Tuesday, November 30, 2010 | By: Faliyana

Destiny


Destiny is inevitable. You will become what you are destined to become. Yet destiny is also your choice. You are free to take any action you wish. And once you have taken the action, you create a destiny for yourself. Everything has consequences. We cannot change what those consequences are. Yet we most certainly can adjust our actions to bring the consequences we desire. You have a destiny. It is being created today by your thoughts and deeds. To control your destiny, you simply control yourself. To reach a destiny of greatness, you must live with greatness. Your life today forms your destiny for tomorrow. Your destiny is whatever you're willing to make it.
**Ralph Marston

Tahniah Friend

Nokia C7

Semalam sempat round2 KL,apa lagi sempat gak la mata tu gatal-gatal usha model nokia terbaru yang ada di pasaran...tertarik dengan design Nokia C7-00,tapi seperti biasa,harganya seperti menolak keinginan untuk memilikinya...walaupun harganya berpatutan dengan fungsi-fungsi dan design model smartphone tersebut, tetapi kerperluan untuk memilikinya dilihat seperti tidak begitu penting. Entry kali ini nak review skit pasal Nokia C7 ni.

Ciri yang menggabungkan stainless steal, glass dan bentuk yang cantik mampu untuk membuatkan pemiliknya nampak lebih bergaya dan elegen dengan fungsi touch screennya. Ianya didatangi dengan screen 3.5-inch AMOLED dan camera 8MP dengan  facet ofdual LED flash nya. Sebagai salah satu Operating system terbaik, Symbian version 3 turut digunakan untuk model ini. Selain itu, ia juga disertakan dengan speaker streao, audio jack 3.5 dan kemera kedua. Kamera keduanya boleh mengambil gambar sendiri dan boleh diggunakan untuk video chatting dan tujuan panggilan video.

Spesifikasi:
  • Symbian ^3 Operating system
  • Saiz : 117.3 x 56.8 x 10.5, Berat : 130g
  • 3.5-inch AMOLED display screen
  • 8 MP dengan dual LED flash
  • Internal memory of 8GB, 256 MB RAM
  • microSD card slot with memory upto 32 GB
  • FM radio, Music player
  • with A-GPS support
  • WIFI, Bluethooth 2.0, A-GPS, MicroUSB, Tv Out, AV Connector 3.5mm
Anggaran Harga : RM1220-RM1250 
Thursday, November 25, 2010 | By: Dee

Keperluan VS Kehendak?

Bila ditimbangtara antara 2 keadaan ini, kadang-kadang ianya menjadi satu masalah besar dalam proses pemilihan. Adakah ianya suatu keperluan atau hanya suatu kehendak untuk kepuasan diri? Secara umumnya  keperluan adalah suatu benda asas yang digunakan seharian manakala kehendak pula adalah suatu penambahbaikan daripada keperluan tadi dan kebiasaan ianya dipengaruhi kuat oleh nafsu. Sebagai contoh, keperluan tempat tinggal adalah rumah dengan kelengkapan asas. Tetapi kehendak yang membawa kepada keinginan untuk tinggal di kondominium,banglo atau kediaman mewah lain.

Keperluan dan Kehendak ini juga berubah mengikut aliran masa. Jika sebelum ini, komputer tidak lah menjadi suatu keperluan untuk seorang pelajar,ianya adalah cuma suatu kehendak kerana kebanyakan institut pengajian sendiri sudah menyediakan kemudahan komputer lab. Tetapi, kini, selari dengan arus permodenan, komputer dilihat semakin hari berubah menjadi suatu item yang menjadi benda asas kehidupan seorang pelajar. Senario yang sama juga dapat dilihat pada telefon bimbit, kereta, motosikal dan lain-lain.

Kebiasaannya definasi keperluan dan kehendak seseorang bergantung pada tahap keselesaan hidup dan kekuatan struktur kewangannya. Mungkin seorang Executive memerlukan telefon bimbit yang membolehkan beliau mudah untuk menggunakan applikasi dalam telefon tersebut. Manakala keperluan telefon bimbit untuk seorang remaja belasan tahun cuma untuk Call dan SMS.

