Monday, February 21, 2011 | By: Faliyana

Manusia Suka Mengeluh..Kan??

Jom tanya pada diri sendiri.

Pernah tidak, kita tidak mengeluh dalam sehari? Tidak kiralah keluhan berat atau ringan.

Bila difikir kembali, walaupun keperluan untuk hidup sudah mencukupi mahupun lengkap, manusia masih tidak pernah kehilangan alasan untuk mengeluh. Kenapa ya? Anda ada jawapan tak? Kongsi dengan saya boleh?

Contoh mudah, berkenaan cuaca. Jika cuaca redup lalu hujan, manusia akan mengeluh. Jika cuaca panas lagi terik, manusia juga akan turut mengeluh. Apa sebenarnya kemahuan manusia ini ya? Terlalu banyak agaknya kemahuan sehingga celaru apa yang dikehendaki dan apa yang baik dan tidak.

Saya Malu Pada Sindiran ALLAh SWT

Semasa mengemas bilik saya tadi. Yang saiz bilik itu tidak besar mana pun, saya terlepas keluhan juga. Bersepah dengan buku-buku sebenarnya. Saya sendiri yang membuat buku itu bersepah selepas dijadikan rujukan, maka saya juga yang mengeluh. Ha ha.

Ayat ini,

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” – al Ma’arij : 19-21

Bersifat keluh kesah. Saya terpukul.

Baik. ALLAh, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat keluh kesah lagi kedekut. Allahumma ameen!

Saya cuma malu dan terpukul dengan kalam ALLAh itu. Manusia memang begitu kan?

Ayat itu, bagi saya, adalah sindiran dari ALLAh untuk manusia.

Manusia. . .

Sangat jarang untuk bersyukur. Astaghfirullah~!

Semoga ALLAh merahmati.

***Edited from: cintailahi.com

0 comments:

Post a Comment