Believe that you have the destiny,the innate ability,to become all you expect of life. You may be going through some difficult time, wondering about how things will turn out. Find the meaning of life's struggled and accomplishments. Don't put away the dreams inside you. Be hopeful and determine to make yourself exactly what you want to be. Believe in yourself..nothing is beyond your reach.
Destiny
Nokia C7
Spesifikasi:
- Symbian ^3 Operating system
- Saiz : 117.3 x 56.8 x 10.5, Berat : 130g
- 3.5-inch AMOLED display screen
- 8 MP dengan dual LED flash
- Internal memory of 8GB, 256 MB RAM
- microSD card slot with memory upto 32 GB
- FM radio, Music player
- with A-GPS support
- WIFI, Bluethooth 2.0, A-GPS, MicroUSB, Tv Out, AV Connector 3.5mm
Keperluan VS Kehendak?
Keperluan dan Kehendak ini juga berubah mengikut aliran masa. Jika sebelum ini, komputer tidak lah menjadi suatu keperluan untuk seorang pelajar,ianya adalah cuma suatu kehendak kerana kebanyakan institut pengajian sendiri sudah menyediakan kemudahan komputer lab. Tetapi, kini, selari dengan arus permodenan, komputer dilihat semakin hari berubah menjadi suatu item yang menjadi benda asas kehidupan seorang pelajar. Senario yang sama juga dapat dilihat pada telefon bimbit, kereta, motosikal dan lain-lain.
Kebiasaannya definasi keperluan dan kehendak seseorang bergantung pada tahap keselesaan hidup dan kekuatan struktur kewangannya. Mungkin seorang Executive memerlukan telefon bimbit yang membolehkan beliau mudah untuk menggunakan applikasi dalam telefon tersebut. Manakala keperluan telefon bimbit untuk seorang remaja belasan tahun cuma untuk Call dan SMS.
Pada pandangan saya, kita kena la bijak dalam menentukan ianya keperluan atau sekadar kehendak. Kadang-kadang bila dikutkan sangat pada kehendak padah untuk diri sendiri dikemudian hari. Bak kata pepatah "Ukurlah baju di badan Sendiri" dan dinasihatkan supaya tidak berpegang pada "Biar pape asal bergaya".
Oleh itu, apa yang boleh dijadikan petunjuk untuk kita menentukan ianya suatu keperluan atau kehandak?
- Naluri?
- Nafsu?
- Keperluan Asas?
- Keinginan untuk sama dengan orang lain?
- Untuk kepuasan diri?
- Untuk kepuasan Orang lain?
- atau Saja-saja.
[Tutorial] Setting Yahoo!Mail pada Microsoft Outlook 2010
Your Name : <Nama Anda>
E-mail Adsress : <Alamar Email anda>
Account Type : POP3
Incoming mail server: <pop.mail.yahoo.com>
Outgoing mail server: <smtp.mail.yahoo.com>
User name: <ID Email Anda>
Password: <Password Email anda>
Step 9 : Setelah selesai klik next dan anda sudah berjaya setting Yahoo!Mail anda kedalam Microsoft Outlook 2010.
*** Mungkin ada yang tidak berjaya untuk untuk tutorial kali ini. Jangan risau, ini mungkin kerana setting POP3 Yahoo!Mail anda tidak sesuai. Insyaallah, jika ada masa saya akan cuba kongsikan cara untuk betulkan kunfigurasi Yahoo!Mail.
Nokia C6-01
Spesifikasi:
- Symbian^3 Operating System
- 3.2-inch AMOLED display screen
- Saiz 103.8 x 52.5 x 13.9 mm, Berat 131 g
- 8 megapixel autofocus camera with dual LED flash , fixed focus, dual-LED flash
- HD video recording (720p), video stabilization
- 340 MB Internal memory, 256 MB RAM, 1GB ROM
- microSD card slot with memory upto 32 GB
- FM radio, Music player
- with A-GPS support
- WIFI, Bluethooth 2.0, A-GPS, MicroUSB, AV COnnector 3.5mm
[Tutorial] Check Alamat IP Seseorang
Petua Bahagia Dr. Fadzilah Kamsah
- Doa yang berterusan.
- Patuh ajaran agama.
- Murah dengan pujian.
- Murah dengan khidmat.
- Murah dengan belaian kasih sayang.
- Murah dengan sentuhan.
- Mencari kebaikan pasangan.
- Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
- Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
- Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
- Menilai diri daripada perspektif pasangan.
- Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
- Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
- Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
- Tolak-ansur
- Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
- Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
- Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
- Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
- Sanggup berkorban buat pasangan.
- Menghormati pasangan.
- Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
- Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
- Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
- Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
- Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
- Meletakkan hak kepada pasangan.
- Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
- Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
- Mengawal marah. Buat perjanjian.
- Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.
- Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
- Menghormati sifat semula jadi pasangan.
- Memahami peranan pasangan.
- Hubungan perasaan sesama pasangan.
- Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
- Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
- Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
- Tujuh kali puji dan satu teguran.
- Sebut I love you sepanjang masa.
- Banyakkan bergurau dan bermesra.
- Sentiasa berterus terang.
- Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
- Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
- Elakkan salah pasangan.
- Cari titik pertemuan.
- Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
- Lebih banyak memberi daripada menerima.
- Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
- Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
- Seimbangkan hubungan dari segi: a) Mental, pendidikan dan ilmu b) Emosi c) Fizikal dan ekonomi d) Sosial dan e) Spiritual.
- Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
- Tidak terlalu mengongkong.
- Tidak bertindak bersendirian.
- Memberi peluang untuk berbeza: a) Pendapat atau pandangan b) Hobi c) Kegemaran d) Makanan e) Cita rasa f) Warna pilihan dan pelbagai.
- Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
- Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
- Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
- Tidak meminta yang bukan-bukan.
- Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
- Mencari kelainan dan perubahan positif.
- Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
- Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita Tanpa Allah
Saya sendiri lupa, entah berapa kali saya ucapkan dan bisikkan kata-kata ini kepada diri saya sendiri.
"Allah kan ada." "Allah kan ada." "Allah kan ada."
"Allah kan ada." "Allah kan ada."
Atau mungkin hakikatnya, saya sebenarnya tidak pernah menghitung bilangannya, tidak mampu mengingati bila kali pertama saya membisikkan kalimah itu dan sesungguhnya juga, baru sebentar tadi saya mengucapkan kata-kata itu lagi.
"Allah kan ada."
"Allah kan ada."
Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah. Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.
Kitalah hamba yang hina.
Memungkiri janji dan mengkhianati.
Sedangkan tanpa Dia.
Kita binasa
Dia yang memulakan.
Dia yang mengakhirkan.
Kun Fayakun.
Maka jadilah.
Allah kan ada..
Mmg slalu diucap pabila diri dalam kesempitan..xmampu mengarang entry sebaik ini..semoga trus istiqamah mengingatiNya dikala senang atau susah..
Test Kualiti Keyboard anda
- Bukak la apa2 software cam word ke, notepad ke, tak pun write comment kat sini pun boleh.
- Tekan dan tahan kedua kekunci SHIFT di keyboard.
- Sambil tetap menahan kedua key shift tersebut, tulis ayat:: "A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG".
- Lihat tulisan yang terhasil di skrin. Semakin banyak huruf yang tak muncul semakin teruk la quality keyboard anda.
[Tutorial] YM Login Multi ID
Kesan Asap Rokok Kepada Orang Di sekeliling
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
- Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Panduan Penjagaan Tayar Kereta
Seminggu di Persisiran Pantai
Snap By Wafi (Pantai Kemasik) |
Pantai Kemasik, Kemaman Terengganu |
Agak gila,selesai urusan di KT, saya memulakan perjalanan untuk ke KL semula pada hari yang sama...kepenatan tak terkata..kagum juga terhadap diri sendiri, dalam masa sehari drive pergi balik KL-KT..huhu..Alhamdulillah, pemanduan masih dalam fokus,walaupon penat terasa.
Akhirnya, dgn disambut si Helang, kami selamat tiba la di Pulau Lagenda yang sangat terkenal dengan keindahan pulau dan barangan bebas cukainya..Almaklum la pertama kali sampai..tak tau apa yg nk dibuat dulu...Alhamdullillah segala urusan dipermudahhkan, keputusan untuk mengambil kereta sewa rupanya memang tepat..setiba dijeti,saya terus mencari booth kereta sewa untuk mengambil kereta...sewa kereta RM50 sehari, kira murah la tu, sbb bukan musim cuti....Dah dapat kereta,apa lagi....let enjoy touring Pulau Langkawi...
Menaiki bot untuk Island Hopping |
Pemandangan di Tasik Dayang Bunting |
Seharian merentas ke utara Malaysia, peluang untuk berehat dinikmati sebentar sebelum penjelajahan pulau lagenda diteruskan. Malam menjelma, tak byk aktiviti yg boleh buat..ape lg..shoping time...hari ni kami buat window shoping je..sbb ada lg 2 hari untuk shoping...ada byk gak la yang menarik untuk dibawa pulang utk kegunaan sendiri or as buah tangan..Dah abih cuci mata dan buat kira2, balik bilik..tido..
Keesokannya seawal 8.30pg perjalanan ke Pantai Chenang dimulakn untuk aktiviti island hoping..mengikut pakej kami akan pergi ke 3 pulau, 1st, Pulau Dayang Bunting, 2nd Pulau Singa untuk tgk Burung Helang dan Pulau Beras Basah untuk mandi manda. Selesai Island Hopping, ptg tu kami jalan2 kat Jeti pekan Kuah dan dataran Lang pulak. Alang-alang dah selesai awal dan ada yang dh kepenatan...masa yang ada digunakan untuk sebahagian kami shoping lg, sangkut gak la, satu set pingan. Erm, dah selesai byr, kepala pening fikir,cam ne nk bawak balik, sbb besar sgt..aduh....
Lagendary Pulau Dayang Bunting |
Eagle Feeding (Pulau Singa) |
Ops,jgn ingt perjalanan kami tamat disitu..kami ada lg 1 lg destinasi untuk dituju...Padang Besar..tapi kerana sampai agak lewat..byk kedai2 dah mula tutup..sempat tengok2 je, dalam tengok2 tu sempat gak la sambar backpack sebijik (byak murah wo)...hehehehehe... Selesai semua, perjalanan pulang dari sempadan Thailand ke Kuala Lumpur dimulakan. Alhamdullillah selamat sampi rumah tepat kul 3 pagi... Tetapi perjalanan saya untuk seminggu yg cukup memenatkan ni masih belum selesai....macam mana pun life must go on...
After beberapa shoot |
Mencari Bahagia
Kemanakah Wang Anda?
Bil | Perkara | Peratus | RM |
1 | PENDAPATAN Gaji + Elaun | 2500 | |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 | PERBELANJAAN Diri Sendiri a- Simpanan b- Perlindungan Takafur Diri c- Pelaburan Amanah Saham KWSP Ehsan Ibu Bapa Sewa Rumah Kenderaan Makan Minum Pakaian Petrol Telefon Pinjaman Pelajaran Zakat Pendapatan Lain – Lain | 6% 4% 10% 11% 8% 10% 15% 15% 10% 2% 4% 2.5% 2.5% | 150 100 250 275 200 250 375 375 250 50 100 62.50 62.50 |
TOTAL | 100% | 2500.00 |