Seminggu yang cukup memenatkan akhirnya berlalu. Lebih mudah nk kata, seminggu meneroka beberapa Kuala di Malaysia ni. Bermula dengan Kuala Lumpur kemudian - Kuala Terengganu - Kuala Lumpur- melalui Kuala Kangsar - Kuala Kedah - Kuala Perlis - Kuala Lumpur - Kuala Terengganu semula- dan berakhir di Kuala Lumpur balik..wow..
Sebenarnye target utama adalah ke Pulau Langkawi...
Walaupun penat memandu yang mengambil masa lebih setengah hari untuk setiap perjalanan, tapi kenikmatan yg dikecapi memuaskan. Segala penat lelah ketika memandu hampir dilupakan apabila tiba di destinasi melihat keindahan pantai, pulau2 dan lautan. "Ya Allah hebatnya ciptaanMU".
Snap By Wafi (Pantai Kemasik) |
Pantai Kemasik, Kemaman Terengganu |
Agak gila,selesai urusan di KT, saya memulakan perjalanan untuk ke KL semula pada hari yang sama...kepenatan tak terkata..kagum juga terhadap diri sendiri, dalam masa sehari drive pergi balik KL-KT..huhu..Alhamdulillah, pemanduan masih dalam fokus,walaupon penat terasa.
Selesai perjalanan ke pantai timur, ada lagi sebuah kepulauan yag menanti ketibaan kami, "Pulau Langkawi". Ini lah kali pertama bakal menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda tersebut.Tak sabar rasanya untuk melihat keindahan pulau tersebut berdasarkan cerita2 dan pengalaman org. Perjalananan sejauh hampir 500KM tu bakal mengambil masa 6-7 jam. Perjalanan kami bermula seawal 7pg dan alhamdullillah tiba ke jeti Kuala Perlis pada pukul 2 ptg.sempat la kejar bot kul 2.30 untuk ke pulau. Belum lgi sempat nak parking kereta..kami dah kene serang dengan agen2 kereta sewa dan agen pakej perlancongan mempromosikan servis mereka..saya layan dan dengar la...sementara menunggu bot sampi..sempat gak la deal untuk kereta sewa dan pakej island hopping tuk keesokan harinya....Pengalaman naik bot?biasa2 je..sempat gak la melelapkan mata..
Akhirnya, dgn disambut si Helang, kami selamat tiba la di Pulau Lagenda yang sangat terkenal dengan keindahan pulau dan barangan bebas cukainya..Almaklum la pertama kali sampai..tak tau apa yg nk dibuat dulu...Alhamdullillah segala urusan dipermudahhkan, keputusan untuk mengambil kereta sewa rupanya memang tepat..setiba dijeti,saya terus mencari booth kereta sewa untuk mengambil kereta...sewa kereta RM50 sehari, kira murah la tu, sbb bukan musim cuti....Dah dapat kereta,apa lagi....let enjoy touring Pulau Langkawi...
Akhirnya, dgn disambut si Helang, kami selamat tiba la di Pulau Lagenda yang sangat terkenal dengan keindahan pulau dan barangan bebas cukainya..Almaklum la pertama kali sampai..tak tau apa yg nk dibuat dulu...Alhamdullillah segala urusan dipermudahhkan, keputusan untuk mengambil kereta sewa rupanya memang tepat..setiba dijeti,saya terus mencari booth kereta sewa untuk mengambil kereta...sewa kereta RM50 sehari, kira murah la tu, sbb bukan musim cuti....Dah dapat kereta,apa lagi....let enjoy touring Pulau Langkawi...
Menaiki bot untuk Island Hopping |
Pemandangan di Tasik Dayang Bunting |
Seharian merentas ke utara Malaysia, peluang untuk berehat dinikmati sebentar sebelum penjelajahan pulau lagenda diteruskan. Malam menjelma, tak byk aktiviti yg boleh buat..ape lg..shoping time...hari ni kami buat window shoping je..sbb ada lg 2 hari untuk shoping...ada byk gak la yang menarik untuk dibawa pulang utk kegunaan sendiri or as buah tangan..Dah abih cuci mata dan buat kira2, balik bilik..tido..
Keesokannya seawal 8.30pg perjalanan ke Pantai Chenang dimulakn untuk aktiviti island hoping..mengikut pakej kami akan pergi ke 3 pulau, 1st, Pulau Dayang Bunting, 2nd Pulau Singa untuk tgk Burung Helang dan Pulau Beras Basah untuk mandi manda. Selesai Island Hopping, ptg tu kami jalan2 kat Jeti pekan Kuah dan dataran Lang pulak. Alang-alang dah selesai awal dan ada yang dh kepenatan...masa yang ada digunakan untuk sebahagian kami shoping lg, sangkut gak la, satu set pingan. Erm, dah selesai byr, kepala pening fikir,cam ne nk bawak balik, sbb besar sgt..aduh....
Lagendary Pulau Dayang Bunting |
Eagle Feeding (Pulau Singa) |
Ops,jgn ingt perjalanan kami tamat disitu..kami ada lg 1 lg destinasi untuk dituju...Padang Besar..tapi kerana sampai agak lewat..byk kedai2 dah mula tutup..sempat tengok2 je, dalam tengok2 tu sempat gak la sambar backpack sebijik (byak murah wo)...hehehehehe... Selesai semua, perjalanan pulang dari sempadan Thailand ke Kuala Lumpur dimulakan. Alhamdullillah selamat sampi rumah tepat kul 3 pagi... Tetapi perjalanan saya untuk seminggu yg cukup memenatkan ni masih belum selesai....macam mana pun life must go on...
Sebagai penutup, saya nk melimpahkan kesyukuran keatas ilahi, sbb mengizinkan saya untuk menunaikan permintaan kedua ibu bapa saya untuk menjejakkan kaki ke Pulau lagenda ni..dan alhamdullillah juga, segala urusan kami disana, berjalan dgn lancar dan mudah....Alhamdullillah
After beberapa shoot |
0 comments:
Post a Comment