Showing posts with label Pengetahuan Umum. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Umum. Show all posts
Thursday, June 16, 2011 | By: Faliyana

Simpanan Hari Tua..

Walaupun usia sudah menjangkau suku abad,masih belum terlambat untuk mula menabung. Ini sedikit tips dari pakar kewangan.

Mula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga waktu yang sesuai. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah, contohnya, apabila anda menerima bonus. Simpan wang anda dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda akan bertambah dengan lebih cepat.

Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya.

Kebanyakan orang melakukan ini:
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN/ PELABURAN

Anda sepatutnya melakukan ini:
PENDAPATAN – SIMPANAN/ PELABURAN = PERBELANJAAN

Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap bulan.

Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara atau perbelanjaan yang tidak diingini.Tabung kecemasan ini akan menghindarkan diri anda daripada berhutang apabila terjadi perkara seperti ini.Walau bagaimanapun, jangan gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini untuk perbelanjaan harian atau memenuhi matlamat kewangan anda.

Em,banyak lagi tips menarik berkenaan cara menguruskan kewangan ni, tapi apa-apa pun..mulakan dari jumlah yang sedikit..bak perumpamaan orang melayu kita.."sikit-skit, lama-lama jadi bukit"

InsyaALLAH..
Wednesday, May 25, 2011 | By: Dee

Teknik jika tertinggal Cermin Mata


Tentu amat sukar jika anda yang memakai cermin mata tetapi tidak ada cermin mata kerana pecah,hilang atau lupa membawanya dan sebagainya terutama bagi orang yang sudah berumur 40 ke atas.
Contohnya semasa kita berada disebuah supermarket ingin melihat harga yang tertera pada barang yang akan kita beli. Yang mana hurufnya kecil, kita tidak membawa cermin mata.
Dalam keadaan darurat ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.
Photobucket
Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!
Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.
Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.
Photobucket
Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.
Kredit : Isuhangat.net
Saturday, May 7, 2011 | By: Faliyana

Petua Menghilangkan Keletihan

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

3. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur.Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.

4. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

5. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

6. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

7. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

8. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin paada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.
Sunday, April 17, 2011 | By: Dee

Papago X5 for Andriod 2.x

PAPAGO! X5 is Now on your Android 2.x! The superior navigation software from MactionTechnologies can now be installed onto your Android phone!

With the PAPAGO! X5 you can transform your device into a professional navigation system. This is full English UI with MFM maps.

Please follow the installation instruction:

1. Download 
      a) 3ceee0c6_SEA_ANDROID_X5_20100806
Part1
Part2
Part3
Part4
Part5
      b) libpapago
libpapago
2. Unzip the files and you will have
a) NaviSEA folder and
b)PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk
3. Unzip libpapago and copy libpapago.so, paste it inside NaviSEA folder.
4. Copy NaviSEA folder, paste it inside your storage card, root directory.
5. Copy PAPAGO_X5SEA_0806_WWEMarket.apk to your SDcard
6. Install PAPAGO_X5SEA_0806_WWE Market.apk via computer or apk installer.
7. Enjoy Papago X5 for Android 2.x, the world 1st release!

Saya dah try install pada Sony Xperia X8, alhandullillah tak ada masalah....
in term of map view, papago lagi grand la,siap boleh 3D...Gud Luck
Monday, February 14, 2011 | By: Faliyana

Sembelit Dan Anda

Satu masalah yang kekadang kita ambil mudah tapi boleh mendatangkan risiko tinggi jika dibiarkan. Apa itu sembelit..?Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.

Gejala-gejala

a. Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
b. Meneran semasa membuang air besar
c. Sakit semasa pergerakan usus
d. Kekejangan di bahagian abdomen

Penyebab-penyebab

1. Sembelit Mudah
A. Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh
- Tabiat buruk
- Sakit pada bahagian dubur
- Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
B. Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh
- pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
- perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin
- contohnya, penggunaan ubat tertentu seperti zat besi, kodein

2. Sembelit organik
Ini mungkin disebabkan oleh
- Keadaan penyakit seperti kencing manis, ulser peptik dengan halangan, keadaan
kemurungan.
- Penyakit kolon, rektal atau pelvis.
- Tekanan ke atas rektum, contohnya semasa mengandung atau disebabkan oleh tumor
di bahagian pelvis.

