Wednesday, December 1, 2010 | By: Faliyana

Bermotivasi Dipagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah.
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

***www.iluvislam.com


Tuesday, November 30, 2010 | By: Faliyana

Destiny


Destiny is inevitable. You will become what you are destined to become. Yet destiny is also your choice. You are free to take any action you wish. And once you have taken the action, you create a destiny for yourself. Everything has consequences. We cannot change what those consequences are. Yet we most certainly can adjust our actions to bring the consequences we desire. You have a destiny. It is being created today by your thoughts and deeds. To control your destiny, you simply control yourself. To reach a destiny of greatness, you must live with greatness. Your life today forms your destiny for tomorrow. Your destiny is whatever you're willing to make it.
**Ralph Marston

Tahniah Friend

Nokia C7

Semalam sempat round2 KL,apa lagi sempat gak la mata tu gatal-gatal usha model nokia terbaru yang ada di pasaran...tertarik dengan design Nokia C7-00,tapi seperti biasa,harganya seperti menolak keinginan untuk memilikinya...walaupun harganya berpatutan dengan fungsi-fungsi dan design model smartphone tersebut, tetapi kerperluan untuk memilikinya dilihat seperti tidak begitu penting. Entry kali ini nak review skit pasal Nokia C7 ni.

Ciri yang menggabungkan stainless steal, glass dan bentuk yang cantik mampu untuk membuatkan pemiliknya nampak lebih bergaya dan elegen dengan fungsi touch screennya. Ianya didatangi dengan screen 3.5-inch AMOLED dan camera 8MP dengan  facet ofdual LED flash nya. Sebagai salah satu Operating system terbaik, Symbian version 3 turut digunakan untuk model ini. Selain itu, ia juga disertakan dengan speaker streao, audio jack 3.5 dan kemera kedua. Kamera keduanya boleh mengambil gambar sendiri dan boleh diggunakan untuk video chatting dan tujuan panggilan video.

Spesifikasi:
  • Symbian ^3 Operating system
  • Saiz : 117.3 x 56.8 x 10.5, Berat : 130g
  • 3.5-inch AMOLED display screen
  • 8 MP dengan dual LED flash
  • Internal memory of 8GB, 256 MB RAM
  • microSD card slot with memory upto 32 GB
  • FM radio, Music player
  • with A-GPS support
  • WIFI, Bluethooth 2.0, A-GPS, MicroUSB, Tv Out, AV Connector 3.5mm
Anggaran Harga : RM1220-RM1250