Tuesday, December 28, 2010 | By: Dee

Pengiraan Pendapatan dan Bonus ASB

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2010 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan : 7.50 %
Bonus ASB : 1.25%
(a) Pengiraan Dividen ASB 2010

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Nak contoh?

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2010:-

Jumlah BMB dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2010 x KADAR 12 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2010 sehingga Disember, 2010 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b) Pengiraan Bonus ASB

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2010 :-

Jumlah BMB dari bulan Januari 2001 hingga Disember 2010 X KADAR 120 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2001 hingga Disember 2010 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
Monday, December 27, 2010 | By: Faliyana

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekaduntuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui.

Cetusan Rasa Seorang Hamba Allah

"SELEPAS sekian lama, tergerak hati saya untuk berkongsi pendapat dan memberi pandangan yang mungkin berguna untuk dijadikan panduan kepada remaja DAN INSAN LAIN SPT saya di luar sana.

Saya percaya, ramai remaja asyik dibuai cinta sekarang. Tidak dinafikan, perasaan cinta menjadi kepastian dan lumrah manusia. Begitu juga saya. Namun saya putuskan untuk mencari apa yang betul-betul hati saya perlukan.Alhamdulillah saya akhirnya menjumpai kekosongan itu. Kekosongan itu adalah kebergantungan saya pada Allah. Kita sering berpendapat jika kita tidak bercinta atau ‘bercouple’, kita pasti tidak akan berjumpa seseorang.

Namun percayalah, jodoh dan pertemuan di tangan-Nya. Setiap kita diciptakan berpasangan, namun pencarian kita perlu bermula dengan doa. Kini, saya lihat ramai rakan sebaya saya melakukan macam-macam perkara tidak sepatutnya bersama pasangan mereka.

Nauzubillah. Jika mereka berpegang pada janji Allah dalam Surah An Nur ayat 24 yang bermaksud: “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik”, pasti kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Insya-Allah dengan izin-Nya kita akan mempunyai jodoh yang baik juga. Bukankah itu yang kita damba?

Doa adalah senjata orang Islam. Namun bagaimana doa kita nak dimakbulkan Allah, sedangkan kita tidak bersolat dan beribadat kepada-Nya. Ya, Allah begitu sombong manusia!

Sebagai gadis, saya sentiasa berdoa “pertemukanlah aku dengan jodoh yang baik.” Saya yakin dengan janji Allah. Jika saya tidak dipertemukan dengan jodoh yang baik, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Mungkin itu dugaan daripada-Nya tanda kasih sayang-Nya. Kembalilah kepada Allah sahabatku kerana kita kini mengulangi zaman jahiliah yang penuh kemurkaan Allah. Janji daripada-Nya juga termasuk azab yang sangat pedih.

Saya sedar saya bukan orang yang terbaik untuk memberi nasihat, namun saya berasakan itu tanggungjawab semua untuk saling mengingatkan. Wallahualam."

Sources : www.syok.org
Friday, December 17, 2010 | By: Faliyana

Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Thursday, December 16, 2010 | By: Faliyana

Terus Melangkah Walaupun Payah


Ketenangan tidak akn dtg dengan paksaan, tetapi ia datang bila ada penyerahan hati.. jika kmu berserah diri utk satu perubahan ke arah kebaikan,pasti Allah akn mnunjukkanmu jalan yang tak pernah kau temui sebelum ini,jln penuh susah, ranjau, onak dan liku, tetapi di pengakhirannya, sesuatu yang amat indah! dan ketahuilah, jalan kerosakan adalah jln dosa, jalan yg enjoy, seronok,lagha dan leka, sehingga kita tidak sedar di pengakhirannya adalah gaung maut yang sesat lg mnyesatkan,,

Seorg bijak pndai Islam berkata " jika engkau mahukan kemesraan dgn Allah,maka engkau mesti garang terhaddap dirimu sndiri..tidak mngikut sgala nafsumu.. kalau engkau sudah merasai manisnya berhubung dgn Allah,tahulah engkau betapa pahitnya berpisah dgn-Nya..

"Allah tidak akan mngubah nasib seseorang itu melainkan dia SENDIRI yang MENGUBAH NASIBNYA.. Wallahua'lam...