Runding dengan doktor anda apabila:
a. Sembelit muncul sebagai gejala baru selepas umur 40 tahun.
b. Sembelit menjadi lebih sakit, teruk dan lebih kerap.
c. Terdapat darah di dalam najis - Najis berwarna gelap dan kelihatan seperti tar.
d. Terdapat perubahan di dalam pergerakan usus. Sembelit berselang-seli dengan cirit-
birit.
e. Sembelit tidak beransur pulih dengan aplikasi perubatan.

Langkah mengatasi :

Berunding dengan doktor untuk mengenalpasti penyebab sembelit yang kronik

a. Sembelit transit perlahan - (disebabkan oleh pengambilan diet beresidu rendah), boleh
dirawat dengan mengubah kepada diet yang tinggi dalam serat, dengan melebihkan
pengambilan cecair dan senaman yang kerap. Makanan yang tinggi dalam serat ialah
bran, buah-buahan kering, kekacang dan pasta. Sayur-sayuran dan buah-buahan
mengandungi selulos tak-terserap dan pektin yang juga berguna di dalam perawatan
sembelit.
b. Sediaan famakologi iaitu agen penghasil-pukal seperti metil selulos dan sekam
isphagula yang berguna bila diet sendirian tidak dapat melegakan gejala sembelit.
c. Laksatif osmotik, contohnya magnesium sulfat atau magnesium hiroksida adalah juga
berguna.
d. Laksatif perangsang - meningkatkan pergerakan usus, contohnya, senna
e. Pelembut najis, contohnya cecair parafin, merupakan langah jangka pendek untuk
membantu melembutkan najis dalam penyakit dubur.
f. Agen prokinetik, contonya cisapride, yang memendekkan waktu peredaran usus.

Corak Gaya Hidup Baru

Pemakanan
- lebihkan serat dalam pemakanan harian anda.
- Minum 6-8 gelas cecair dalam sehari, contohnya jus, air, teh, kopi

Senam
- mula program senaman yang baru atau sambung semula sukan yang anda telah
minati dahulu.

Tabiat
- Buang air besar selalu dan jangan tak perendahkan dorongan untuk membuang air besar
- Kawal tekanan dan belajar untuk beristirehat.
- Jangan memberi tekanan yang terlalu banyak pada latihan tandas kanak-kanak.
- Jangan guna ubat dengan terlalu banyak antasid.

Sembelit tidak harus dipandang sepi dan harus dirawat pada peringkat awal apabila penyebab masalahnya diketahui selepas berbincang dengan doktor anda.

***ubatsihat.blogspot.com
Wednesday, February 9, 2011 | By: Faliyana

Adab Minum Rasulullah S.A.W.

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidakdicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
Sunday, January 23, 2011 | By: Dee

Beauty of Mathematic


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini

101%
Dari sudut Pandangan Matematik

Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA  100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

***www.isuhangat.net
Saturday, January 15, 2011 | By: Faliyana

Menghilangkan Keletihan

Adakah anda sering merasa letih?
Tahukah anda bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Jika tidak, di sini ada beberapa cara yang boleh membantu anda.

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.

3. Kekurangan tidur
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur.Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.

4. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.

5. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

6. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

7. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

8. Perancangan harian
Sekiranya anda mempunyai perancangan yang baik, anda akan dapat mengatasi perasaan bosan dan menghindarkan keletihan serta tekanan kerja.

***http:4ayesha.blogspot.com
Friday, January 7, 2011 | By: Faliyana

Terapi Sakit Kepala Dan Keletihan

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi sejuk . Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , ini membuat mereka cepat marah .


Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? lubang hidung sebelah Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplahkiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembalidengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah tangga !” Doktor tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh (dengan izin Allah) . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri (bukan penulis blog) .. Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?


Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.


Kenapa sakit kepala tidak perlu kepada ubat ?

Sebelum itu dijelaskan sedikit kenapa kita sakit kepala. Sakit kepala timbul bila bahagian nyeri dikepala yang terangsang. Dan hal ini boleh terjadi akibat bermacam-macam, antaranya gangguan ketika proses peradangan atau gangguan pembuluh darah. Seseorang yang terkena stroke, tumor otak, flu, demam, sakit gigi, kurang tidur, stress, rabun dekat, berimbas orang tersebut nyeri di kepala. Sebenernya banyak hal yang mengakibatkan sakit kepala, jadi tidak perlu mengambil ubat kerana sakit kepala dapat reda dengan sendirinya.

Seseorang yang terkena stroke, tumor otak, flu, demam, sakit gigi dan tulang rahangi,penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak,kecederaan kepala dan tengkuk/leher,.kurang tidur, stress, rabun dekat.Semua tanda-tanda ini akan merasa nyeri di kepala. Sebenarnya banyak hal yang mengakibatkan sakit kepala, jadi tidak perlu minum ubat kerana sakit kepala dapat mereda dengan sendirinya.

Dan bagaimana orang yang mengidap sakit kepala ingin mengatasi, tentu saja tidak memerlukan ubat, seperti yang dijelaskan diatas,kerana konsum yang berlebihan itu menyebabkan kesakitan di kepala, atau juga terlau bergantung pada ubat tersebut. Jadi sakit kepala adalah gejala dari suatu penyakit. Maka yang harus dilakukan adalah mengubati dahulu penyakitnya, apabila penyakitnya sembuh, sakit kepalanya akan hilang dengan sendirinya. Tapi harus diingat jangan remehkan sakit kepala, segera lakukan pemeriksaan apabila sakit kepala anda berpanjangan.

Adalah sebaik-sebaiknya tidak terus fokus kepada penyakit itu yang terbaik.Sambil yakin yang ia boleh sembuh dengan sendirinya.

Tuesday, December 28, 2010 | By: Dee

Pengiraan Pendapatan dan Bonus ASB

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2010 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan : 7.50 %
Bonus ASB : 1.25%
(a) Pengiraan Dividen ASB 2010

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Nak contoh?

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2010:-

Jumlah BMB dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2010 x KADAR 12 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2010 sehingga Disember, 2010 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b) Pengiraan Bonus ASB

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2010 :-

Jumlah BMB dari bulan Januari 2001 hingga Disember 2010 X KADAR 120 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2001 hingga Disember 2010 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
Monday, December 27, 2010 | By: Dee

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui.
Monday, December 6, 2010 | By: Faliyana

Nutrien Untuk Jantung


Sumber: Utusan Malaysia 28 Nov 2010

Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung?

Jawapan

Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga.Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.

Koenzim Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh. Adakalanya kekurangan boleh berlaku akibat pengambilan dalam makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosistesis koenzim Q10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor-faktor tersebut. Kaitan antara kekurangan COQ10 dan masalah kesihatan didedahkan oleh beberapa kajian ke atas manusia dan juga haiwan. Masalah-masalah kesihatan ini selalunya dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.

Manfaat koenzim Q10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal. Kajian turut mencadangkan agar koenzim Q10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Di Jepun, koenzim Q10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini.

Kekurangan koenzim Q10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap kegagalan jantung kongestif yang turut sama mengalami hipertensi. Ujian klinikal juga mendapati pengambilan koenzim Q10 di kalangan penghidap hipertensi mampu membantu merendahkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara.Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami di kalangan mereka yang sedang mengambil statin untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dalam darah. Tidak dapat dinafikan statin merupakan ubat untuk mengawal peningkatan kolesterol yang berkesan.

