dengan ujian dan pada masa itu, sabarlah hanya ibarat dihujung tanduk. Sabar diketepikan dan melayan perasaan sendiri. Konon merajuk dengan ALLAh.

Makanya, sabar itu perlu dididik. Bukannya manusia boleh dapat dengan begitu aja.

Nabi SAW pernah bersabda :

“…Dan barangsiapa yang tetap sabar, maka ALLAh akan menjadikannya sabar. Tidak seorang pun yang mendapatkan anugerah yang lebih besar daripada kesabaran.” – HR. Bukhari

See? ALLAh akan berikan kesabaran terhadap orang yang berusaha untuk sabar. Malah, sebenarnya sabar itu adalah anugerah yang besar kepada manusia! MashaALLAh.

Orang Muslim, tidak hanya menunggu kesabaran itu datang dalam dirinya. Tapi dia melatih dirinya untuk sabar. Malah, kesabaran itu menjadi rutin dalam kehidupan sehariannya.

Anda seorang yang panas baran? Maka, latihlah diri untuk bersabar.

Seperti mana senyuman yang boleh dilatih, maka kesabaran juga begitu. Jika anda keinginan, inshaALLAh, ALLAh SWT pasti permudahkan!

Jangan Terpedaya Dengan Omongan Orang

Kadang-kadang, dalam proses kita melatih untuk sabar dan berlemah-lembut, akan ada orang menilai kita dengan pelbagai macam nilaian; membiarkan kepala sendiri dipijak, nampak bodoh, nampak ‘nerd’ dan macam-macam lagi.

Maka, janganlah anda terpedaya. Jadilah diri sendiri.

Memang betul, kita harus sabar dalam kebijaksanaan. Sebab tu saya kata, orang yang bersabar ini adalah orang yang menggunakan keadaan untuk memikirkan penyelesaian yang berkesudahan dengan baik.

Ingat, SABAR dalam KEBIJAKSANAAN!

Orang yang sabar, InshaALLAh sangat tinggi darjatnya di sisi ALLAh SWT. Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang yang diangkat darjatnya oleh Tuan Punya Dunia?

MashaALLAh! Tabarakallah!

Saya pun masih belajar untuk mendidik kesabaran dalam diri dan kehidupan.
Dan moga saya dapat belajar daripada anda, pembaca rumah maya saya ini.

Kalau kita sama-sama saling membantu mendapatkan kesabaran tersebut lagi baik. Senyum.

***cintailahi.com

Monday, February 14, 2011 | By: Faliyana

Sembelit Dan Anda

Satu masalah yang kekadang kita ambil mudah tapi boleh mendatangkan risiko tinggi jika dibiarkan. Apa itu sembelit..?Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.

Gejala-gejala

a. Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
b. Meneran semasa membuang air besar
c. Sakit semasa pergerakan usus
d. Kekejangan di bahagian abdomen

Penyebab-penyebab

1. Sembelit Mudah
A. Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh
- Tabiat buruk
- Sakit pada bahagian dubur
- Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
B. Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh
- pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
- perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin
- contohnya, penggunaan ubat tertentu seperti zat besi, kodein

2. Sembelit organik
Ini mungkin disebabkan oleh
- Keadaan penyakit seperti kencing manis, ulser peptik dengan halangan, keadaan
kemurungan.
- Penyakit kolon, rektal atau pelvis.
- Tekanan ke atas rektum, contohnya semasa mengandung atau disebabkan oleh tumor
di bahagian pelvis.

Runding dengan doktor anda apabila:
a. Sembelit muncul sebagai gejala baru selepas umur 40 tahun.
b. Sembelit menjadi lebih sakit, teruk dan lebih kerap.
c. Terdapat darah di dalam najis - Najis berwarna gelap dan kelihatan seperti tar.
d. Terdapat perubahan di dalam pergerakan usus. Sembelit berselang-seli dengan cirit-
birit.
e. Sembelit tidak beransur pulih dengan aplikasi perubatan.