~buat peringatan diriku yang smakin larut ini jua buat semua~

*** huraisyahlifeview.blogspot.com


Thursday, December 9, 2010 | By: Dee

Jom Main Dengan Google

"Apa lagi, google la" sgt biasa didengari untuk pengguna internet hari ni. Biasanya kita tgk web www.google.com yg cam gambar kat bawah ni...tapi hari ni,jom kita main dgn Mr.Google kita ni... tgk la apa respond beliau.


1. Google Sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I'm feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I'm feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali?:-p

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I'm feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I'm feeling lucky. Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I'm feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I'm feeling lucky. Apa dah jadi???www.google.com

Sumber : Sumber Informasi Terkini

Google Crome OS

Google memilih tarikh 7 Disember (1 Muharram 1932 Hijrah) untuk mengumumkan beberapa perancangan penting bagi pembangunan sistem operasi yang diideakan semula iaitu Chrome OS dan Netbook pertama yang bakal menggunakannya.

Idea sistem operasi berasaskan internet yang diaplikasikan kepada Chrome OS berasaskan statistik menarik iaitu ramai pengguna komputer yang 90% masa penggunaan komputernya menggunakan internet menerusi perantaraan pelayar web. Kebanjiran aplikasi web sejak akhir-akhir ini pula seolah-olah membuang segala keraguan samada idea ini relevan atau tidak.

Segmen Pasaran.

Mungkin ada antara kita yang ingin mengatakan, Chrome OS sama sekali bukan untuk kita atau bukan untuk pasaran Malaysia yang internetnya terkenal dengan lambat dan dikekangi oleh had bandwidth.

Antara sebab lain mengapa Chrome OS bukanlah sistem operasi untuk kita ialah hakikat bahawa Chrome OS tidak menyimpan apa-apa data di dalam komputer dan data anda seperti muzik, video, gambar, movie disimpan dalam pelayan google. Dengan keupayaan internet di Malaysia sekarang, adakah ianya praktikal?

Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, maka google sememang tidak mensasarkan Chrome OS dan Chrome Book untuk anda. Sasaran google sebenarnya adalah fokus kepada pengguna yang kehidupan komputernya beroriestasikan web, dan keupayaan internet yang stabil dan pantas.

Chrome OS : Ciri-cirinya.
[Sumber: JomPhp]
  • Chrome OS boot dalam masa 10 saat dan sudah bersedia untuk melayari web. Website load dengan sangat laju dan lancar, dilengkapi teknologi terkini seperti HTML5, Adobe Flash dsb.
  • Segala aplikasi, dokumen, settings akan disimpan secara cloud, dengan selamat. Tak perlu risau data hilang sebab hardisk rosak atau orang curi maklumat sebab semuanya akan disimpan di dalam server Google.
  • Sambungan 24/7 kepada Internet samada melalui WiFi atau 3G.
  • Selamat daripada malware seperti spyware, virus dan worms serta serangan hackers.
  • Kemas kini secara automatik menjadikan sistem operasi Chrome OS sentiasa terkini, stabil, laju dan lebih mantap.
Aplikasi pada Web dan Web Store.

Google juga telah mengumumkan Web Store untuk pelayar web Chrome dan boleh dimanfaat oleh pengguna Google Chrome versi 8.0 ke atas. Seperti yang boleh difahami daripada namanya, Web Store adalah katalog kepada aplikasi web bag Google Chrome dan Chrome OS samada percuma ataupun berbayar.

Google adalah Komputer dan Internet.

Sekiranya kesemua pembangunan oleh Google dianalisis rapi, maka kesimpulan yang boleh dilakukan ialah Google adalah Komputer dan Internet. Di saat populariti Facebook sedang menggila, ramai beranggapan bahawa Facebook akan berupaya mengatasi Google namun kelihatannya tidak begitu mudah untuk perkara itu terjadi.

Google sedang dan akan menguasai dunia mobile dan tablet melalui Android, dunia Komputer dan Internet melalui Chrome OS dan Google Chrome manakala Facebook hanyalah sebuah laman web social yang menggantikan tempat My Space satu ketika dahulu.


*** Untuk mencuba, boleh download dari web ni http://chromeos.hexxeh.net/ dan boot mengunakan USB
Monday, December 6, 2010 | By: Faliyana

Nutrien Untuk Jantung


Sumber: Utusan Malaysia 28 Nov 2010

Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung?

