Phishing adalah salah satu cara yang dilakukan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa seperti password dan maklumat perbankan. Phishing adalah penipuan Internet yang paling cepat berkembang kerana ianya memberi pulangan yang lumayan.
Lazimnya, phishing dilakukan dengan cara penghantaran e-mel palsu yang benar-benar menyerupai organisasi tertentu seperti bank atau tapak lelongan. E-mel ini mendapat untung dengan cara memujuk mangsa untuk mengklik pada sesuatu laman web, pop-up atau attachment. Mengklik padanya boleh memuat turun virus atau membawa anda kepada mendedahkan maklumat peribadi.
Tip untuk mengelak penipuan "Phishing"
- Berhati-hati jika menerima e-mel yang meminta anda mengemaskini maklumat peribadi (password, etc)
- Jangan clik link yang terdapat di E-mel, mesej segera, attachment atau ruangan chat sesuka hati.
- Pastikan anda melayari laman web yang sebenar semasa membuat urusan perbankan. Pastikan address pada browser betul sebelum mengisi sebarang maklumat terutama password.Untuk lebih selamat, anda taip sendiri alamat pada browser, elak menggunakan link.
- Gunakan internet browser versi terkini dan pasang security patch jika ada.
- Laporkan jika terjumpa "Phishing site" kepada reportphishing@antiphishing.org
Lihat gambar dibawah, adress bar menunjukkan alamat yang berbeza walaupun web pagenya hampir sama
Contoh Halaman Phishing
Halaman Sebenar
Sebagai pesanan untuk semua dan juga peringatan untuk diri sendiri, berhati-hati lah ketika menggunakan kemudahan internet terutama skali yang melibatkan urusan perbankan...Jangan biarkan diri anda terjebak terhadap penipun cyber ni... :-)
Sumber : http://www.iluvislam.com/
0 comments:
Post a Comment