Pada pandangan saya, kita kena la bijak dalam menentukan ianya keperluan atau sekadar kehendak. Kadang-kadang bila dikutkan sangat pada kehendak padah untuk diri sendiri dikemudian hari. Bak kata pepatah "Ukurlah baju di badan Sendiri" dan dinasihatkan supaya tidak berpegang pada "Biar pape asal bergaya".

Oleh itu, apa yang boleh dijadikan petunjuk untuk kita menentukan ianya suatu keperluan atau kehandak?
  1. Naluri?
  2. Nafsu?
  3. Keperluan Asas?
  4. Keinginan untuk sama dengan orang lain?
  5. Untuk kepuasan diri?
  6. Untuk kepuasan Orang lain?
  7. atau Saja-saja.
Tiada siapa yang dapat membantu anda untuk menjawab persoalan ini. Ianya ada pada diri anda sendiri untuk menetukan ianya keperluan atau kehendak. "Tepuklah dada tanya selera".
Wednesday, November 24, 2010 | By: Dee

[Tutorial] Setting Yahoo!Mail pada Microsoft Outlook 2010

Hari ni saya nk kongsi cara untuk menguruskan Email anda. Untuk sesiapa yang mempunyai banyak Akaun Email, seperti Yahoo!Mail, Gmail, Hotmail dan macam2 lg la mesti rasa pening nk bukak setiap email tu tuk check setiap satu. Dengan perkembangan teknologi hari ini, email2 kita yang banyak ni boleh diuruskan hanya dengan 1 klik sahaja. Sebenarnya ianya bukan la sesuatu yang baru. Pelbagai software telah dibangunkan untuk tujuan ini. Antaranya yang hendak saya kongsikan pada hari ini adalah Microsoft Office Outlook. Software keluaran microsoft in sebenarnya adalah program yang sangat berguna untuk menguruskan hal-hal peribadi anda. Walaupun kebiasaannya ianya digunakan untuk menguruskan Email, ianya juga mampu untuk dijadikan sebagai diari anda. Versi terbarunya adalah Microsoft Office Outlook 2010.

Untuk post kali ni saya nk kongsikan cara untuk setting Yahoo!Mail dalam Outllook 2010.

Step 1 : File >> Add Account


Step 2 :  Pilih Manually Configure server settings or additional server types >> Next


Step 3 : Internet Email >> Next



Step 4 : Isi maklumat akaun anda
Your Name : <Nama Anda>
E-mail Adsress : <Alamar Email anda>
Account Type : POP3
Incoming mail server: <pop.mail.yahoo.com>
Outgoing mail server: <smtp.mail.yahoo.com>
User name: <ID Email Anda>
Password: <Password Email anda>

Step 5 : More Setting



Step 6 :‘Internet Email Settings’ windows akan keluar seperti dibawah. Klik pada ‘Advanced’ tab. Tukarkan Incoming server (POP3) kepada 995. klik ‘This server requires an encrypted connection (SSL)’. Kemudian tukar ‘Outgoing server (SMTP) kepada 465 dan pilih ‘SSL’ pada 'use the following type of encrypted connection'.Jika anda masih mahu menyimpan email dalam server 'disable' kan "remove from server after...".


Step 7 : Next, pergi pada ‘Outgoing Server’ tab dan tick pada pilihan ‘My outgoing server (SMTP) requires authentication’. Pilih ‘Use same settings as my incoming mail server’. kemudian klik OK.


Step 8 : Klik pada Test Account Setting


Anda akan dapat melihat screenshoots begini


Step 9 : Setelah selesai klik next dan anda sudah berjaya setting Yahoo!Mail anda kedalam Microsoft Outlook 2010.

