Saturday, March 19, 2011 | By: Faliyana

Masalah..Biarkan Ia Pergi..

Masalah.

Semua orang pun ada dugaan masing-masing, kan. Cumanya dugaan itu dinamakan dengan masalah. Cumanya, ALLAh berikan dugaan atau masalah yang berlainan mengikut kemampuan dan keadaan seseorang.

Bagi saya, bila ditimpa dugaan, bukan persoalan seberapa besar mana dugaan tersebut yang menjadi isu. Tapi, bagaimana seseorang itu menghadapi apa yang dia sedang alami waktu itu juga. Adakah seseorang itu mempunyai jiwa yang besar atau mempunyai jiwa yang kecut?

Lain orang, maka lainlah juga penerimaan mereka terhadap masalah.

Jangan Tenggelamkan Diri

Dalam dunia ini, tiada manusia yang tidak mempunyai masalah. Semuanya ada! Hatta orang yang tidak percaya wujudnya Tuhan pun ada masalah. Maka, sebenarnya dugaan masalah itu semua datangnya dari mana?

Kadang-kadang pula, bila ALLAh uji dengan dugaan yang langsung manusia tidak pernah sangkakan, maka ada manusia yang terus terduduk. Amat susah sekali untuk berdiri. Ibarat terhempap dengan batu yang sangat besar, dan tiada harapan sudah untuk bangun kembali.

MashaALLAh! Sakit benar perasaan begini, bukan.

Dimata manusia pada masa itu, dunia ini sudah gelap baginya. Gelap! Masa depannya hancur. Dirinya tidak akan diterima oleh orang lain. Hilang tempat bergantung. Akhirnya, ada yang menjalani hidup dengan cara tersendiri. Ibarat berjalan di atas bumi ini sendiri dan tidak menghiraukan orang sekeliling.

Masa tu, pernah tak terfikir. Bahawa masih ada tempat bergantung?
Siapa pemilik alam ini? Maka kepada Dialah tempat bergantung!

Kenapa ya boleh jadi sampai sedemikian rupa? Terduduk dan langsung tidak bangun serta menghadapi kehidupan dengan cara sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Apatah lagi agama itu sendiri. Sebab apa ya?

Bila teringatkan diri sendiri, sejujurnya airmata ini menitis. Saya juga punya pengalaman. Hampir saja membiarkan diri terus menerus tenggelam dalam masalah. Dan apabila terkenangkan perkara itu, lagi menyakitkan! Betapa zalimnya terhadap diri sendiri, kan.

Bila berhadapan dengan dugaan yang sangat berat, percayalah.. Anda sebenarnya boleh! Dan anda sentiasa boleh dan mampu mengharungi ujian yang ALLAh berikan. Tetapi anda memilih untuk menjadi tidak boleh! Semasa jatuh terduduk dan tidak bangun kembali, pernah tidak anda terfikir akan ALLAh yang telah menjadikan dan membenarkan semuanya? ALLAh..

MashaALLAh! Tabarakallah~!

Sahabat, dugaan yang berat, hanya untuk hamba yang hebat. Maka, sekiranya anda sedang berhadapan dengan dugaan yang sangat berat sekarang, bergantung haraplah pada ALLAh. Hanya ALLAh yang mampu menolong anda kerana semuanya dari ALLAh.

Jangan Berkalau-Kalau

Bila disapa dengan sebarang kegagalan, mesti manusia akan terfikir dan berkata,

“Kalaulah dulu aku buat macam ni dan macam tu.. Mesti tak jadi macam ni..”

Pernah tak anda mengungkapkan rasa ni? Saya, saya pernah. Bila sesal bercampur sesal ditambah dengan penyesalan (erk!). Maka jadilah berkalau-kalau seperti ini.

Janganlah berkalau-kalau, sebab ia hanya membuka pintu untuk syaitan menyesatkan manusia. Manusia, jika perkataan itu terungkap dari bibirnya, seakan-akan menyalahkan takdir yang sebenarnya seolah-olah menyalahkan ALLAh SWT!

Anda berani? Astaghfirullah~!

Apa yang mampu dibuat? Maka, hisablah diri sendiri. Cuba bersoal jawab dengan diri sendiri. Apa yang kurang dan terlebih sehingga ALLAh ingin menegur dengan cara memberi dugaan yang anda rasakan sangat berat.

