Thursday, May 12, 2011 | By: Faliyana

Terima Kasih Ibu

Terima kasihku kepada Ibu tercinta, tidak mencukupi.

Hari ibu bukan hanya sehari..Setiap hari adalah hari ibu..Hari dimana kita membahagiakan insan yang banyak berkorban tanpa mengharapkan sedikit balasan..Itulah IBU, MAK, MAMA..

Setiap kesakitan yang pernah ditanggung oleh seorang Ibu demi memastikan makhluk kecil yang berada dikantung perutnya itu sentiasa dalam keadaan baik sehinggalah dilahirkan melihat dunia, tidak akan pernah terbayar oleh seorang anak.

Kesakitan seorang Ibu tidak berhenti setakat saat melahirkan seorang bayi. Selepas kelahirannya, seorang Ibu perlu menjaga, mengasuh dan berkorban pula untuk makhluk kecil itu. Bertahun-tahun Ibu disapa ketidakselesaan dalam tidur malamnya.

Sungguh tidak mudah sebuah pengorbanan seorang Ibu.

Saya kira, kita tidak akan pernah tahu perasaan seorang ibu selagimana kita tidak menjadi ibu kepada seorang anak. Mungkin kita hanya memahami sedikit perasaan seorang ibu, tapi tidak akan pernah merasainya.

Mulianya seorang Ibu, sehingga ALLAh dan Rasulullah SAW juga turut memuliakan, bahkan Islam itu sendiri. Besarnya pahala mati syahid fi sabilillah. Tapi lagi utama lagi berkhidmat kepada kedua orang tua jika kedua-duanya dalam keadaan yang uzur dan tiada orang dapat menguruskan mereka dengan pemergiaan anak tersebut.

Sesudah anak-anak meningkat dewasa, seorang Ibu masih lagi dibebani dengan perasaan bimbangkan anak yang tidak berada dihadapan mata. Lantas itu, doa demi doa dipanjatkan kepada ALLAh Ta’ala. Moga anak yang berada di kejauhan sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berjaya dalam hidup.

ALLAhuakbar

Ibuku, Terima kasih..

Saya tahu. Saya sesekali tidak akan layak bercakap mengenai kasih-sayang mak terhadap saya. Kadang-kadang akan terasa seperti mahu lemas dek kerana dalamnya cinta mak terhadap anak-anaknya; adik beradik dan saya.

Saya masih tidak dapat berbakti banyak kepada mak.

Dan saya tidak segan untuk mengaku bahawa saya bukanlah anak Mak yang terbaik dikalangan adik-beradik yang lain. Tapi satu kepastian yang sangat pasti, Mak itu selalu jadi yang terbaik buat diri saya. Akan selalu, dan selalu.

Saya akan selalu memerlukan Mak. Tidak kira usia berapa sudah pun saya.

MashaAllah. Alllahuakbar.

Sungguh. Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh seorang anak untuk menandingi kasih-sayang seorang Ibu terhadap anaknya. Dan tiada harta benda yang dapat menggantikan segala kesakitan yang dialami oleh seorang Ibu demi seorang anak. Tidak akan pernah!

Jika diizinkan umur ini masih panjang. Berharap moga saya dapat membahagiakan Mak selalu. Moga segala perbuatan saya mendapat restunya yang membuahkan senyuman dibibirnya. Semoga saya menjadi seorang anak yang baik untuknya.

Terima kasih Mak. Atas kecintaanmu terhadap anakmu.
Semoga anakmu ini dapat menjagamu pada hari tuamu dengan sebaiknya.

Buat ibu kami, Puan Nariah Ahmad dan Puan Habibah..Terima kasih kerna mnjaga kami(Faliyana & Dilla) dan sentiasa mendoakan kejayaan kami..


0 comments:

Post a Comment