*** Mungkin ada yang tidak berjaya untuk untuk tutorial kali ini. Jangan risau, ini mungkin kerana setting POP3 Yahoo!Mail anda tidak sesuai. Insyaallah, jika ada masa saya akan cuba kongsikan cara untuk betulkan kunfigurasi Yahoo!Mail.
Tuesday, November 23, 2010 | By: Dee

Nokia C6-01

Hari ni teringin lak nk share skit pasal model nokia yang baru release kat pasaran iaitu nokia C6-01. Nak beli tak mapu lagi rasanya. Tapi,mungkin ada yang tengah mencari telefon pintar yang "Alah membeli menang memakai", model ini mungkin boleh masuk dalam senarai untuk dipertimbangkan. Secara peribadi, pada pandangan saya, model smartphone Nokia tidak pernah menghampakan penggunanya dari segi fungsi dan design.

Model smartphone ni dibina berdasarkan kombinaasi kerpeluan untuk ber'internet', lama sosial, video, gambar, musik, dan map atau navigation. Kesinambungan dari kejayaan model terdahulunya seperti Expressmusic 5800 dan N97, Nokia turut menggunakan Operating System Symbian V3 nya untuk model terbarunya ini.Model yang boleh dikatakan stylish ini mempunyai ciri yang kompak dengan cover stainless steel dengan 3.2"AMOLED screen dan sepenuhnya menggunakan konsep screen sentuh ditambah pula dengan Nokia ClearBlack technology untuk pencahayaan diluar rumah yang lebih baik.

Spesifikasi:

  • Symbian^3 Operating System
  • 3.2-inch AMOLED display screen
  • Saiz 103.8 x 52.5 x 13.9 mm, Berat 131 g
  • 8 megapixel autofocus camera with dual LED flash , fixed focus, dual-LED flash
  • HD video recording (720p), video stabilization
  • 340 MB Internal memory, 256 MB RAM, 1GB ROM
  • microSD card slot with memory upto 32 GB
  • FM radio, Music player
  • with A-GPS support
  • WIFI, Bluethooth 2.0, A-GPS, MicroUSB, AV COnnector 3.5mm

Anggaran Harga : RM 1100-1130

[Tutorial] Check Alamat IP Seseorang


Mencari alamat IP seseorang ialah seperti mendapatkan nombor telefon mereka, ianya boleh digunakan untuk mencari lokasi umum di mana orang itu tinggal. Hari ini mudah sekali untuk mengetahui email seseorang iaitu dengan membuat mereka untuk mengklik link di forum atau mana-mana link yang diberikan sendiri oleh anda dan sekaligus alamat IP tersebut akan dihantar terus ke email anda. Untuk mengetahui cara tersebut anda boleh ikuti langkah dibawah.

1.) Layari www.whatstheirip.com. Laman tersebut akan meminta email anda. Masukkan email anda dan klik “Get Link“.



2.) Anda akan mendapat email yang mempunyai dua link berlainan yang sama fungsinya. Link tersebut apabila ditekan akan mengarah ke “page not found” atau pun “invalid thread specified“. Ketika salah satu link diklik, ia akan email kan anda alamat IP bagi sesiapa yang menekannya.


 3.) Sebagai contoh,klik salah satu link tersebut dan lihat “error page” pada halaman web tersebut.


atau

4.) Alamat IP terus akan dihantar pada email anda sebaik sahaja “error page” kelihatan.

5.) Jika anda ingin memberitahu rakan anda bagaimana anda dengan senang mendapatkan alamat IP mereka, terdapat link yang dibekalkan sekali mengatakan alamat IP rakan anda telah pun diperolehi.


Setelah memperolehi alamat IP, anda boleh mematikan komputer tersebut dari jarak jauh dan pelbagai lagi fungsi yang boleh dibuat melalui alamat IP.