Hidup ini, ALLAh takkan pernah memberikan/mengadakan sesuatu tanpa tujuan. Disebaliknya semua yang berlaku, pasti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri.

ALLAh, sentiasa ada! Kita ini, manusia yang selalu menjauhkan diri daripada ALLAh SWT.
Bukankah sepatutnya kita sebagai hamba merasa malu? Tabarakallah~!

Apa yang berlaku, pasti ada pesanan yang tersirat. Maka terima seadanya dengan hati yang terbuka dan dengan jiwa yang lapang dan jiwa yang besar.

Psst! Sahabat, ingat. Dugaan yang berat hanya untuk hamba yang hebat!

Moga saya dan anda disayang ALLAh lebih-lebih.
Saya sayang anda, anda sayang saya tak? *sengihbahagia*

***cintailahi.com

Sunday, March 13, 2011 | By: Dee

Kaedah Pembayaran Balik PTPTN

Fobia bila fikirkan pasal hutang PTPTN...hahaha..Fobia tu datang bila dah tamat pengajian..masa tengah belajar syok wo...x igt pun hutg da bertimbh...
Pada siapa yang masih igt jasa Perbadanan, Alhamdullillah..hari ni saya nk share la skit cara nk bayr PTPTN guna Maybank2u.Sgt la mudah, x perlu kluar modal pun...duk umah, klik2 da siap, Insyaallah...sambil2 sarapan pun boleh buat....Daripada bersusah payah drive kehulu hilir,baik la duit minyak tu wat byr Hutang..lg berfaedah...

1. Masuk page Maybank2u..da nama nak bayar guna maybank2u,so step 1st ni boleh dikirakan paling penting gak la....

2.Dah login, tengok pada Quick Link di sebelah kanan tu. Biasanya memang akan appear Bill Payment dulu, so just click Go.



3.Lepas click Go tu, appear macam macam pasal payment kat bawah tu kan? Kau klik je pada link yang pertama sekali tu: Make one-off payment.


4.Then, tengok pada View all payees by category, select Education & Education Loans and click Continue.



5.Next, select PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.No acc perbadanan ni boleh gak set kat Favorite payee...tak de la setiap kali nk byar, nk request TAC.



6.Ok you see below. Amount tu letak la berapa yang nak di bayar. Amount tu bergantung pada kemampuan la, tapi, jgn la sikit sgt...bila la agaknya nak abih klu bayar rm10/bulan

7. Next, masukkan IC number tanpa sengkang.

8. Then, Letter of Offer No. tu adalah Nombor Pinjaman yang locate kat sebelah kanan surat pembayaran balik . Kalau  tak ada surat atau hilang, boleh call HOTLINE PTPTN : 03 - 2080 4455 dan request No. Pinjaman anda, masukkan IC  je..nanti dia bg tau  no. Pinjaman tu....


9.Bila dah masukkan semua, anda kena masukkan TAC number tau. 

Done!
Wednesday, March 9, 2011 | By: Faliyana

Sayangi Hati Walau Dengan Secebis Kasih

Hati. Memang susah menjaga kestabilan hati. Fitrahnya memang suci, padahal! Tapi seiring dengan peningkatan usia, maka sedikit demi sedikit hati dihinggapi dengan pelbagai penyakit yang kadang kala empunya jasad tidak menyedari.

Penyakit hati itu halus. Hanya akan disedari apabila hati sudah tenat.

Hati oh hati. Manusialah yang bertanggungjawab ke atasnya. ALLAh memberikannya kepada manusia sesuai dengan fitrahnya yang suci dan sukakan kebaikan. Maka, manusia jugalah yang menanggung akibatnya apabila ia mengotorinya.

Maka, berhati-hati dengan hati.

Bukalah Hati Seluasnya

Sepertimana jendela, cahaya mentari hanya akan masuk ke dalam sebuah rumah apabila jendela itu dibuka luas. Dan cahaya itu akan membawa kesegaran ke dalam rumah. Tetapi jika jendela-jendela sesebuah rumah tertutup rapat, bagaimana sinar cahaya mentari ingin menyusupkan cahaya masuk?

Begitu juga hati, cahaya hanya akan masuk apabila anda bersedia membuka hati.

Menjaga hati itu tidak semestinya dengan menutup pintu hati. Pintu hati mesti selalu terbuka luas. Tetapi itu tidak bermakna tuan badan akan membiarkan sahaja hatinya diserang dengan penyakit-penyakit hati.