Jawapan

Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga.Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.

Koenzim Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh. Adakalanya kekurangan boleh berlaku akibat pengambilan dalam makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosistesis koenzim Q10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor-faktor tersebut. Kaitan antara kekurangan COQ10 dan masalah kesihatan didedahkan oleh beberapa kajian ke atas manusia dan juga haiwan. Masalah-masalah kesihatan ini selalunya dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.

Manfaat koenzim Q10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal. Kajian turut mencadangkan agar koenzim Q10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Di Jepun, koenzim Q10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini.

Kekurangan koenzim Q10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap kegagalan jantung kongestif yang turut sama mengalami hipertensi. Ujian klinikal juga mendapati pengambilan koenzim Q10 di kalangan penghidap hipertensi mampu membantu merendahkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara.Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami di kalangan mereka yang sedang mengambil statin untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dalam darah. Tidak dapat dinafikan statin merupakan ubat untuk mengawal peningkatan kolesterol yang berkesan.

Namun, dalam masa yang sama ia juga boleh merendahkan penghasilan koenzim dalam tubuh memandangkan kedua-duanya berkongsi laluan yang sama dalam proses penghasilannya dalam tubuh.Kajian membuktikan bahawa pengambilan statin dalam jangka pendek sekalipun boleh merendahkan paras koenzim dalam plasma darah. Dengan itu, pengambilan koenzim Q10 dianggap penting di kalangan pengambil statin dalam usaha mencegah simptom-simptom seperti kelesuan dan masalah jantung.

Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.

Keputusannya : Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

2. Adakah wang insuran di atas di kira pusaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)?

Keputusannya : Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia, hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

3. Bapa Saudara yang meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan saya dilantik sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja?

Keputusannya : Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.

Rujukan: Keputusan Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

***Sumber : Infinity

Saturday, December 4, 2010 | By: Dee

Bibit-Bibit Cinta Teragung

Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama, dugaan 'virus merah jambu' menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.
Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, menjadi senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku, entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.
Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun aku biarkan tanpa jawapan.
Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.
Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.
Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang aku dapat.
Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, aku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?
**********
Tahun berikut.
Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).
Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama.'
Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membacanya.
"Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa?"
Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.
**********
Esoknya.
Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.
Antara isi emel tersebut :
Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)
Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.
Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.
********
2 hari selepas itu.
Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!
Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:
"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak."
Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya."
Sesudah solat Isyak, aku duduk di antara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.
Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada Tuhan aku pohonkan.
"Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapan-Mu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.
"Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati mati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam neraka-Mu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para wali-Mu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah pada-Mu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.
Amiin Ya Rabbal Alamin..."
Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan Tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : "Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, aku merasa belum sempurna ibadahku. Aku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama aku menunaikan solat sunat hajat dengan sepenuh hati. Kemudian, aku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah s.a.w menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.
"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini."
************
Pada rakaat pertama, aku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Aku bangun, untuk rakaat kedua. Aku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian aku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah s.w.t. sahaja.
Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?
Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.
Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.
Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Aku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.
Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh Tuhanku.
Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.
*** Ya Allah!.Layak kah aku untuk syurgamu?

Asma'ul Husna

Allah
The God

Apabila dizikirkan 500 X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

1. Al Rahman
Maha Pemurah
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

2. Al Rahim
Maha Penyayang
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

3. Al Malik
Maha Merajai/memerintah
The King, The Sovereign

Apabila dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

4. Al Quddus
Maha Suci
The Most Holy

apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.

5. As Salaam
Maha Memberi Kesejahteraan
Peace and Blessing

Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

6. Al Mu'min
Yang Memberi Keamanan
The Guarantor

Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

7. Al Muhaimin
Maha Pemelihara
The Guardian, The Preserver

Apabila dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan terang & bersih.

8. Al Aziz
Maha Gagah
The Almighty/ The Self Sufficient

Apabila dizikirkan sebanyak 40 X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

9. Al Jabbar
Maha Perkasa
The Powerful/ The Irresistible

Apabila dizikirkan sebanyak 226 X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. 


 10. Al Mutakkabir
Maha Megah/Yang Memiliki Kebesaran
The Tremendous

Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

11. Al Khaliq
Maha Pencipta
The Creator

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

12. Al Baari
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
The Maker

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X selama 7 hari berturut-turut, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.