Namun, dalam masa yang sama ia juga boleh merendahkan penghasilan koenzim dalam tubuh memandangkan kedua-duanya berkongsi laluan yang sama dalam proses penghasilannya dalam tubuh.Kajian membuktikan bahawa pengambilan statin dalam jangka pendek sekalipun boleh merendahkan paras koenzim dalam plasma darah. Dengan itu, pengambilan koenzim Q10 dianggap penting di kalangan pengambil statin dalam usaha mencegah simptom-simptom seperti kelesuan dan masalah jantung.

Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.

Keputusannya : Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

2. Adakah wang insuran di atas di kira pusaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)?

Keputusannya : Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia, hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

3. Bapa Saudara yang meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan saya dilantik sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja?

Keputusannya : Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.

Rujukan: Keputusan Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

***Sumber : Infinity

Wednesday, November 10, 2010 | By: Faliyana

Kesan Asap Rokok Kepada Orang Di sekeliling

Dh berjuta2 iklan berhenti merokok yg ada di media..tapi tetap tidak diendahkan. Kalu dulu, si perokok boleh la memberi alasan, “biarla ak nak merokok..duit aku..badan aku”..tapi sekarang si perokok perlula memikirkan tentang org tersayang..kerana asap rokok bukan hanya membahayakan si perokok..malah memberi risiko 2 kali ganda kepada orang sekeliling.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-
  • Lebih mudah mendapat lelah
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
  • Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Wahai perokok adkah kamu menyayangi isteri dan anak-anak kamu lebih daripada rokok kamu, atau sebaliknya?? Fikir2kanla..
Tuesday, November 9, 2010 | By: Dee

Panduan Penjagaan Tayar Kereta

Ada segelintir di antara kita telah mengetahui perkara ini, tapi bagi mereka yang belum gunakan ini sebagai panduan. Saya pun tak tahu ini kali berapa ader yang post pasal tayar...anggaplah ini sebagai ilmu. Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai, Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang.Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi. 

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik. 


KEEMPAT
Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan. 

KELIMA
Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. 

KEENAM
Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti. 

***Sources : Email
Thursday, November 4, 2010 | By: Dee

TV Al-Hijrah utamakan prinsip Islam

Oleh Hasliza Hassan
Berita Harian Online

BANYAK persoalan dikemukakan, dibincangkan atau dibahaskan untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah melanda masyarakat, sesetengah ada kesimpulannya, tetapi selalunya tiada kesudahan dan malang sekali, tiada alternatif diberikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata TV Alhijrah yang bakal memulakan siaran ujian bermula tengah hari (1/11/2010) ini akan menjadi alternatif untuk memberi jawapan kepada permasalahan yang dihadapi.

Katanya, jika media turut ditunding sebagai punca berlakunya gejala sosial maka biarlah media juga dilihat dapat menjadi sumber jawapan dan TV Alhijrah berhasrat menjadi rakan pilihan yang akan membawa penonton berpindah kepada satu gaya kehidupan baru. 

“Prinsip Islam tetap di depan kerana visi TV Alhijrah untuk menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. TV Alhijrah mengajak penonton dan masyarakat melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan. 

“Persoalan sebelum ini membabitkan program televisyen, pelbagai kritikan selama ini dan usaha mencari pilihan untuk menjawab semua persoalan, terjawab hari ini,” katanya ketika memperkenalkan TV Alhijrah baru-baru ini. 

TV Alhijrah dikendalikan syarikat Al Hijrah Media Corporation adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan stesen televisyen berlandaskan Islam yang menawarkan perspektif Islam melalui pelbagai program televisyen. 
Stesen yang ditubuh serta dibiayai kerajaan dengan modal permulaan RM60 juta bakal memulakan siaran sebenarnya pada 1 Disember akan datang di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. 

Bagi siaran ujian TV Alhijrah pada hari ini, siaran bermula dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam. Siaran hujung minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan orang ramai boleh mendapatkan siaran melalui saluran UHF pada set televisyen. 

