Tuesday, December 28, 2010 | By: Dee

Pengiraan Pendapatan dan Bonus ASB

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2010 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan : 7.50 %
Bonus ASB : 1.25%
(a) Pengiraan Dividen ASB 2010

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Nak contoh?

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2010:-

Jumlah BMB dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2010 x KADAR 12 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2010 sehingga Disember, 2010 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b) Pengiraan Bonus ASB

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2010 :-

Jumlah BMB dari bulan Januari 2001 hingga Disember 2010 X KADAR 120 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2001 hingga Disember 2010 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

0 comments:

Post a Comment