Friday, July 8, 2011 | By: Faliyana

Kasih Sayang Itu Indah

Saya ada kawan baik. Kalau orang tidak kenal rapat dengannya, maka orang lain mungkin akan terus menghukumnya dengan gelaran ‘Hidup kerana manusia’. Atau hidup ‘bergantung kepada manusia’. Macam-macam orang yang tidak memahaminya gelarkan untuknya. Semua itu hanya kerana beliau suka untuk menggembirakan orang lain.

“Ada rasa bahagia di sini bila melihat orang gembira,” Katanya sambil menunjuk ke dada.

Saya tersenyum. Tidak semua orang boleh buat seperti yang beliau buat. Walaupun beliau seorang yang suka membantu dan menyenangkan orang lain, tapi beliau bukanlah seseorang yang bergantung kepada orang lain apabila berhadapan dengan cubaan. Hakikatnya, saya lihat beliau adalah seseorang yang berdikari yang antara kelebihannya adalah kasih kepada manusia tanpa syarat!

Tapi kadang-kadang, kebaikannya sering disalah ertikan. Inilah fitrah manusia. Mudah melupakan kebaikan manusia, Ego mungkin.

Dia selalu ada untuk saya. Tapi saya selalu membuatkan air matanya menitis, selalu membuatkan kemarahannya meledak. Walaupun semua itu tidak saya inginkan.Saya akan lebih berusaha untuk terus menjadi sahabat yang sentiasa menyokongnya dalam mengembirakan lebih ramai sahabat. Insyaallah..

Dalam persahabatan, ada dua perkara yang sentiasa saya pegang:
- Kita perlu melupakan kebaikan kita kepada sahabat dan keburukan sahabat kepada kita.
Tapi
- Kita perlu ingat keburukan kita kepada sahabat dan kebaikan sahabat kepada kita.


Sahabat
Mungkin cara saya berbeza dalam menunjukkan rasa cintakan sahabat. Tapi tidak sesekali suka melihat airmata atau marahmu disebabkan diri ini.

Jom sama-sama kita perbetulkan.

Insyaallah...

0 comments:

Post a Comment