Kredit : !T T3CH

Petua Bahagia Dr. Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
  1. Doa yang berterusan.
  2. Patuh ajaran agama.
  3. Murah dengan pujian.
  4. Murah dengan khidmat.
  5. Murah dengan belaian kasih sayang.
  6. Murah dengan sentuhan.
  7. Mencari kebaikan pasangan.
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
  13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  15. Tolak-ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  21. Menghormati pasangan.
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  27. Meletakkan hak kepada pasangan.
  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  34. Memahami peranan pasangan.
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
  40. Sebut I love you sepanjang masa.
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
  42. Sentiasa berterus terang.
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  45. Elakkan salah pasangan.
  46. Cari titik pertemuan.
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  48.  Lebih banyak memberi daripada menerima.
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  51. Seimbangkan hubungan dari segi: a) Mental, pendidikan dan ilmu b) Emosi c) Fizikal dan ekonomi d) Sosial  dan e) Spiritual.
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  53. Tidak terlalu mengongkong.
  54. Tidak bertindak bersendirian.
  55. Memberi peluang untuk berbeza: a) Pendapat atau pandangan  b) Hobi c) Kegemaran d) Makanan  e) Cita rasa  f) Warna pilihan dan pelbagai.
  56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kredit to: Beautilicioius
Monday, November 15, 2010 | By: Dee
Saturday, November 13, 2010 | By: Faliyana

Kita Tanpa Allah

Saya sendiri lupa, entah berapa kali saya ucapkan dan bisikkan kata-kata ini kepada diri saya sendiri.

"Allah kan ada." "Allah kan ada." "Allah kan ada."
"Allah kan ada." "Allah kan ada."

Atau mungkin hakikatnya, saya sebenarnya tidak pernah menghitung bilangannya, tidak mampu mengingati bila kali pertama saya membisikkan kalimah itu dan sesungguhnya juga, baru sebentar tadi saya mengucapkan kata-kata itu lagi.

"Allah kan ada."

Inilah kalimah keramat yang menghubungkan aku dengan Tuhanku. Agar aku sentiasa ingat. Agar aku tidak lupa, bahawa sesungguhnya aku tidak pernah sendirian.

Allahu. Ikutkan hati mati. Ikutkan rasa, binasa. Sungguh, kadang-kadang saya sendiri lelah dalam mengharungi arus kehidupan. Ada masanya saya nyaris berputus asa, mahu saja mengalah tidak mahu meneruskan langkah untuk terus mara ke hadapan. Pernah juga terlintas di fikiran senteng ini, 'alangkah bagusnya andai diri ini tidur.. sampai... bila-bila..'

Astagfirullahalazim. Singkat sungguh pemikiran hamba-Mu ini. Seolah-olah mati mampu menyelesaikan segala masalah. Ibarat mati penamat segala derita. Lupa, bahawasanya sesudah mati, alam abadi sedang menanti. Ampunkanlah dosaku Ya Tuhan. Mudah benar hamba-Mu ini menzalimi dirinya sendiri.

Sungguh Allah tahu. Betapa diri ini kian menghampiri keputusasaan. Betapa diri ini makin goyah, mudah untuk menyerah kalah pada dugaan dan ujian yang datang menduga. Allah Maha Mengetahui dan walaupun saya tahu Allah tahu, tapi entah mengapa sering saja diri ini mahu memalingkan wajah. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Rabbi.

Namun begitu. Biar apapun kesukaran. Saya masih lagi saya. Saya masih lagi mampu tersenyum, masih mampu meneruskan langkah. Sungguh. Saya bersyukur pada Ilahi, kerana Dia tidak pernah meninggalkan diri ini keseorangan.

Saya bersyukur sesungguhnya, kerana saya insan terpilih, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Kerana saya beragama Islam, saya yakin bahawasanya Allah sentiasa ada bersama saya. Setiap kali kaki terasa penat, jiwa terasa kosong, hidup terasa sepi, bahu terasa berat, kepala bagaikan mahu pecah, kalimah ini terngiang-ngiang di telinga ini..

"Allah kan ada."

Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya hidup ini tanpa Allah. Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana hidup mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah. Menyedihkan.


Bayangkan, diri terasa penat dan lelah, hidup sarat dengan penderitaan yang tidak pernah mahu berakhir, sering saja jatuh ditimpa tangga pula. Ujian bertali arus bagai tiada tanda akan bernoktah. Dada bagaikan mahu pecah tidak mampu menahan gelodak rasa. Jiwa meronta-ronta, menangis dan merintih, ingin mengadu, tapi tiada siapa di sisi. Hanya sepi. Hidup sebatang kara, seorang diri. Tiada teman, tiada saudara, tiada Allah. Hanya kesunyian.