Langkah mengatasi :

Berunding dengan doktor untuk mengenalpasti penyebab sembelit yang kronik

a. Sembelit transit perlahan - (disebabkan oleh pengambilan diet beresidu rendah), boleh
dirawat dengan mengubah kepada diet yang tinggi dalam serat, dengan melebihkan
pengambilan cecair dan senaman yang kerap. Makanan yang tinggi dalam serat ialah
bran, buah-buahan kering, kekacang dan pasta. Sayur-sayuran dan buah-buahan
mengandungi selulos tak-terserap dan pektin yang juga berguna di dalam perawatan
sembelit.
b. Sediaan famakologi iaitu agen penghasil-pukal seperti metil selulos dan sekam
isphagula yang berguna bila diet sendirian tidak dapat melegakan gejala sembelit.
c. Laksatif osmotik, contohnya magnesium sulfat atau magnesium hiroksida adalah juga
berguna.
d. Laksatif perangsang - meningkatkan pergerakan usus, contohnya, senna
e. Pelembut najis, contohnya cecair parafin, merupakan langah jangka pendek untuk
membantu melembutkan najis dalam penyakit dubur.
f. Agen prokinetik, contonya cisapride, yang memendekkan waktu peredaran usus.

Corak Gaya Hidup Baru

Pemakanan
- lebihkan serat dalam pemakanan harian anda.
- Minum 6-8 gelas cecair dalam sehari, contohnya jus, air, teh, kopi

Senam
- mula program senaman yang baru atau sambung semula sukan yang anda telah
minati dahulu.

Tabiat
- Buang air besar selalu dan jangan tak perendahkan dorongan untuk membuang air besar
- Kawal tekanan dan belajar untuk beristirehat.
- Jangan memberi tekanan yang terlalu banyak pada latihan tandas kanak-kanak.
- Jangan guna ubat dengan terlalu banyak antasid.

Sembelit tidak harus dipandang sepi dan harus dirawat pada peringkat awal apabila penyebab masalahnya diketahui selepas berbincang dengan doktor anda.

***ubatsihat.blogspot.com
Sunday, February 13, 2011 | By: Faliyana

Lupa Dan Manusia

Manusia mudah lupa.

Hidup ini, ALLAh sengaja datangkan ujian. Bukan untuk mendera atau mempermainkan, tetapi untuk menguji sejauh mana ALLAh SWT dalam kehidupan hamba-hambaNya. Adakah hamba yang sedang diuji seorang yang bersyukur dikala senang dan kesusahan? Ataukah seseorang itu hanya menjadi ‘hamba’ kepada Tuhan ketika ditimpa musibah?

Manusia, adakalanya hanya mengingati ALLAh tatkala dirundung masalah. Tetapi melupakan ALLAh ketika berada didalam kesenangan. Padahal, kalau ALLAh mahu, dalam sesaat aja ALLAh boleh binasakan hamba-Nya. Hakikatnya, manusia memang mudah lupa dan sangat jarang bersyukur!

Malu deh!

Hanya Menjadi Hamba Ketika Susah

Agaknya manusia boleh bersoal jawab dengan diri sendiri, adakah ketika didalam kelapangan, kesenangan ALLAh itu sentiasa ada dalam hati? Atau hanya ketika didalam kesusahan sahaja? Tahu tak, hakikatnya, ramai dikalangan manusia, yakni kita banyak melupakan ALLAh ketika senang dan lapang.

Eh. Janganlah marah. Bukan saya saja buat-buat. Tapi ALLAh SWT sendiri yang mengatakannya dalam al-Quran. Tabarakallah! ALLAh Maha Tahu..

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – Yunus : 12

Aduh. Tidakkah anda merasa terpukul dengan ayat ini? Sejujurnya, saya terasa.

Mengaku atau tidak, beginilah sifat manusia! Malah ALLAh SWT menceritakan sifat-sifat sedemikian manusia didalam kitab-Nya.

Apabila berada dalam kesusahan, kegelisahan, kita sentiasa mengingati ALLAh SWT. Dalam keadaan duduk, berjalan, baring, dan kalau boleh, tidak boleh tidur kerana sangat berharap ALLAh akan membantu menyelesaikan masalahnya, sehingga menangis-nangis dan bengkak segala biji mata. Tetapi, apabila ALLAh telah meringankan kesusahannya, manusia itu terus melupakan ALLAh.

Terus lupa pada ALLAh SWT!