Jamil berkata, sebagai stesen televisyen baru, cabaran TV Alhijrah ialah bagaimana hendak lari daripada kebiasaan supaya dapat menukar selera penonton dan mampu bersaing secara sihat dengan stesen televisyen lain. 

“Kita tidak mahu apabila televisyen ini bersiaran, ia jadi jumud, beku dan gagal menunjukkan Islam sebagai cara hidup yang betul. Selepas setahun kita akan tengok hala tuju serta maklum balas penonton kerana kita ingin TV Alhijrah jadi rakan pilihan penonton,” katanya. 

Katanya, TV Alhijrah menyasarkan penonton daripada kalangan muda, remaja serta kanak-kanak yang mewakili 63 peratus penonton negara dan bagi tujuan itu stesen berkenaan mengutamakan kandungan bermanfaat, pada masa sama menarik minat golongan sasar. 

Beliau berkata, 60 peratus program TV Alhijrah adalah terbitan tempatan sementara selebihnya program luar dan 30 peratus daripada keseluruhan program diterbitkan sendiri stesen televisyen berkenaan. 

TV Alhijrah yang tampil dengan imej segar, kreatif dan menarik, memberi fokus kepada program gaya hidup berinformasi untuk semua lapisan masyarakat membariskan rancangan terbaik terbitan tempatan serta dari seluruh dunia. 

Pastinya kelahiran TV Alhijrah yang kini hanya membilang hari untuk menemui penonton diharap dapat memberi kelainan apabila memahami rungutan ramai yang jemu dengan bentuk hiburan dihidangkan masa kini termasuk kisah tidak menepati syariat agama. 

Sudah tiba masanya seni hiburan Islam yang sudah wujud sejak dulu diterjemahkan melalui penerbitan program yang memberi inspirasi serta pengisian rohani, selain menjadi jawapan kepada salah faham mengenai Islam sebenar. 

Begitu pun, pengurusan TV Alhijrah perlu berhati-hati dalam setiap strategi serta perancangannya kerana imej Islam yang dikaitkan boleh menjadi fitnah jika gagal memenuhi jangkaan atau harapan penonton.

*** Apa lagi, jom tune TV tu.So far saya dah dapat tune,tapi mungkin disebabkan dalam tempoh percubaan, gambar tak berape clear lg....chanel free pun dah ada 7,entah ada masa or tak nk tgk..ermmmmm..."MACAM-MACAM ADA"...hehehehehe
Thursday, October 21, 2010 | By: Dee

Salah faham barah

Oleh Hafizah Iszahanid
Berita Harian Online

Ramai penghidap utamakan bomoh kerana anggap kanser bawa maut, rawatan moden beri kesan sampingan teruk

BARU-BARU ini, kita dikejutkan pendedahan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu Dara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nik Munirah Nik Mahdi, bahawa kepercayaan kepada bomoh di kalangan wanita Kelantan, termasuk golongan pelajar menyebabkan sebahagian besar pesakit barah payudara meninggal dunia kerana lewat mendapat rawatan.Perkembangan itu bukan saja mengejutkan tetapi amat membimbangkan kerana persepsi sedemikian berkemungkinan besar turut dikongsi lebih ramai pesakit lain yang terus mempercayai dan mengutamakan bomoh berbanding rawatan di hospital. Mengapakah ramai berpendapat sedemikian? Presiden Onkologi Malaysia dan Presiden Organisasi Kajian dan Kawalan Barah Asia dan Persekutuan Pasifik, Datuk Dr Ibrahim Abdul Wahid, berkata ini mungkin disebabkan ramai yang takut dan beranggapan barah akan terus membawa maut.

“Kebanyakan pesakit barah gagal membezakan perubatan perubatan alternatif dengan perubatan gabungan (complementary) selain beranggapan perubatan moden seperti kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran (targeted therapy) menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti tubuh lemah, sakit sendi, mual yang berpanjangan,” katanya. Menurutnya, senario ini amat mudah difahami kerana kebanyakan pesakit barah tidak dapat menerima diagnosis mereka dengan tenang dan baik. “Sebaik saja diberitahu mereka menghidap barah apa yang terbayang adalah kematian. Mereka seterusnya cepat berputus asa dan beranggapan hidup mereka sudah berakhir dan tiada harapan lagi.