Tidak!! Tak mungkin saya mampu meneruskan kehidupan andai saya di tempat itu. Tak mungkin... Tanpa Allah, hidup ini tak mungkin setabah ini. Tanpa Allah, ujian ini tak mungkin dapat saya gagahi.

Yakin dan percayalah. Allah sentiasa ada untuk kita. Allah bukan hanya ada saat kita duduk di atas sejadah. Atau ketika kita mengangkat takbir dan berdiri menunaikan solat. Allah sentiasa ada tidak mengira waktu, ruang dan ketika. Tidak kira samada kita susah atau senang. Dia sentiasa ada untuk kita, cuma kita yang sering saja melupainya. Kufur. Ego. Sombong. Takbur. Riak. Alpa. Leka. Lupa. Kita yang sering mengabaikannya.

Kitalah hamba yang hina.

Memungkiri janji dan mengkhianati.

Sedangkan tanpa Dia.

Kita binasa

Dia yang memulakan.

Dia yang mengakhirkan.

Kun Fayakun.

Maka jadilah.

*** Artikal dipetik dari semut2comel.blogspot.com..

Allah kan ada..

Mmg slalu diucap pabila diri dalam kesempitan..xmampu mengarang entry sebaik ini..semoga trus istiqamah mengingatiNya dikala senang atau susah..

Thursday, November 11, 2010 | By: Dee

Test Kualiti Keyboard anda

Mahu tau sebagus mana keyboard yang anda gunakan sekarang, tidak kira keyboard biasa, built in atau wireless? Ikuti langkah2 berikut:

  1. Bukak la apa2 software cam word ke, notepad ke, tak pun write comment kat sini pun boleh.
  2. Tekan dan tahan kedua kekunci SHIFT di keyboard.
  3. Sambil tetap menahan kedua key shift tersebut, tulis ayat::                                                  "A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG".
  4. Lihat tulisan yang terhasil di skrin. Semakin banyak huruf yang tak muncul semakin teruk la quality keyboard anda.
***Ayat ini dipilih kerana ayat tersebut memerlukan anda menekan setiap huruf, A- Z yang ada di   keyboard. Tapi Kalau taip dari A-Z pun boleh je.

Result saya;
Test 1:
A QUICK BROWN FOX JUP OVER TE LAZY O

Test 2:
ABCEFIJKLNOPQRTUVWXYZ

[Tutorial] YM Login Multi ID

Hari ni saya nk share cara-cara untuk login kat Yahoo Massanger menggunakan beberapa ID serentak

Langkah-langkah membuat yahoo multi( membuka yahoo lebih dari satu )

1. Pilih Start->Run->taip “regedit” > ok
2. Pilih HKEY_CURRENT_USER > Software > yahoo > pager > test
3. Click mouse belah kanan > New > DWORD value
4. Rename file DWORD value kepada Plural 

5.Click mouse kanan kat dword tu > modify > gantikan angka 0 dengan angka 1 pada valuenya.


Wednesday, November 10, 2010 | By: Faliyana

Kesan Asap Rokok Kepada Orang Di sekeliling

Dh berjuta2 iklan berhenti merokok yg ada di media..tapi tetap tidak diendahkan. Kalu dulu, si perokok boleh la memberi alasan, “biarla ak nak merokok..duit aku..badan aku”..tapi sekarang si perokok perlula memikirkan tentang org tersayang..kerana asap rokok bukan hanya membahayakan si perokok..malah memberi risiko 2 kali ganda kepada orang sekeliling.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-
  • Lebih mudah mendapat lelah
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
  • Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Wahai perokok adkah kamu menyayangi isteri dan anak-anak kamu lebih daripada rokok kamu, atau sebaliknya?? Fikir2kanla..
Tuesday, November 9, 2010 | By: Dee

Panduan Penjagaan Tayar Kereta

Ada segelintir di antara kita telah mengetahui perkara ini, tapi bagi mereka yang belum gunakan ini sebagai panduan. Saya pun tak tahu ini kali berapa ader yang post pasal tayar...anggaplah ini sebagai ilmu. Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai, Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang.Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi. 