13. Al Mushawwir
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
The Fashioner of Forms

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 X, Kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X. Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.

14. Al Ghaffar
Maha Pengampun
The Ever Forgiving

Sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 X sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita.

15. Al Qahhar
Yang Memaksa
The All Compelling Subduer

Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

16. Al Wahhaab
Maha Pemberi Kurnia
The Bestower

Dizikir sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

17. Ar Razzaaq
Maha Pemberi Rezeki
The Ever Providing

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga. Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

18. Al Fattaah
Maha Pembuka Rahmat
The Opener/The Victory Giver

Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah. Insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.

19. Al Aliim
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
The All Knowing/The Omniscient

Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemaktifatan yang sempurna.
20. Al Qaabidhu
Yang Menyempitkan (makhluknya)
The Restrainer/ The Straightener

Dizikirkan 100 X setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

21. Al Baasithu
Yang Melapangkan (makhluknya)
The Expander/ The Munificent

Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan menjadi murah.

22. Al Khaafidh
Yang Merendahhan (makhluknya)
The Abaser

dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh mertabatnya.

23. Ar Raafi'
Yang Meninggikan (makhluknya)
The Exalter

Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

24. Al Mu'izz
Yang Memuliakan (makhluknya)
The Giver of Honor

Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

25. Al Mudzil
Yang Menghinakan (makhluknya )
The Giver of Dishonor

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

26. Al Samii'
Maha Mendengar
The All Hearing

Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.


27. Al Bashir
Maha Melihat
The All Seeing

Dizikirkan sebanyak 100 X sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


28. Al Hakam
Maha Menetapkan
The Judge/ The Arbitrator

Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci, Insyaallah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

29. Al Adllu
Maha Adil
The Utterly Just

Dizikirkan sebanyak 104 X setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30. Al Lathiff
Maha Lembut
The Subtly Kind

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

31. Al Khabiir
Maha Mengetahui Rahsia
The All Aware

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

32. Al Haliim
Maha Penyantun
The Forbearing/The Indulgent

Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

33. Al Azhiim
Maha Agung
The magnificient/The Infinite

Dizikirkan sebanyak 12 X setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

34. Al Ghafuur
Maha Pengampun
The All Forgiving

Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.

35. As Syakuur
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
The Grateful

Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah. Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali mempunyai hajat yang penting & terdesak.

36. Al 'Aliy
Maha Tinggi
The Sublimely Exalted

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X (DIDALAM BAHASA ARAB BUKAN BAHASA MALAYSIA!!!!) lalu direndam pada air yang dingin dan diberikan si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.

37. Al Kabiir
Maha Besar
The Great

Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat.)

38. Al Hafizh
Maha Menjaga
The Preserver

Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

39. Al Muqiit
Maha Pemberi Kecukupan
The Nourisher

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalm hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar telah hilang.

40. Al Hasiib
Maha Membuat Perhitungan
The Reckoner

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

41. Al Jaliil
Maha Mulia
The Majestic

Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insyaallah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa di sedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

42. Al Kariim
Maha Pemurah
The Bountiful/The Generous

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

43. Ar Raqiib
Maha Mengawasi
The Watchful

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah, Insyaallah......

44. Al Mujiib
Maha Mengabulkan
The Responsive/ The Answerer

Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

45. Al Waasi
Maha Luas
Tha Vast/ The All Encompassing

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128 X setiap pagi & petang, Insyaallah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

46. Al Hakiim
Maha Bijaksana
The Wise

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insyaallah akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X setiap hari

47. Al Waduud
Maha Pencinta
The Loving/ The Kind One

Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.

48. Al Majiid
Maha Mulia
The All Glorious

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah zikir ini sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.

49. Al Baa'its
Maha Membangkitkan
The Raiser of the Dead

Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

50. As Syahid
Maha Menyaksikan
The Witness

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

1. Al Haqq
Maha Benar
The Truth/ The Real

Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

52. Al Wakiil
Maha Memelihara
The Trustee/ The Dependable

Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

53. Al Qawiyyu
Maha Kuat
The Strong

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

54. Al Matiin
Maha Kukuh
The Firm/ The Steadfast

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

55. Al Waliyy
Maha Melindungi
The Protecting Friend/ Patron & Helper

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan orang-orang yang bersifat dengki.