“Apatah lagi, doktor akan bercakap berdasarkan fakta. Misalnya di kalangan sesetengah pesakit mereka akan mengalami kesan sampingan seperti badan lemah, mual, sakit sendi dan muntah tetapi bukan semua pesakit barah akan mengalami kesan sampingan. “Pada masa sama, ada juga pesakit yang tidak mengalaminya. Jika ada yang mengalami kesan sampingan pun hanya berlaku selama dua minggu,” katanya.

Jelas Dr Ibrahim, dari segi etika perubatan, doktor akan menjelaskan semua fakta berkaitan untuk pengetahuan pesakit bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan. Bagaimanapun penerimaan pesakit terhadap semua penjelasan itu ada kalanya membuatkan mereka lemah semangat untuk berjuang menentang penyakit.“Jadi, walaupun mereka sebenarnya tidak mengalami kesan sampingan akibat rawatan kemoterapi tetapi kerana mereka percaya setiap orang yang menjalani kemoterapi mengalami kesan sampingan, jadi mereka beranggapan rawatan kemoterapi yang menyebabkan mereka lemah,”katanya.

Selain itu, Dr Ibrahim, perubatan alternatif selalunya menjanjikan rawatan tanpa rasa sakit dan tanpa kesan sampingan. Apabila pesakit itu mengadu mengalami kesan seperti muntah atau mual, pengamal perubatan alternatif selalunya mengatakan itu sel kanser yang berjaya dikeluarkan.

“Orang ramai perlu sedar penjual ubat herba atau pengamal perubatan alternatif bukan doktor. Kebanyakan mereka terbabit dengan perniagaan multi level marketing (MLM) dan tidak terdidik dengan dunia perubatan. Ubat-ubatan yang dijual juga tidak memiliki kajian saintifik dan tiada bukti klinikal.

“Sebenarnya, jika pesakit mahu kaedah rawatan selain perubatan moden mereka boleh memilih perubatan gabungan iaitu menjalani rawatan kemoterapi, radiasi atau terapi sasaran dan ambil juga makanan tambahan atau apa-apa ubat lain seperti herba. Namun pengambilannya perlu berbincang dengan doktor supaya ubat-ubatan herba yang diambil tidak menjejaskan ubat-ubatan moden yang diprekripsi doktor,” katanya.

Bagaimanapun pesakit diminta jangan bergantung sepenuhnya pada rawatan alternatif. Jelas Dr Ibrahim sepanjang pengalamannya, kebanyakan pesakit yang memilih rawatan alternatif adalah pesakit berketurunan Melayu. 

“Apabila didiagnos dengan barah, mereka tidak mahu menjalani rawatan yang dicadangkan sama ada kemoterapi atau radiasi tetapi mereka lebih suka rawatan alternatif. Apabila penyakit sudah parah dan gagal disembuhkan menerusi rawatan alternatif, mereka pergi ke hospital tetapi ketika itu barah sudah masuk ke tahap empat,” katanya. 

Dr Ibrahim bagaimanapun menegaskan, fakta yang perlu diketahui barah tahap empat memang sukar dipulihkan dan setakat ini belum ada penawar. 

“Namun jika di peringkat awal diagnosis, mereka terus buat kemoterapi dan bukan ambil rawatan alternatif, mereka sebenarnya punya peluang yang besar untuk pulih. Malah kanser tahap tiga juga bergantung pada jenisnya masih ada peluang untuk sembuh.

“Berbanding pesakit bangsa lain, mereka memilih perubatan gabungan. Iaitu menjalani radiasi atau kemoterapi dalam masa yang sama mengambil perubatan tradisional. Saya memahami ketakutan pesakit apabila didiagnos dengan barah tetapi mereka juga perlu percaya pada fakta klinikal dan saintifik. Setakat ini belum ada ubat untuk kanser tahap empat dalam dunia perubatan moden apatah lagi dalam dunia perubatan alternatif,” katanya.