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik. 


KEEMPAT
Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan. 

KELIMA
Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. 

KEENAM
Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti. 

***Sources : Email
Monday, November 8, 2010 | By: Dee

Seminggu di Persisiran Pantai

Seminggu yang cukup memenatkan akhirnya berlalu. Lebih mudah nk kata, seminggu meneroka beberapa Kuala di Malaysia ni. Bermula dengan Kuala Lumpur kemudian - Kuala Terengganu - Kuala Lumpur- melalui Kuala Kangsar - Kuala Kedah - Kuala Perlis - Kuala Lumpur - Kuala Terengganu semula- dan berakhir di Kuala Lumpur balik..wow..
Sebenarnye target utama adalah ke Pulau Langkawi...

Walaupun penat memandu yang mengambil masa lebih setengah hari untuk setiap perjalanan, tapi kenikmatan yg dikecapi memuaskan. Segala penat lelah ketika memandu hampir dilupakan apabila tiba di destinasi melihat keindahan pantai, pulau2 dan lautan. "Ya Allah hebatnya ciptaanMU".

Snap By Wafi (Pantai Kemasik)
"Bandar Persisir Pantai' cogankata yg cukup sinonim dengan Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, saya ditemani pantai yang membiru di sebelah kiri...dingin ditiup angin. Sempat juga la singgah di Hentian Sebelah Pantai Kemasik, Kemaman untuk merehatkan badan. Terleka dibuai angin pantai, jika tak igtkan jauh lagi destinasi, mahu agaknya tertido disitu... Tu belum lagi rajin nk singgah beberapa perhentian lg...klu berhenti tah bila la agaknya sampi ke KT....

Pantai Kemasik, Kemaman Terengganu
Sampai di Kuala Terangganu, tempat pertama dituju adalah Pantai Batu Buruk, Belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terangganu. Sampai-sampai je..parking kereta tepi pantai, lepak dalam kereta..tak sedar, terlena sambil menunggu seseorang...segarnya angin pantai, rasa hilang semua bebanan kerja...Kat KL mana ada semua ni....Asap dari eksos kereta banyak, buat makin sakit kepala ada la....

Agak gila,selesai urusan di KT, saya memulakan perjalanan untuk ke KL semula pada hari yang sama...kepenatan tak terkata..kagum juga terhadap diri sendiri, dalam masa sehari drive pergi balik KL-KT..huhu..Alhamdulillah, pemanduan masih dalam fokus,walaupon penat terasa.

Selesai perjalanan ke pantai timur, ada lagi sebuah kepulauan yag menanti ketibaan kami, "Pulau Langkawi". Ini lah kali pertama bakal menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda tersebut.Tak sabar rasanya untuk melihat keindahan pulau tersebut berdasarkan cerita2 dan pengalaman org. Perjalananan sejauh hampir 500KM tu bakal mengambil masa 6-7 jam. Perjalanan kami bermula seawal 7pg dan alhamdullillah tiba ke jeti Kuala Perlis pada pukul 2 ptg.sempat la kejar bot kul 2.30 untuk ke pulau. Belum lgi sempat nak parking kereta..kami dah kene serang dengan agen2 kereta sewa dan agen pakej perlancongan mempromosikan servis mereka..saya layan dan dengar la...sementara menunggu bot sampi..sempat gak la deal untuk kereta sewa dan pakej island hopping tuk keesokan harinya....Pengalaman naik bot?biasa2 je..sempat gak la melelapkan mata..