56. Al Hamiid
Maha Terpuji
The All Praiseworthy

Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

57. Al Muhshiy
Maha Menghitungi
The Accounter/ The Numberer of All

Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam petolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

58. Al Mubdi'
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah sebanyak 470 X setiap hari. Insyaallah.....

59. Al Mu'iid
Maha Mengembalikan Kehidupan
The Reinstater Who Brings Back All

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di pertunjukkan akan hasilnya.

60. Al Muhyii
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap hari, Insyaallah kita akan diberikan kemuliaan, darjat dunia & akhirat kelak.

61. Al Mumiitu
Maha Mematikan
The Bringer of Death/ The Destroyer

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

62. Al Hayyu
Maha Hidup
The Ever Living

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

63. Al Qayyumm
Maha Mandiri
The Self Subsisting Sustainer Of All

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah dengan "YA HAYYU YA QAYYUUM..." sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan tercapai segala hajat.

64. Al Waajid
Maha Penemu
The Perceiver/ The Finder/ The Unfailing

Andai berkeinginan berkeperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

65. Al Maajid
Maha Mulia
The Illustrious/ The Magnificent

Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


66. Al Wahiid
Maha esa
The One/ The All Inclusive/ The Indivisible

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insyaallah....

67. Al-Ahad
Yang Tunggal

68. As Somad
Maha Diperlukan/ Tempat Meminta
The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/ The Everlasting

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.

69. Al Qaadir
Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan
The All Able

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan berhasil.

70. Al Muqtadir
Maha Berkuasa
The All Determiner/ The Dominant

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita itu.

71. Al Muqaddim
Maha Mendahulukan
The Expediter/ He Who Brings Forward

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. Al Mu'akkhir
Maha Mengakhirkan
The Delayer/ He Who Puts Far Away

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. Al Awwal
Maha Awal
The First

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X, setiap hari, Insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah.

74. Al Aakhir
Maha Akhir
The Last

Amalkan berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, Insyaallah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. Az Zhaahir
Maha Nyata
The Manifest/ The All Victorious

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.

76. Al Baathin
Maha Ghaib
The Hidden/ The All Encompassing

Seperti No. 75 juga, tetapi amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.

77. Al Waali
Maha Memerintah
The Patron

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78. Al Muta'aalii
Maha Tinggi
The Self Exalted

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap, Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. Al Barri
Maha Penderma
The Most Kind And Righteous

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. At Tawwaab
Maha Penerima Taubat
The Ever Returning/ Ever Relenting

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. Al Muntaqim
Maha Penyiksa
The Avenger

Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat
pertolongan Allah.

82. Al Afuww
Maha Pemaaf
The Pardoner/ The Effacer Of Sins

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. Ar Ra'uuf
Maha Pengasih
The Cpmpassionate/ The All Pitying

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. Malikul Mulk
Penguasa Kerajaan (Semesta)
The Owner Of All Sovereignty

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 X sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama sebulan. Insyaallah akan mendapat pertolongan Allah.

85. Dzul Jalaali Wal Ikraam
Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan
The Lord Of Majesty And Generosity

Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama sebulan, Insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. Al Muqsith
Maha Adil
The Equitable/ The Requiter

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. Al Jamii'
Maha Mengumpulkan
The Gatherer/ The Unifier

Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. Al Ghaniyy
Maha Memberi Kekayaan
The Enricher/ The Emancipator

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. Al-Mughni
Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan

90. Al Maani
Maha mencegah
The Withholder/ The Shielder/ The Defender

Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala hajat kita akan tercapai.

91. Ad Dhaar
Maha Memberi derita
The Distressor/ The Harmer

Asma' ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. An Nafii'
Maha Memberi Manafaat
The Propitious/ The Benefactor

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. An Nuur
Maha Bercahaya (Menerangi/Memberi Cahaya)
The Light

Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. Al Haadii
Maha Pemberi Pertunjuk
The Guide

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian dia tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. Al Baadii
Maha Pencipta
Incomparable/ The Originator

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. Al Baaqii
Maha kekal
The Ever Enduring And Immutable

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. Al Waarits
Maha Pewaris
The Heir/ The Inheritor of All

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. Ar Rasyiid
Maha Pandai
The Guide/ Infallible Teacher And Knower

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, Nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. As Shabuur
Maha Sabar
The Patient And Timeless

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.