Secara psikologinya kata Dr Ibrahim, pesakit mudah terpengaruh dengan kawan atau ahli keluarga yang mencadangkan rawatan alternatif kerana berasakan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan penyakit yang mereka alami selain tidak mahu mengalami kesan sampingan rawatan moden. Ada juga yang melengah-lengahkan rawatan kerana barah pada peringkat awal tidak sakit dan tiada simptom.

Fakta: Barah di Malaysia 
Di Malaysia, kes barah semakin meningkat dengan dengan 70,000 kes baru dilaporkan antara tahun 2003 ke 2005 mengikut Laporan Kejadian Kanser di Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh Register Barah Kebangsaan (NCR). Kes barah paling banyak dilaporkan adalah barah payudara.

Sementara laporan yang dikeluarkan pada Januari 2008 pula mencatatkan di Malaysia Barat sebanyak 67,792 kes baru didiagnos dengan 29,596 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala 38,196 kes pula di kesan di kalangan perempuan 56.3 peratus.

Umumnya, kadar tahunan serangan barah di kalangan lelaki adalah 100.2 peratus untuk 100,000 populasi manakala 132.1 peratus untuk 100,000 populasi untuk perempuan. Daripada keseluruhan kes, barah payu dara berada di kedudukan teratas (18 peratus) diikuti barah usus 11.9 peratus dan barah paru-paru 7.4 peratus.

Kata Dr Ibrahim ada banyak sebab mengapa kes barah semakin meningkat di Malaysia. Selain perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, gaya hidup dan diet pemakanan yang diambil oleh warga Malaysia turut memainkan peranan. Bagaimanapun, fakta yang lebih utama antara 30 ke 50 peratus kes barah boleh dicegah.

“Barah boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala selain mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandung bahan kimia mungkin boleh membantu. Selain itu bersenam dan mengetahui sejarah perubatan keluarga misalnya ada yang didiagnos dengan barah membantu kita memantau keadaan kesihatan diri sendiri,”katanya.

Dari segi perubatan, barah boleh menyerang mana-mana organ tubuh. Barah yang selalu menyerang lelaki adalah paru-paru, mulut, kolon, hidung (nasopharynx), perut dan hati. Sementara di kalangan wanita, barah yang kerap menyerang adalah payu dara, pangkal rahim, paru-paru dan perut. 

Tahap Barah

Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain.

Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu.

Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul.

Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain. sumber - Organisasi Penyelidikan Barah, UK.


Info Barah
  • Barah payu dara adalah barah paling biasa ditemui di kalangan wanita Malaysia tanpa mengira bangsa. Malah ia boleh menyerang pada wanita semuda usia 19 tahun. Namun, rata-rata pesakit berusia antara 50 ke 59 tahun.
  • Barah payu dara paling ramai dikesan di kalangan wanita berketurunan Cina, diikuti wanita keturunan India dan Melayu.
  • Antara tahun 2003- 2005, 31.1 peratus kes baru barah payu dara dikesan di kalangan wnaita Malaysia.
  • Setiap wanita di Malaysia memiliki risiko antara satu ke 20 kemungkinan diserang barah sepanjang hidupnya.
  • Pada tahun 2003, seramai 1818 pesakit barah payu dara mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Angka itu adalah enam kali ganda lebih ramai berbanding tahun 1993.
  • Kebanyakan pesakit didiagnos dengan barah pada usia 40 tahun ke atas. Namun dua peratus didiagnos pada usia 30 tahun ke bawah. Lebih menyedihkan antara 30 ke 40 peratus pesakit mendapatkan rawatan apabila barah sudah berada di tahap akhir.
  • Pada tahun 2002, terdapat 2778 kes barah kolon dan rektum dikesan. Kebanyakan kes membabitkan pesakit lelaki dan perempuan yang berusia 40 tahun ke atas.