Akhirnya, dgn disambut si Helang, kami selamat tiba la di Pulau Lagenda yang sangat terkenal dengan keindahan pulau dan barangan bebas cukainya..Almaklum la pertama kali sampai..tak tau apa yg nk dibuat dulu...Alhamdullillah segala urusan dipermudahhkan, keputusan untuk mengambil kereta sewa rupanya memang tepat..setiba dijeti,saya terus mencari booth kereta sewa untuk mengambil kereta...sewa kereta RM50 sehari, kira murah la tu, sbb bukan musim cuti....Dah dapat kereta,apa lagi....let enjoy touring Pulau Langkawi...


Menaiki bot untuk Island Hopping
Pemandangan di Tasik Dayang Bunting
Destinsi pertama, Petronas,.wakakaka..biasa la..tangki Minyak kereta kosong.. .kemudian terus cari Bayview Hotel, Langkawi...Hotel mahal tu....,kami duk hotel tu sbb dapat baucer free..klu tak jgn berangan, nk jeling pun takut..hehehehe... rupa2nya hotel tu betul2 dekan centre pekan Kuah...terbayang dah kepulan2 duit yang bakal kluar dari poket ni...mana taknya belum sempat parking kereta untuk check-in lagi dah macam2 plan nak beli....

Seharian merentas ke utara Malaysia, peluang untuk berehat dinikmati sebentar sebelum penjelajahan pulau lagenda diteruskan. Malam menjelma, tak byk aktiviti yg boleh buat..ape lg..shoping time...hari ni kami buat window shoping je..sbb ada lg 2 hari untuk shoping...ada byk gak la yang menarik untuk dibawa pulang utk kegunaan sendiri or as buah tangan..Dah abih cuci mata dan buat kira2, balik bilik..tido..

Keesokannya seawal 8.30pg perjalanan ke Pantai Chenang dimulakn untuk aktiviti island hoping..mengikut pakej kami akan pergi ke 3 pulau, 1st, Pulau Dayang Bunting, 2nd Pulau Singa untuk tgk Burung Helang dan Pulau Beras Basah untuk mandi manda. Selesai Island Hopping, ptg tu kami jalan2 kat Jeti pekan Kuah dan dataran Lang pulak. Alang-alang dah selesai awal dan ada yang dh kepenatan...masa yang ada digunakan untuk sebahagian kami shoping lg, sangkut gak la, satu set pingan. Erm, dah selesai byr, kepala pening fikir,cam ne nk bawak balik, sbb besar sgt..aduh....
Lagendary Pulau Dayang Bunting
Eagle Feeding (Pulau Singa)
Masuk hari ketiga, tak ada perancangan sgt untuk hari tu, just nk pegi tgk Kereta kabel,nk naik cam tak mampu je rasanya, sbb dgr2 cerita harga seorang cecah puluhan ringgit...erm...setelah check out dari bilik, kami meneruskan perjalanan.. memang betul, harga seorg untuk menaiki kerta kabel rm 30..wow,kami dah berenam ( 6 x 30 = rm180)... mak saya terus kata.."baik beli pinggan"...erm..no komen...tapi mungkin untuk tidak mengecewakan kami sgt...kereta kabel tak beroperasi ketika tu..mungin kerana cuaca yg agak berangin masa tu...so, tak ada la terkilan sgt.. Selesai berjalan2 disekitar kawasan kereta kabel tu....kami terus ke jeti untuk pulang...sempat naik bot kul 3ptg,tapi kul 3.30 baru berjalan sbb ramai dan byk barang untuk dipindah masuk kedalam bot..erm...tambahan cuaca kurang mengizinkan,hujan... Allhamdullillah sampi ke jeti Kuala Perlis pada pukul 4.30 ptg. ketibaan kami ditemani hujan yg agak lebat. Saya pergi amik kereta than jemput yg lain betul2 depan jeti...tapi tetap basah gak..sbb kawasan tu tak berbumbung...

