Saturday, March 19, 2011 | By: Faliyana

Masalah..Biarkan Ia Pergi..

Masalah.

Semua orang pun ada dugaan masing-masing, kan. Cumanya dugaan itu dinamakan dengan masalah. Cumanya, ALLAh berikan dugaan atau masalah yang berlainan mengikut kemampuan dan keadaan seseorang.

Bagi saya, bila ditimpa dugaan, bukan persoalan seberapa besar mana dugaan tersebut yang menjadi isu. Tapi, bagaimana seseorang itu menghadapi apa yang dia sedang alami waktu itu juga. Adakah seseorang itu mempunyai jiwa yang besar atau mempunyai jiwa yang kecut?

Lain orang, maka lainlah juga penerimaan mereka terhadap masalah.

Jangan Tenggelamkan Diri

Dalam dunia ini, tiada manusia yang tidak mempunyai masalah. Semuanya ada! Hatta orang yang tidak percaya wujudnya Tuhan pun ada masalah. Maka, sebenarnya dugaan masalah itu semua datangnya dari mana?

Kadang-kadang pula, bila ALLAh uji dengan dugaan yang langsung manusia tidak pernah sangkakan, maka ada manusia yang terus terduduk. Amat susah sekali untuk berdiri. Ibarat terhempap dengan batu yang sangat besar, dan tiada harapan sudah untuk bangun kembali.

MashaALLAh! Sakit benar perasaan begini, bukan.

Dimata manusia pada masa itu, dunia ini sudah gelap baginya. Gelap! Masa depannya hancur. Dirinya tidak akan diterima oleh orang lain. Hilang tempat bergantung. Akhirnya, ada yang menjalani hidup dengan cara tersendiri. Ibarat berjalan di atas bumi ini sendiri dan tidak menghiraukan orang sekeliling.

Masa tu, pernah tak terfikir. Bahawa masih ada tempat bergantung?
Siapa pemilik alam ini? Maka kepada Dialah tempat bergantung!

Kenapa ya boleh jadi sampai sedemikian rupa? Terduduk dan langsung tidak bangun serta menghadapi kehidupan dengan cara sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Apatah lagi agama itu sendiri. Sebab apa ya?

Bila teringatkan diri sendiri, sejujurnya airmata ini menitis. Saya juga punya pengalaman. Hampir saja membiarkan diri terus menerus tenggelam dalam masalah. Dan apabila terkenangkan perkara itu, lagi menyakitkan! Betapa zalimnya terhadap diri sendiri, kan.

Bila berhadapan dengan dugaan yang sangat berat, percayalah.. Anda sebenarnya boleh! Dan anda sentiasa boleh dan mampu mengharungi ujian yang ALLAh berikan. Tetapi anda memilih untuk menjadi tidak boleh! Semasa jatuh terduduk dan tidak bangun kembali, pernah tidak anda terfikir akan ALLAh yang telah menjadikan dan membenarkan semuanya? ALLAh..

MashaALLAh! Tabarakallah~!

Sahabat, dugaan yang berat, hanya untuk hamba yang hebat. Maka, sekiranya anda sedang berhadapan dengan dugaan yang sangat berat sekarang, bergantung haraplah pada ALLAh. Hanya ALLAh yang mampu menolong anda kerana semuanya dari ALLAh.

Jangan Berkalau-Kalau

Bila disapa dengan sebarang kegagalan, mesti manusia akan terfikir dan berkata,

“Kalaulah dulu aku buat macam ni dan macam tu.. Mesti tak jadi macam ni..”

Pernah tak anda mengungkapkan rasa ni? Saya, saya pernah. Bila sesal bercampur sesal ditambah dengan penyesalan (erk!). Maka jadilah berkalau-kalau seperti ini.

Janganlah berkalau-kalau, sebab ia hanya membuka pintu untuk syaitan menyesatkan manusia. Manusia, jika perkataan itu terungkap dari bibirnya, seakan-akan menyalahkan takdir yang sebenarnya seolah-olah menyalahkan ALLAh SWT!

Anda berani? Astaghfirullah~!

Apa yang mampu dibuat? Maka, hisablah diri sendiri. Cuba bersoal jawab dengan diri sendiri. Apa yang kurang dan terlebih sehingga ALLAh ingin menegur dengan cara memberi dugaan yang anda rasakan sangat berat.

Hidup ini, ALLAh takkan pernah memberikan/mengadakan sesuatu tanpa tujuan. Disebaliknya semua yang berlaku, pasti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri.

ALLAh, sentiasa ada! Kita ini, manusia yang selalu menjauhkan diri daripada ALLAh SWT.
Bukankah sepatutnya kita sebagai hamba merasa malu? Tabarakallah~!

Apa yang berlaku, pasti ada pesanan yang tersirat. Maka terima seadanya dengan hati yang terbuka dan dengan jiwa yang lapang dan jiwa yang besar.

Psst! Sahabat, ingat. Dugaan yang berat hanya untuk hamba yang hebat!

Moga saya dan anda disayang ALLAh lebih-lebih.
Saya sayang anda, anda sayang saya tak? *sengihbahagia*

***cintailahi.com

0 comments:

Post a Comment