Thursday, November 4, 2010 | By: Dee

TV Al-Hijrah utamakan prinsip Islam

Oleh Hasliza Hassan
Berita Harian Online

BANYAK persoalan dikemukakan, dibincangkan atau dibahaskan untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah melanda masyarakat, sesetengah ada kesimpulannya, tetapi selalunya tiada kesudahan dan malang sekali, tiada alternatif diberikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata TV Alhijrah yang bakal memulakan siaran ujian bermula tengah hari (1/11/2010) ini akan menjadi alternatif untuk memberi jawapan kepada permasalahan yang dihadapi.

Katanya, jika media turut ditunding sebagai punca berlakunya gejala sosial maka biarlah media juga dilihat dapat menjadi sumber jawapan dan TV Alhijrah berhasrat menjadi rakan pilihan yang akan membawa penonton berpindah kepada satu gaya kehidupan baru. 

“Prinsip Islam tetap di depan kerana visi TV Alhijrah untuk menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. TV Alhijrah mengajak penonton dan masyarakat melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan. 

“Persoalan sebelum ini membabitkan program televisyen, pelbagai kritikan selama ini dan usaha mencari pilihan untuk menjawab semua persoalan, terjawab hari ini,” katanya ketika memperkenalkan TV Alhijrah baru-baru ini. 

TV Alhijrah dikendalikan syarikat Al Hijrah Media Corporation adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan stesen televisyen berlandaskan Islam yang menawarkan perspektif Islam melalui pelbagai program televisyen. 
Stesen yang ditubuh serta dibiayai kerajaan dengan modal permulaan RM60 juta bakal memulakan siaran sebenarnya pada 1 Disember akan datang di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. 

Bagi siaran ujian TV Alhijrah pada hari ini, siaran bermula dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam. Siaran hujung minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan orang ramai boleh mendapatkan siaran melalui saluran UHF pada set televisyen. 

Jamil berkata, sebagai stesen televisyen baru, cabaran TV Alhijrah ialah bagaimana hendak lari daripada kebiasaan supaya dapat menukar selera penonton dan mampu bersaing secara sihat dengan stesen televisyen lain. 

“Kita tidak mahu apabila televisyen ini bersiaran, ia jadi jumud, beku dan gagal menunjukkan Islam sebagai cara hidup yang betul. Selepas setahun kita akan tengok hala tuju serta maklum balas penonton kerana kita ingin TV Alhijrah jadi rakan pilihan penonton,” katanya. 

Katanya, TV Alhijrah menyasarkan penonton daripada kalangan muda, remaja serta kanak-kanak yang mewakili 63 peratus penonton negara dan bagi tujuan itu stesen berkenaan mengutamakan kandungan bermanfaat, pada masa sama menarik minat golongan sasar. 

Beliau berkata, 60 peratus program TV Alhijrah adalah terbitan tempatan sementara selebihnya program luar dan 30 peratus daripada keseluruhan program diterbitkan sendiri stesen televisyen berkenaan. 

TV Alhijrah yang tampil dengan imej segar, kreatif dan menarik, memberi fokus kepada program gaya hidup berinformasi untuk semua lapisan masyarakat membariskan rancangan terbaik terbitan tempatan serta dari seluruh dunia. 

Pastinya kelahiran TV Alhijrah yang kini hanya membilang hari untuk menemui penonton diharap dapat memberi kelainan apabila memahami rungutan ramai yang jemu dengan bentuk hiburan dihidangkan masa kini termasuk kisah tidak menepati syariat agama. 

Sudah tiba masanya seni hiburan Islam yang sudah wujud sejak dulu diterjemahkan melalui penerbitan program yang memberi inspirasi serta pengisian rohani, selain menjadi jawapan kepada salah faham mengenai Islam sebenar. 

Begitu pun, pengurusan TV Alhijrah perlu berhati-hati dalam setiap strategi serta perancangannya kerana imej Islam yang dikaitkan boleh menjadi fitnah jika gagal memenuhi jangkaan atau harapan penonton.

*** Apa lagi, jom tune TV tu.So far saya dah dapat tune,tapi mungkin disebabkan dalam tempoh percubaan, gambar tak berape clear lg....chanel free pun dah ada 7,entah ada masa or tak nk tgk..ermmmmm..."MACAM-MACAM ADA"...hehehehehe
Wednesday, October 27, 2010 | By: Faliyana

Menghargai Sebuah Persahabatan

Adakalanya pasti terlintas di benak hati kita, siapakah kita di pandangan sahabat-sahabat kita.Kita menganggap seorang sahabat itu istimewa di hati tetapi adakah dia juga menganggap kita begitu? Pemikiran-pemikiran ini menyebabkan kita terlalu membandingkan diri kita dengan sahabat-sahabat dan teman-teman lain hingga kita hilang keyakinan diri, merasakan diri lemah dan tidak disayangi, hilang matlamat dan konsentrasi dalam setiap amal yang dilakukan. Dari seorang yang ceria dan selalu tersenyum kita berubah menjadi pendiam dan murung.Teman-teman sekeliling mulai menjauhi dek sikap kita yang negatif itu. Lalu kita bertambah parah.Padahal semuanya salah kita.