Tiada lagi dzikrullah dalam keadaan berdiri, berjalan, baring. Dan lagaknya seperti seseorang yang tidak pernah berdoa menadah tangan dalam keadaan tersedu sedan dihadapan-Nya. Senang cakap, terus berpaling dari ALLAh SWT. Rabbi. . . Inilah sifat manusia. Kikir, kufur nikmat!

Baik. Mari kita bayangkan macam ni.. Katalah ada seseorang yang sungguh-sungguh minta pertolongan dari anda. Orang tu datang berjumpa dengan anda dalam keadaan tersedu sedan, lalu anda merasa kasihan dan menolongnya untuk mencari jalan penyelsaian kepada masalah orang tu. Anda berikan duit dan benda-benda berharga. Tetapi apabila orang yang anda tolong itu sudah senang, lalu memandang anda pun dia tidak ingin. Malah berlagak seperti tidak mengenali anda dan memperlekehkan pertolongan anda. Maka, masa tu, apa perasaan anda?

Marah? Kecil hati? Kecewa?

Tabarakallah~

Maka, mari memperhatikan diri sendiri. Apakah ciri-ciri yang ALLAh sebutkan seperti dalam ayat di atas ada pada diri kita? Yang dimana ketika dalam kesedihan, sangat banyak ibadat dan amalan yang dilakukan. Tetapi apabila senang, maka semua amalan 100% ditinggalkan. Wal iyya dzubillah!

Semoga ALLAh SWT mengampuni kita semua.

Berusaha Istiqomah Ketika Susah dan Senang

Benar. Memang begitulah sifat manusia. Namun anda harus jangan redha dengan sifat-sifat itu. Perlu ada sifat mujahadah untuk melawan sifat-sifat yang ALLAh telah sebutkan; melupakan ALLAh ketika senang.

Muslim sejati, tidak hanya mengingati ALLAh ketika susah. Malahan, sangat taqarrub dengan ALLAh ketika senang melebihi ketika susah. Memang tidak mudah. Kerana semuanya melalu frasa dalam mendidik diri sendiri. Dan cuba melawan nafsu dan hasutan syaitan.

Janganlah menjadi hamba kepada kesenangan.
Jangan bertuhankan kesenangan di dunia!

Anda tahu siapa diri anda. Maka, kita boleh tanya diri masing-masing. Anda tahu anda bagaimana. Anda tahu hubungan anda dengan ALLAh bagaimana. Anda tahu amalan anda seperti apa. Dan anda tahu anda seorang hamba yang macam mana.

Saya cuba menyeru dan berusaha melatih diri sendiri agar sentiasa mengingati ALLAh SWT semaksimum yang boleh. Kalau boleh, biarlah kaki anda melangkah ke mana, tetapi sentiasa dzikrullah.

Kita ini lemah. Maka dalam proses berusaha mendidik diri, mohonlah doa kepada ALLAh.

“Ya ALLAh, Engkaulah Tuhanku, Engkau yang memelihara aku, Engkau yang menjagaku. Tidak ada Tuhan yang berkuasa kecuali Engkau. Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berikrar di hadapan-Mu, bahawa aku tetap dengan janji dan tetap dengan ikrarku kepada-Mu. Engkaulah yang memberikan nikmat-Mu kepadaku sepenuhnya, namun aku mengaku membalas membalas nikmat ini dengan berbuat dosa. Wahai Tuhanku, ampunilah aku kerana hanya Engkau sahaja yang layak mengampuniku.”

Doa Sayyidul Istighfar yang diajarkan dan diamalkan oleh Nabi SAW.

Mengakulah akan kelemahan anda dihadapan ALLAh SWT. Rendahkanlah hati mengakui kebesaran dan memohon keampunan dan kekuatan dari-Nya.

Sahabat, kita ini hamba. Kita tidak punya apa-apa melainkan apa yang ALLAh berikan kepada kita. Maka, tiada guna lupa diri di dunia. Tiada guna bangga diri dengan apa yang dimiliki. Betul. Semua itu akan menjadi sia-sia di akhirat sana.

Saya sedang mendidik diri. Anda juga? MashaALLAh, jom sama-sama!

Semoga ALLAh merahmati.

***cintailahi.com