Tuesday, October 26, 2010 | By: Dee

Sony Tamatkan Pengeluaran Walkman Kaset

Bagi mereka yang lahir pada era 80-an dan 90-an, jenama Walkman keluaran Sony merupakan satu jenama yang tidak asing lagi. Hampir semua orang ketika itu ingin memiliki Walkman mereka sendiri.

Dulu jika kita ingin membeli album nyanyian artis ketika itu, sudah pasti kita akan ke kedai atau pasar malam yang menjual kaset.Walkman yang menggunakan kaset telah mula dipasarkan oleh Sony di Jepun pada 1 Julai 1979 dan sejak itu, Sony telah berjaya menjual 200 juta unit di seluruh dunia.

Namun dengan perkembangan teknologi dan inovasi, Sony tidak mampu lagi mengekalkan jenama Walkman sebagai jenama nombor satu bagi pemain muzik mudah alih. Ternyata saingan daripada produk lain seperti Ipod dan kemucunculan cakera padat (VCD) dan DVD telah menggugat pasaran Walkman sejak beberapa tahun lalu.

Sony memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran Walkman yang menggunakan kaset pada 22 Oktober 2010. Ironinya, Ipod telah mula dipasarkan pada 23 Oktober 2001.


*** Teringat zaman muda-mudi,Walkman peneman masa study...huhuhu, bila dah sumbat earphone kat telinga, apa jd kat sekeliling pun dah tak dgr...Walkman tu masih ada dalam simpanan,tapi tak sure la,masih boleh guna or tak...simpan je la, boleh wat tontonan anak cucu kemudian hari kot...hahahaha

0 comments:

Post a Comment