Belajar Untuk Tersenyum

Jadilah seorang sahabat yang apabila teman-teman lain melihatnya, turut merasa tenang dan gembira.Ada masanya seorang sahabat itu dilanda masalah dan memerlukan kita disisinya untuk menguatkannya. Sebaliknya, kita pula yang memberatkan lagi jiwanya dengan wajah kita yang sedih dan masam dek emosi yang menguasai diri. Lalu si sahabat pun berpaling mencari insan yang yang sedia memberi kata kekuatan dan semangat yang dapat membawanya terus maju ke hadapan.Lantas kita pula rasa terasing, tersisih, cemburu. Kenapa dia tidak cari kita semasa dia sedang dilanda masalah? tidak cukup baik kah kita? Tidak layak kah kita? siapakah kita? Ketahuilah...orang yang paling manis senyumannya adalah orang yang masih mampu tersenyum di saat hatinya gundah. Tawanya membawa ceria, kata-katanya ringkas tetapi bermakna. Kita tidak mampu memberi kata-kata nasihat yang panjang lebar, perkongsian yang hebat, memberi motivasi kepada teman-teman di kala jiwa mereka jatuh. Tetapi memadailah hanya dengan melihat senyuman kita, mereka menjadi bahagia. Walaupun dengan seungkap kata.."sabarlah...Allah nak uji..kita kena kuat..", cukup untuk memberi mereka kekuatan. Biar mereka tahu yang kita sentiasa ada disisi mereka ketika mereka memerlukan seorang teman.

Positif

Kadang-kadang akan ada SMS yang tidak berbalas. Lalu kita menjadi khuatir.
  • Dia ada masalah dengan kita ke?
  • Dia tak suka kita ke?
  • Entah-entah dia dah bosan asyik mesej ngan kita jaa...
  • Mesti dia tengah bermsej ngan orang lain yang lagi best & special dari kita.
  • Dia dah lupakan kita laa tu..
Adakalanya pula kita terbaca mesej dia kepada orang lain. Mesej kata-kata yang lebih menyentuh hati yang dia tak pernah bagi kat kita. Lalu kita cemburu buta.-hmmm...mesti dia sayang kat si fulan ni lebih dari aku...aku taw aku ni tak sebagus si fulan...bla bla n bla...

Dalam hal-hal begini, POSITIF lah!!Mungkin ada insan lain yang memerlukan dia lebih daripada kita.Kalau dia tak balas mesej, mungkin dia sibuk, mungkin juga dia tidak sihat, mungkin juga dia ada masalah. Kasih sayang seorang sahabat bukanlah terletak pada panjang mana mesej yang diberi, atau berbalas mesej sepanjang hari, indah mana kata-kata yang tertera dalam inbox. Jikalau begitulah cara kita mengukur kasih dan cinta seorang sahabat, kita memang bodoh dan tidak tahu menghargai sahabat kita itu. Sungguh cetek pemikiran kita.

Kesimpulan

Ukhwah itu dilihat pada diri sendiri. Sebanyak mana kita memberi bukan menerima. Kita tidak boleh mengharap akan ada insan yang menganggap kita sebagai teman istimewa. Tetapi sejauh mana kita menghargai, menyayangi, dan mengasihi seorang teman itu. Doa adalah senjata, doa adalah penghubung hati. Sampaikan kasih kita kepada sahabat itu melalui doa yang dititipkan sepanjang waktu. Si teman mungkin tidak akan mengerti betapa dalam cinta dan kasih kita padanya, tetapi biar Allah yang mengetahui kerana bukankah Dia yang telah menciptakan sekeping hati ini, dan telah Dia isi dengan cinta. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati..

***Artikal yang banyak memberi kekuatan kepada saya dan ingin saya kongsi dengan anda semua..

Phishing

Phishing adalah salah satu cara yang dilakukan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa seperti password dan maklumat perbankan. Phishing adalah penipuan Internet yang paling cepat berkembang kerana ianya memberi pulangan yang lumayan. 

Lazimnya, phishing dilakukan dengan cara penghantaran e-mel palsu yang benar-benar menyerupai organisasi tertentu seperti bank atau tapak lelongan. E-mel ini mendapat untung dengan cara memujuk mangsa untuk mengklik pada sesuatu laman web, pop-up atau attachment. Mengklik padanya boleh memuat turun virus atau membawa anda kepada mendedahkan maklumat peribadi.

Tip untuk mengelak penipuan "Phishing" 
  1. Berhati-hati jika menerima e-mel yang meminta anda mengemaskini maklumat peribadi (password, etc)
  2. Jangan clik link yang terdapat di E-mel, mesej segera, attachment atau ruangan chat sesuka hati.
  3. Pastikan anda melayari laman web yang sebenar semasa membuat urusan perbankan. Pastikan address pada browser betul sebelum mengisi sebarang maklumat terutama password.Untuk lebih selamat, anda taip sendiri alamat pada browser, elak menggunakan link.
  4. Gunakan internet browser versi terkini dan pasang security patch jika ada.
  5. Laporkan jika terjumpa "Phishing site" kepada reportphishing@antiphishing.org

Lihat gambar dibawah, adress bar menunjukkan alamat yang berbeza walaupun web pagenya hampir sama

Contoh Halaman Phishing

Halaman Sebenar


Sebagai pesanan untuk semua dan juga peringatan untuk diri sendiri, berhati-hati lah ketika menggunakan kemudahan internet terutama skali yang melibatkan urusan perbankan...Jangan biarkan diri anda terjebak terhadap penipun cyber ni... :-)



Tuesday, October 26, 2010 | By: Dee

Jantina Laptop/PC

Saja je nk kongsi sesuatu malam ni.
Dah bertahun- tahun guna laptop ni, baru tahu laptop pun ada jantinanya gak ye..hahaha..laptop saya pompuan..kalau nak tau jantina laptop anda,try la check....
  1. Open notepad.
  2. Paste kan bnde nie: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
  3. Save as... save sebagai i love you.vbs
  4. Save kat desktop supaya senang nk cari
  5. Klik pada file tu..