Ops,jgn ingt perjalanan kami tamat disitu..kami ada lg 1 lg destinasi untuk dituju...Padang Besar..tapi kerana sampai agak lewat..byk kedai2 dah mula tutup..sempat tengok2 je, dalam tengok2 tu sempat gak la sambar backpack sebijik (byak murah wo)...hehehehehe... Selesai semua, perjalanan pulang dari sempadan Thailand ke Kuala Lumpur dimulakan. Alhamdullillah selamat sampi rumah tepat kul 3 pagi... Tetapi perjalanan saya  untuk seminggu yg cukup memenatkan ni masih belum selesai....macam mana pun life must go on...

Sebagai penutup, saya nk melimpahkan kesyukuran keatas ilahi, sbb mengizinkan saya untuk menunaikan permintaan kedua ibu bapa saya untuk menjejakkan kaki ke Pulau lagenda ni..dan alhamdullillah juga, segala urusan kami disana, berjalan dgn lancar dan mudah....Alhamdullillah

After beberapa shoot
Sunday, November 7, 2010 | By: Faliyana

Mencari Bahagia

Jangan Hidup Dengan Masa Lampau
Mungkin anda rasa terbuai di saat mengingati hal-hal yg menyenangkan pada masa lalu tapi jangan anda terlena didalamnya. Fokuskan dengan apa yg terjadi pada saat ini kerna pasti kita mempunyai perasaan yang jauh lebih bahagia jika kita menghargai apa yang terjadi sekarang daripada mengingati masa lalu.

Jangan Menyimpan Dendam
Dendam yg tersimpan didalam hati menjadi beban terberat untuk ditanggung.Mahukah kita menanggungnya sepanjang waktu?Jangan disia-siakan tenaga yg kita ada dengan menyimpan dendam.Gunakanlah tenaga kita untuk hal-hal yang positif.

Senyumlah
Walaupun hati anda menangis,senyumlah.Kerna dengan senyuman,kita dapat mengurangkan hampir separuh beban yang dihadapi.Senyum itu penawar duka, penambah ceria.

Bersyukurlah Selalu
Bersyukur dan berterima kasihlah dengan apa yang kita ada mahupun pada hal yang positif dan negatif. Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.
Saturday, November 6, 2010 | By: Faliyana

Kemanakah Wang Anda?

Baru masuk minggu kedua, duit dalam bank dh menyusut..tinggal tak sampai separuh gaji..adus..pening3..semua bil belum dijelaskan..macam mana nie..gaji lambat lagi..

Pabila si anak meminta itu ini..utang piutang ditolak ketepi..semua kemahuan anak dituruti kerna takut anak merasa susah..dengan harapan si anak akn menjadi insan yg berjaya suatu hari nanti..

Inilah antara ungkapan yg biasa didengar dari orang tua kita pabila bercakap pasal DUIT..

Dari kecil, kita diajar mempelajari ilmu untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus..tetapi kita terlupa satu pelajaran yang sangat penting disamping ilmu agama; pendidikan kewangan. Walau sebesar mana gaji yang diperoleh duit masih tidak mencukupi..pening3..

Wahai kawan2,sama2 la kita belajar menguruskan kewangan kita sebaik mungkin.pelajarilah ilmu untuk menambahbaik kewangan kita..berbelanja la mengikut akal bukan mengikut nafsu..asingkan yg mana kehendak dan yg mana kemahuan..


Sebagai panduan, agihan perbelanjaan bagi kita yang baru memasuki alam pekerjaan.

Bil
Perkara
Peratus
RM

1
PENDAPATAN
Gaji + Elaun

2500

1



2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
PERBELANJAAN
Diri Sendiri
a- Simpanan
b- Perlindungan Takafur Diri
c- Pelaburan Amanah Saham
KWSP
Ehsan Ibu Bapa
Sewa Rumah
Kenderaan
Makan Minum Pakaian
Petrol
Telefon
Pinjaman Pelajaran
Zakat Pendapatan
Lain – Lain


6%
4%
10%
11%
8%
10%
15%
15%
10%
2%
4%
2.5%
2.5%


150
100
250
275
200
250
375
375
250
50
100
62.50
62.50
TOTAL
100%
2500.00
***Solusi 18

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“ Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (Surah al-Jumu’ah 62:10)