Friday, February 18, 2011 | By: Faliyana

Mendidik Diri Untuk Sabar

Bismillahirrahmaanirrahim..

Pernah tak anda terfikir atau pun melihat seseorang yang lebih penyabar dari anda sedang sabar? Dan pernah tidak anda terfikir orang yang sabar ni seperti orang yang lemah. Yalah, kelihatan seperti pengecut apabila orang ajuk dan ejek, mungkin. Atau mungkin, anda pernah terfikir orang yang sabar ni seperti orang bodoh kerana walaupun kelihatan seperti kaki orang dah sampai ke kepala, tapi masih tetap bersabar.

Kalau tak pernah, baguslah. Kalau pernah, tak mengapa. Senyum ajalah.

Ada sesetengah orang salah faham tentang memahami makna sabar. Tidak semuanya. Tapi sebahagian. Mungkin ada yang melihat sabar ini adalah kelemahan seseorang. Tapi, saya yakin sepertimana yang ALLAh katakan. Sabar itu adalah kekuatan.

Kan?

Salah Makna Dalam Erti Sabar

Saya pernah terdengar seseorang berkata yang dimana masa tu dirinya dalam keadaan marah. Apabila diseru untuk bersabar oleh rakan-rakannya, maka makin bertambah kemarahannya. Malah, rakan-rakannya ada yang kena tengking.

“Sabar! Sabar! Macam orang bodoh je bersabar!”

Ada sesetengah manusia menganggap sabar ini adalah tanda kelemahan dan kekalahan, tidak berdaya saing. Malah, ada juga yang menganggap sifat sabar itu adalah sifat pasif (tidak aktif), tidak seperti orang yang gagah, malah orang yang ketinggalan.

Nah, betulkah ni?

Bagi saya tidak, kalau tidak, masakan Islam sekarang boleh tersebar luas kalau bukan tanpa kesabaran Baginda SAW berdakwah sehingga wafatnya Baginda? Kalau bukan kerana sabar, masakan para sahabat Baginda boleh bersabar memimpin umat Islam setelah ketiadaan Baginda?

Sebenarnya, orang yang sabar ini adalah orang yang memiliki kekuatan untuk mengumpul kekuatan dan membetulkan yang lemah untuk menjadi kuat dimasa hadapan.

Lemah? Tidak! Sesekali tidak!

Saya cinta dengan ayat ini,

“… Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAh dan tidak lesu dan tidak menyerah. ALLAh menyukai orang-orang yang sabar.” – ali Imran : 146

ALLAh mencintai orang-orang yang bersabar!

Sabar itu bukan kelemahan. Tapi suatu kekuatan. Kekuatan bagi seorang Muslim untuk mengumpul kekuatan dan membetulkan keadaan kepada yang lebih baik. Hebat kan sesiapa yang dapat bersabar ni?

Saya tahu anda orang yang beriman lagi sabar orangnya. Senyum.

Orang yang sabar, adalah orang yang tenang berhadapan dengan situasi yang tidak semua orang boleh bersabar. Orang yang sabar adalah orang yang boleh berfikir dengan rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi dan dihasut oleh syaitan.

Boleh tak saya nak kata, orang yang sabar ini adalah orang yang bijak menilai dan menggunakan situasi yang sedang dihadapi untuk mencari penyelesaian dengan kesudahan yang baik.

Berjuang Untuk Mendapatkan Kesabaran

Tidak semua orang boleh bersabar. Kerana tidak semua orang berkeinginan untuk mendapatkan kesabaran. Biasanya, manusia akan lemah dengan ujian dan pada masa itu, sabarlah hanya ibarat dihujung tanduk. Sabar diketepikan dan melayan perasaan sendiri. Konon merajuk dengan ALLAh.

Makanya, sabar itu perlu dididik. Bukannya manusia boleh dapat dengan begitu aja.

Nabi SAW pernah bersabda :

“…Dan barangsiapa yang tetap sabar, maka ALLAh akan menjadikannya sabar. Tidak seorang pun yang mendapatkan anugerah yang lebih besar daripada kesabaran.” – HR. Bukhari

See? ALLAh akan berikan kesabaran terhadap orang yang berusaha untuk sabar. Malah, sebenarnya sabar itu adalah anugerah yang besar kepada manusia! MashaALLAh.

Orang Muslim, tidak hanya menunggu kesabaran itu datang dalam dirinya. Tapi dia melatih dirinya untuk sabar. Malah, kesabaran itu menjadi rutin dalam kehidupan sehariannya.

Anda seorang yang panas baran? Maka, latihlah diri untuk bersabar.

Seperti mana senyuman yang boleh dilatih, maka kesabaran juga begitu. Jika anda keinginan, inshaALLAh, ALLAh SWT pasti permudahkan!

Jangan Terpedaya Dengan Omongan Orang

Kadang-kadang, dalam proses kita melatih untuk sabar dan berlemah-lembut, akan ada orang menilai kita dengan pelbagai macam nilaian; membiarkan kepala sendiri dipijak, nampak bodoh, nampak ‘nerd’ dan macam-macam lagi.

Maka, janganlah anda terpedaya. Jadilah diri sendiri.

Memang betul, kita harus sabar dalam kebijaksanaan. Sebab tu saya kata, orang yang bersabar ini adalah orang yang menggunakan keadaan untuk memikirkan penyelesaian yang berkesudahan dengan baik.

Ingat, SABAR dalam KEBIJAKSANAAN!

Orang yang sabar, InshaALLAh sangat tinggi darjatnya di sisi ALLAh SWT. Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang yang diangkat darjatnya oleh Tuan Punya Dunia?

MashaALLAh! Tabarakallah!

Saya pun masih belajar untuk mendidik kesabaran dalam diri dan kehidupan.
Dan moga saya dapat belajar daripada anda, pembaca rumah maya saya ini.

Kalau kita sama-sama saling membantu mendapatkan kesabaran tersebut lagi baik. Senyum.

***cintailahi.com

0 comments:

Post a Comment