Saya teringat dulu masa kecil-kecil, 5 minit sebelum memulakan pelajaran dan 5 minit sebelum loceng kelas berbunyi, Ustazah saya akan ajar kami semua untuk berzikir. Saya masih ingat, seorang rakan sekelas pernah tanya,

“Ustazah, kenapa orang mesti berzikir?”

“Sebab sayang hati. Kalau sayang, kita kena jaga hati dengan berzikir..”

Ah. Kenangan yang comel!

Ada perbezaan antara manusia yang selalu berzikir dan yang jarang berzikir. Perbezaan ini boleh jadi pada perwatakan mereka, air muka mereka, senyuman dan redup mata mereka. Hakikatnya, penglihatan kita terhadap manusia yang selalu berzikir itu disinari dengan cahaya Ilahi. InshaALLAh.

Mereka itu boleh jadi anda yang sedang membaca entri ini. Dan sebetulnya, saya cemburu pada anda. Moga anda disayang ALLAh!

Jangan Kotori Hati

Macam mana hati boleh kotor sebenarnya? Anda ada jawapan?

Senang aja. Dengan bersangka-sangka pun hati boleh menjadi kotor. Apatah lagi apabila bersangka buruk dengan orang lain. Maka, kotorlah hati itu.

Macam mana nak jaga hati pulak? Senyum. Lihatlah hati dan diri anda itu pada orang lain. Dapat?

Sentiasalah mengisi hati dengan makanan rohani dan ilmu yang bermanfaat. Elakkan bersangka-sangka dan mentafsir diri orang lain. Jika hati anda terdetik hendak memfitnah orang lain dalam hati, maka cepat-cepatlah beristighfar. Isilah sangka-sangka anda itu dengan istighfar.

Selain itu, angkatan-angkatan syaitan juga sentiasa mengintai untuk memasukkan penyakit ke dalam hati anda yang sedang terbuka luas. Jika gagal, maka makhluk-makhluk ini akan mencuba dan mencuba kaedah baru yang lebih kuat dan dahsyat.

Dan bila syaitan berjaya, penyakit itu dapat mengaburi hati dan pandangan mata. Antara kesannya ialah, bila orang lain berbuat kebaikan atau baik dan sopan tingkah laku, manusia akan berasa mual dan menyampah. Lepas tu membuat tafsiran sendiri bahawa orang itu hanya hipokrit semata-mata.

Nah, jelik kan perangai seperti ini?

Hakikatnya, hati itu akan tertutup sedikit demi sedikit kerana perbuatan manusia sendiri. Believe me. Jangan pernah salahkan takdir atas apa yang menimpa diri anda sendiri. Tapi muhasabah diri kembali atas apa yang berlaku. Mesti banyak yang manusia terlepas pandang.

Jika tidak hendak hati menjadi kotor dan jasad menjadi angkuh, maka jagalah hati. Jagalah dengan penuh kasih dan sayang. Jika tidak mampu menjaga dengan sebaiknya, elakkanlah perkara-perkara yang merosakkan hati.

Hati itu adalah Raja bagi semua anggota badan. Jika rosak Raja, maka rosaklah kerajaannya. Masa itu, tiadalah yang salah melainkan jasad yang membawa hati tersebut.

Jom sama-sama jaga hati.

Semoga ALLAh merahmati.

***cintailahi.com

Tuesday, March 8, 2011 | By: Faliyana

Tanda Hati Kita Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati :
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
~Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil


Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,...
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
Tuesday, March 1, 2011 | By: Faliyana

Hanya DIA...

Apabila kita mengharapkan sesuatu itu,
Yang kita sangka adalah yang terbaik pada saat itu,
Ia tidak tiba seperti yang kita jangkakan,
Kita mula hilang percaya pada diri dan berkata,
"masanya belum tiba lagi..."
Lalu kita lupakan segalanya demi mencapai sesuatu yang lebih jauh dan bererti..

Dan pada saat kita tidak lagi berfikir tentang itu,
Hilang minat barangkali,
Atau ada arah tuju yang lebih jelas dan utama,
Ia tiba-tiba menjengah ibarat tetamu dari jauh mengirim khabar berita.
Tatkala itu kita menjadi gusar dan berkira,
"sedangkan aku kini tiada memikirkannya, ia datang pula ..."

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah memiliki penyusunan yang terbaik,
Cuma kita tidak tahu permulaan dan penghujungnya.....

Hasbunallah wa nikmal wakeel..