Monday, May 9, 2011 | By: Faliyana

Jangan Terlalu Mengharap

Sangatlah sakit apabila yang diharapkan tidak menjadi.

Menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara itu satu hal. Disaat menerima keputusan akan pengharapan yang dinanti-nanti itu juga menjadi satu hal yang lain. Tidak boleh duduk diam dibuatnya. Aneh? Memang aneh.

Berharap itu bukan tidak boleh. Boleh. Yang tidak bolehnya adalah terlalu berharap terhadap sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila mengharapkan kepada manusia. Ianya akan mendatangkan kesakitan didasar hati. Ditempelak pula dengan dugaan…

Terasa beban dijiwa dan dibahu sangat berat!

Beratnya Terasa

Kenapa apabila menerima suatu perkhabaran yang berbeza dengan pengharapan manusia, akan terasa sekali bebanannya? Lagi-lagi apabila sudah sedari awal lagi keinginan untuk memiliki dan rasa sudah memiliki terpacak didalam diri?

Sebabnya, kadang-kadang manusia terlalu yakin sesuatu itu akan menjadi miliknya.

Semakin diri dan jiwa terikat dengan perasaan ‘sudah memiliki’, maka akan semakin kuat pula perasaan sakit ketika sesuatu itu tidak terjadi seperti yang diinginkan.

Secara ringkasnya begini. Manusia sebenarnya ialah makhluk yang sangat kuat sifat perasan dalam diri. Keterikatan antara sejauh mana usaha manusia itu sendiri dengan kejayaan, sinonim dengan kelayakan yang sepatutnya diterima. Sebab itu, ramai manusia akan menjadi tidak redha atas sesetengah perkara walaupun sebenarnya manusia tahu bahawa disebalik usaha keras yang manusia lakukan, ada Tukang Nilai yang Maha Penilai.

Jadi tidak hairan kalau ada manusia yang hampa, merajuk dan membawa diri.

Nyahkan Sifat Sudah Memiliki

Saya teringat, satu peristiwa suatu masa dahulu. Saya sangat berharap dan sangat yakin dengan suatu perkara, bahawa benda itu akan menjadi milik saya. Sebab, bukan sedikit masa yang dikorbankan, bukan sedikit keselesaan yang tidak dimanjakan. Pengharapan yang amat sangat.

Ternyata, bila diumumkan keputusannya, tidak seperti yang saya harapkan dan yang saya sangka. Terkilan? Ya. Sangat rasa terkilan. Sedih? Lagilah.

Dalam masa sedih tu, saya terfikir. Kenapa saya ada perasaan kecewa begitu? Oh. Sebab sedari awal, saya sudah set dalam jiwa, bahawa sesuatu yang saya inginkan itu adalah saya punya walaupun sebenarnya saya sendiri belum tahu keputusannya.

Terasa lucu kenangan berbelas tahun dulu.

Perasaan kecewa apabila dilayan sangat, takut manusia menjadi kufur nikmat dalam keadaan tidak sedar. Terlalu banyak nikmat ALLAh kepada manusia. Tetapi apabila ALLAh Ta’ala tidak memberikan apa yang manusia harapkan, manusia itu teruskan melupakan nikmat-nikmat yang lain yang pernah dirasakan dalam hidup hanya kerana satu nikmat yang ALLAh tangguhkan.

Bila fikir-fikir, malu dengan sifat-sifat manusia terhadap ALLAh, kan?


Pssstt! Mengharap keampunan ALLAh, dalamkanlah. Terlalu berharap kepada perkara itu sangat digalakkan. Kebergantungan kepada Tuan Punya Dunia~

Kepada manusia? Berpada-pada.
Harus tahu dimana tahap ukurannya.

***cintailahi.com

2 comments:

Faliyana said...

Diri ini insan y lemah..selalu mangharapkan sesuatu y pernah diangan2kn..haish..perlukan lonjakan nie..

quiyannajaeleigh said...

The Casino - Oklahoma Casinos
There are 2 casinos 영앤 리치 먹튀 in 넥스트벳 the state of Oklahoma – Golden 검증사이트목록 Nugget, Mango Habanero, 유니벳 and 바카라양빵 Crystal's Casino. There are 9 restaurants,

Post a Comment