Saturday, February 12, 2011 | By: Faliyana

Sahabat..Saya Sayang Kamu...

Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”

Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”

Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”

Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”

Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”

Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”

Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”

Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”

Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya,
“Saya rindu kamu…~”

Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla.

Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.

Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat

Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan

Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan

Ya, keimanan!

Akan saya bersaksi di hadapan ALLAh SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah

***cintailahi.com

2 comments:

Faliyana said...

Kakak..jom renew our friendship..

Kakak.. Kalau saya ada ramai kawan, maka kakak kawan sy paling istimewa, kalau sy ada ramai sahabat, maka kakak sahabat terhebat, kalau saya ada ramai saudara, kakakla saudara yg sy paling cinta. lantak la kalau org nk salah faham atau menyampah tgk kita over rapat mcm ni, yg pnting kita tau hubungan kita ni apa terasnya, kemana arah tujunya.

jom kak..

Dee said...

Jom..

Saya pun sayang Sahabat saya..
Semoga beliau berjaya mejadi insan, Anak, rakyat dan pekerja yang cemerlang...
tak lupa juga harapan supaya beliau terus menjadi sahabat yang cemerlang...

Semoga perjalanan menuju syurga impian berjaya di tempuhi dgn sabar dan tabah...Insyaallah..

Amin....

Post a Comment